Monday, November 16, 2009


" Mengejar
cinta Tuhan, orang akan suka dan rasa senang. Tiada siapa yang akan rasa
tercabar atau tergugat dalam pertarungan merebut cinta Tuhan Cinta yang hakiki
dan agung ini jarang orang ambil perhatian. Jarang orang memburunya seperti
cinta-cinta murahan yang lain "


Fitrah semulajadi manusia ingin disayangi dan menyayangi, ingin dikasihi dan mengasihi serta ingin dicintai dan mencintai. Perasaan sayang manusia tiada terhad sesama insan semata tetapi meliputi semua makhluk sama ada yang bernyawa ataupun tidak. Manakala kasih sayang pula diberi hanya sesama manusia, tidak kepada benda. Ini yang membezakan di antara sayang dengan kasih sayang. Manakala perasaan cinta pula walaupun tidak salah diberikan sesama makhluk tetapi cinta paling agung hanya layak diberikan untuk Tuhan . Menyintai atau ingin dicintai oleh manusia bukanlah kemuncak cinta atau cinta agung, kerana cinta sesama manusia tidak kekal. Paling lama sekadar tempoh masa kita masih hidup. Bahkan sering berlaku dalam sebahagian perjalanan usia kita lagi, iaitu sebelum kita mati, cinta itu telah pudar atau terungkai sama sekali. Cinta yang diagung-agungkan dan dipuja-puja itu hancur berkecai.


Di sini barulah kita sedar bahawa cinta kepada makhluk atau cinta daripada makhluk bukanlah cinta yang hakiki atau sejati. Itu hanya cinta sementara waktu. Kita sahaja yang menyangka cinta itu sejati dan sampai ke hujung. Rupa-rupanya dalam perjalanan umur, cinta kita kepada orang lain atau cinta orang lain kepada kita, dengan sendirinya dia ataupun kita sendiri yang mengungkainya semula atas sebab-sebab yang bermacam-macam. Oleh kerana itulah, mencintai makhluk selalu mengecewakan kita sekalipun bukan satu kesalahan. Jadi jangan meminta, menagih atau mengharapkan sangat untuk mencintai manusia atau dicintai oleh manusia walaupun ia tidak salah. Cinta itu tidak abadi. Sebaliknya berilah dan terimalah cinta yang kekal abadi. Itulah cinta agung namanya. Iaitu cintakan Allah yang Maha Agung . Inilah cinta yang hakiki, yang sejati, yang kekal abadi dan membawa kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di Akhirat. Cintakan Allah ini tiada tandingan dan bandingannya. Cinta ini jika berjaya diperolehi adalah cinta yang paling memuaskan dan menenangkan. Buahnya paling menghiburkan dan paling membahagiakan. Tetapi malangnya cinta yang hakiki dan agung ini jarang orang ambil perhatian. Jarang orang memburunya seperti cinta-cinta murahan yang lain. Mungkin daripada jutaan manusia, hanya seorang yang memburunya. Kalau seseorang itu telah mencintai Allah, walaupun seluruh makhluk memusuhinya atau membencinya, namun dia tetap mendapat kebahagiaan dan ketenangan.

Sebaliknya cinta kepada makhluk tidak akan membawa manusia kepada kebahagiaan sejati dan kekal abadi, selagi cinta hakiki lagi agung daripada Allah itu tidak dimiliki. Sebab itulah orang yang beriman dengan Allah dan mentaati-Nya sentiasa tenang walaupun di dalam kesusahan dan ujian. Oleh yang demikian, kalau kita tidak dapat memiliki cinta daripada manusia, usahlah bersedih hati kerana cinta itu tidak abadi. Pun tidak hakiki dan sejati. Kalau begitu, cari dan burulah cinta yang agung, iaitu Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Beruntungnya sesiapa yang menjadikan Tuhan sebagai cinta agungnya. Sesiapa yang menjadikan Tuhan sebagai cinta agungnya, amat beruntunglah hidupnya di dunia dan Akhirat. Di antara keuntungan yang diperolehinya ialah:


1. Tiada kecewa .


Seseorang itu tidak akan kecewa dalam percintaannya merebut cinta agung. Seandainya semua makhluk di bumi dan langit berlumba-lumba merebut cinta Tuhan, tidak ada siapa yang akan kecewa bahkan Maha Kuasanya Tuhan dapat membalas cinta semua makhluk-makhluk-Nya serentak dari yang sekecil-kecilnya hinggalah yang sebesar-besarnya. Tiada siapa yang akan kecundang dan kecewa dalam perebutan mencari cinta agung.


