Thursday, May 6, 2010

ATAS DASAR INI..

Alhamdulillah masih lagi dipinjamkan nyawa oleh SANG PENCIPTA untuk mengupdate blog ini. Maklumalah fenomena facebook semakin meriah. Sampaikan kawan ‘seofis’ kata kalau tak ada facebook kuno la. Jadi penulis cuba juga untuk menbuat akaun facebook. Rupa- rupanya banyak betul kelebihan dan tak kurang juga dengan keburukannya.

Sebetulnya apa yang ingin dikongsi penulis adalah perkara terbaik yang pernah penulis buat adalah berpengalaman untuk bekerja di salah sebuah kedai buku di kawasan bangi. Bukan kerana bangi itu bandar ilmu atau suasananya tetapi kerana kerja ituu terlalu istemewa di hati penulis.

Banyak sungguh pengalaman..pengalaman yang mematangkan.. yang bermula dengan sifat persimis, optimis dan persepsi.. apa ke bendanya tiga perkataan ni?

Pesimis kalau mengikut dewan bahasa dan pustaka membawa definisi sikap atau kecenderungan memandang sesuatu itu dari sudut keburukannya(dengan perasaan yang tidak yakin kejayaaannya).

Optimis pula dapat penulis cerna dengan membawa maksud orang yang selalu menaruh harapan baik terhadap sesuatu(perkembangan ,kemungkinan)

Persepsi huraikan sebagai gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran(tentang sesuatu), pandangan melalui pancaindera, tanggapan.

3 perkataaan ini adalah patah kata yang mematangkan penulis. Mungkin ini hanya andaian penulis, setiap manusia mesti ada 3 sifat ini tanpa kita sedari.

Berbalik tentang keistemewaan bekerja di kedai buku. Bos terlalu baik dan mudah untuk berkomunikasi lebih lebih lagi jika kami keluarkan pendapat tentang pemasaran untuk meningkatkan jualan. Dan yang lebih menarik ialah kita di beri kebebasan untuk menimba ilmu dan membuka minda. Sambil bekerja, sambil itu otak juga bekerja. Penulis telah mewajibkan diri agar membaca sekurang kurangnya 3 buah buku dalam masa sebulan.

Lewat fajar menyingsing di suatu waktu tertari penulis untuk membaca buku berjudul “SINERGI” hasil garapan seni tangan dan pemikiran serta pengalaman oelh Saudara Hilal Asyraf. Walaupun berbentuk novel namun penyampaiannya berkesan bagi penulis. Terutama apabila dalam buku ini banyak sangat perkataan “IMAN DAN KEIMANAN”. Erm...ya apa yang kita lakukan perlu berpaksikan dengan IMAN.. banyak mesej dalam buku tersebut.

Kalau kita ada iman:

Nak marah jadi senyum.

Nak riak jadi rendah diri..

Nak bermusuh jadi sahabat sejati..

Nak lemah akan kuat..

Nak jatuh pasti ada sahabat yg berukhuwah dengan penuh keimanan akan sambut dengan mengharapkan redha ALLAH swt..

Jika kita rasa kita seorang atau makin jauh dengan sesiapa, maka akan ada yang semakin dekat dengan kita iaitu.....ALLAH SWT..:)

Senyum sokmo:)

Wednesday, April 28, 2010

jom membaca.


best buku ni sesuai untuk Para Daie'.

Beringat!


salam wrt..
wah...cuti semester tak balik rumah..ishk..ishk...
penulis terlalu sibuk bekerja di kedai buku yang best sehingga di perli oleh ibu sendiri sibuk mengalah kan menteri.
time bergelar mahasiswa ni la kita nak cari pengalaman baru.
masa itu terlalu berharga buat kita yang bergelar insan.
ingat 5 perkara sebelum kita akan terlepas 5 perkara.

senyum sokmo:)

Sunday, February 28, 2010

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

senyum sokmo:)

Tuesday, February 16, 2010

MAHASISWA=)