2. Tiada saingan .


Tidak akan berlaku saingan, pertarungan, permusuhan atau peperangan dalam mencari cinta Tuhan. Sebaliknya dalam perebutan mencari cinta dunia sama ada cinta manusia, harta, pangkat dan lain-lain, biasanya akan berakhir dengan permusuhan dan akan ada yang kecewa dan menderita.


3. Mendapat ketenangan dan kebahagiaan .


Mendapat cinta Tuhan akan membuahkan ketenangan, kedamaian, keamanan dan kebahagiaan yang hakiki. Jiwa lapang, hati senang dan tenang. Bahkan kesengsaraan, kesakitan atau penderitaaan dalam usaha meraih cinta agung itu pun sudah merupakan sebahagian daripada kebahagiaan. Kadangkala hati resah, cemas dan bimbang apakah cintanya terhadap Tuhan itu berbalas. Dalam keresahan cemas dan bimbang itu terubat pula dengan keyakinan bahawa Tuhan itu Maha Luas Rahmat-Nya. Maka di situ pula bertambah lagi ketenangan. Sesekali terasa diri lemah, dhaif dan lalai, tertebus pula dengan pengaduan serta bermanja-manja dengan Allah SWT yang Maha Pengasih. Bertambah pula mendalamnya rasa kehambaan. Sebaliknya merebut cinta dunia akan menimbulkan keresahan dan tiada ketenangan di jiwa. Walaupun dunia yang dicintai itu sudah ada di tangan, namun fikiran masih kusut dan berserabut. Mereka yang gagal mendapat dunia yang dicintai dan diburunya itu pula sudah ramai yang sakit jiwa dan berputus asa. Bahkan ada yang sanggup bunuh diri kerana kecewa dalam percintaan yang tidak kekal itu.


4. Dapat kawan dan perpaduan .


Bersama-sama mencari Tuhan membawa manusia berukhwah dan berkawan. Walaupun manusia itu dari berlainan latar belakang, bangsa, pangkat, kedudukan malah jika pernah menjadi musuh sekalipun, namun di dalam perjuangan merebut cinta Tuhan, secara automatik setiap hati manusia itu akan terikat satu sama lain. Kerana masing-masing sedang dalam perlumbaan mencari cinta yang satu iaitu cinta yang hakiki. Sebaliknya pertarungan dalam merebut cinta dunia akan mengakibatkan ukhwah dan persahabatan makin jauh dan terbarai. Akhirnya akan membawa kepada pecah belah dan perusuhan.


5. Menghilangkan mazmumah.


Mencari cinta Tuhan dapat membantu menghilangkan mazmumah. Mazmumah adalah sifat-sifat keji yang terdapat dalam diri manusia seperti hasad, dengki, sombong, ego, tamak, gila dunia dan lain-lain. Mazmumah dapat merosakkan segala kebahagiaan dan ketenangan di dalam jiwa seseorang insan. Perlumbaan mencari cinta Tuhan adalah salah satu proses paling berkesan dalam usaha seseorang manusia meruntuhkan mazmumah di dalam jiwa. Sebaliknya, merebut cinta dunia akan menebalkan mazmumah. Hasad dengki pasti akan berlaku dan ia bagaikan siraman baja yang menyuburkan lagi pohon mazmumah dalam diri manusia.


6. Disenangi oleh orang .


Mengejar cinta Tuhan orang akan suka dan rasa senang. Tiada siapa yang akan rasa tercabar atau tergugat dalam pertarungan merebut cinta Tuhan. Orang yang berusaha merebut cinta agung akan disenangi semua makhluk. Manusia senang dan sayang padanya dan para malikat juga turut mendoakannya. Kerana makin ramai yang merebut mencintai Tuhan, semakin mendorong kepada tercetusnya keamanan, ketenangan dan kebahagiaan. Sebaliknya di dalam sesuatu pertarungan atau perebutan lebih-lebih lagi perebutan cinta dunia, ramai yang tidak senang dan makin dibenci orang. Semakin sengit perebutan dunia, makin bertambahlah huru-hara dan porak-peranda hidup.