BANGKIT KEMBALI! !
Mengorak langkah ke tahun 1431 hijrah..secara kasarnya dari mata kaca penulis, gerakan mahasiswa kini semakin jitu dalam menentukan halatuju demokrasi suara rakyat yang benar benar bersih. Mungkin penulis masih baru dalam bidang ini. Namun mahasiswa tidak seharusnya mudah mudah untuk diperbodohkan. Kita dikatakan harapan dan bakal pemimpin masa hadapan. Malangnya suara suara mahasiswa bagaikan mahu di tutup. Mahasiswa yang punya kesedaran tentang negara bangkit untuk menegakkan keadilan namun, kaki mereka terikat dengan kuasa kuku besi pentadbiran kampus. Mata mereka seakan akan mahu dibutakan dari terus menyedarkan masyarakat tentang sibuk hodoh pemimpin..
Secara bahasa baiknya mahasiswa yang ingin bersuara menegakkan keadilan akan di ugut dengan AUKU..malu penulis dengan sahabat yang mnetap di Indonesia. Disana pemimpin benar benar memberi kebebasan bersuara pada rakyat. Rakyat bebas meluahkan ketidak puas hatian. Tetapi dalam pada itu penulis berbangga kerana hidup pada zaman kebangkitan kembali mahasiswa. Lahir dan muncul kembali aktivis aktivis mahasiswa yang benar mahu mengembalikan keizzahan Islam.
Sedih penulis bila mendengar betapa bodoh dan jahilnya remaja yang bergelar penuntut ilmu terlibat dengan gejala jahil yang semakin menjadi jadi. Terbaru tentang seorang bayi yang di buang didalam tong sampah dan dibakar. ALLAH...zalimnya..kejamnya..tiada hati dan perasaan kah manusia ini. Terlibat dengan maksiat dan seks bebas...menjadi trend terkini sambutan sesuatu perayaan umum di Malaysia. Kita di akhir zaman.. =(
Mujur ada segolongan mahasiswa yang benar benar celik tentang Isu ini, sering penulis mendapat jemputan dari sahabat kampus lain untuk menyertai XPDC dakwah dan operasi selamatkan anak anak muda kita di sekitar ibu kota. Mahasiswa ini bukan hanya kenal kuliah, kafe, katil..namun mahasiswa ini juga sedar tentang ilmu perlu amal,maka mereka praktiskan dengan turun pada masyarakat. Suarakan pada pemimpin.
wahai mahasiswa yang budiman jangan biarkan mulutmu dibisukan, matamu dibutakan, kaki dan tanganmu diikat dengan sewenaNg wenangnya..APA YANG TELAH KITA SUMBANGKAN UNTUK ISLAM?? ISLAM TIDAK PERNAH PERLUKAN KITA BAHKAN KITA PERLUKAN ISLAM..
SENYUM SOKMO=)

Tuesday, February 9, 2010

SELAMAT BERJUANG...


DEMAM PEPERIKSAAN KEMBALI LAGI DIBUMI KAMPUS TERCINTA..
MAKA SEPERTI BIASA LAH MINGGU INI..SETIAP YANG BERGELAR PENGEJAR ILMU AKAN SIBUK DENGAN PREPERATION AKHIR...COVER SUBJEK BALIK. PRINT SLIP EXAM..DENGAN NAK TOUCH UP CARRY MARK..JUMPA LECTERER..STAY UP SAMAPI PAGI DAN MACAM MACAM GELAGAT.,.
BUAT SAHABAT YANG SAYA KASIHI SEMOGA SUKSES YA DALAM BERJUANG DENGAN BERSENJATAKAN PEN DAN KERTAS MOGA NAJJAH YA..:) JANGAN LUPA UNTUK MENGELAKKAN STRESS YANG TERAMAT SANGAT SENYUM DAN JANGAN LUPA BACA AL QURAN...

Saturday, January 9, 2010

TARBIYAH & UJIAN

Tarbiyah direct dari Sang pencipta..
tebal sawang blog ini...maklum lah sudah masuk tahun baru tapi tiada post yang baru..
ingin saya berkongsi sedikit beberapa perkara dan peristiwa yang terjadi dalam kehidupan saya..
1. malam opss tahun baru sungguh menyedihkan, manakan tidak saya dan sahabat terlibat dalam ops cegah maksiat dan gejala yang tidak sihat.sedih bila mad'u yang rata-ratanya berumur 13-18 tahun.. muda sangat2..respon yang kami terima mereka hadir kerana nak lepak2, seronok2 dengan kawan2 tiada azam baru pun... tapi bila dah menjangkau ke 12 pagi selepas detik 12 dan bunyi dentuman bunga api...yang ke hotel pun ada yang ke taman2 bunga pun ada dan macam2 lagi..:(
2. 2 orang sahabat baik saya kemalangan sehari selepas opss.. dikala kami sedang sibuk untuk program dan bengkel2..jadi saya lah orang yang paling sibuk mengantikan sahabat saya..
3. selepas tamat je program penting saya pula dimasukkan kehospital...:(
adakah kamu beriman sedangkan kamu belum diuji...
tarbiyah dari Allah untuk saya beringat...jaga iman ,jaga diri,...jaga kesihatan buat sahabat2 terima kasih berjuta- juta terima kasih kerana doa kalian...:)
salam takziah buat ukhti yang ana cintai.. keran telah kehilangan abang kandung tersayang dalam kemalangan jalan raya...moga roh arwah ditempatkan dikalangan orang2 beriman...
senyum sokm0..:)