7. Tidak akan kesepian atau keseorangan .


Memburu cinta Tuhan tidak akan keseorangan dan kesepian. Biarpun tiada kawan bersama, kita tidak akan rasa kesunyian dan ketakutan kerana Tuhan yang menjadi cinta agung sentiasa ada bersama. Malah Tuhan bukan sekadar boleh memerhati, bahkan boleh menjaga dan melindungi kita. Malah di waktu kita tidur, di kala kekasih yang paling hampir dan paling kita cintai pun tidak mampu untuk menjaga kita. Tuhan boleh menjaga dan mengawal kita kerana Dia tidak tidur. Meletakkan cinta dan harap pada Tuhan akan membuatkan hati sentiasa rasa tenang dan selamat kerana kita tahu bahawa kita berada di dalam kawalan dan penjagaan satu Zat yang Maha Agung lagi Berkuasa. Sebaliknya, manusia yang menyandarkan diri kepada cinta selain Tuhan, belum tentu makhluk yang dicintainya itu dapat mendampinginya sepanjang masa lebih-lebih lagi menjadi pelindungnya setiap masa.


8. Jalannya luas dan selamat .


Mengejar cinta Tuhan jalannya luas, lapang, selamat dan menyelamatkan, manakala mengejar cinta dunia jalannya sempit, himpit-menghimpit serta memudharatkan. Begitulah beruntungnya sesiapa yang menjadikan Tuhan cinta agungnya dan malang sekali bagi sesiapa yang memburu cinta selain Tuhan. Memburu cinta selain Tuhan dua kali malang Masa berjalan begitu laju. Tidak pernah berhenti walau sedetik. Ertinya begitu laju umur kita meningkat, setiap detik umur kita meninggalkan kita. Setiap detik umur kita berkurang. Tetapi hakikat ini jarang kita rasai. Setiap detik, kita makin jauh meninggalkan dunia dan setiap detik jugalah kita makin dekat menghampiri Akhirat. Kalaulah kita cintakan dunia, maka apa yang kita cintai itu makin hari makin jauh terpisah dari kita. Sedangkan Tuhan yang tidak pernah kita cinta makin dekat dengan kita. Alangkah malang dan terseksanya jiwa terpaksa meninggalkan apa yang kita suka dan cinta. Bertambah malang dan terseksa lagi apabila kita akan berhadapan dengan Tuhan yang tidak pernah kita cinta sepanjang hayat kita. Ertinya kita pergi ke Akhirat, mengadap Tuhan tanpa membawa apa-apa. Yang kita cinta hendak ditinggalkan, manakala yang tidak kita cinta, akan berhadapan dengan kita. Maka kita akan berhadapan dengan dua kali penderitaan, iaitu meninggalkan yang kita cinta, hendak bertemu Tuhan yang tidak kita cinta. Roda umur kita makin laju ke hadapan. Dunia yang kita cinta makin jauh kita tinggalkan sedangkan Tuhan yang sepatutnya kita cinta masih jauh dari kita. Aduh, malang sekali nasib kita di sana, negara yang kekal abadi. Kenapa Tuhan perlu dijadikan cinta agung? Setiap makhluk perlu menjadikan Tuhan sebagai cinta agungnya kerana terlalu banyak nikmat dan kasih sayang yang Allah limpahkan kepada makhluk-Nya.


Kasih sayang Allah pada makhluk-Nya boleh dilihat dari dua sudut.


Pertama dari sudut ilmu dan kedua dari sudut realiti yang berlaku dalam kehidupan seharian.


1. Dari sudut ilmu Banyak ayat Quran dan Hadis yang memperlihatkan kasih sayang Allah pada hamba-Nya. Di atas kasih sayang Tuhan itu, wajarlah seorang hamba itu meletakkan cinta agungnya hanya kepada-Nya.


2. Di sudut realitinya Dalam realiti kehidupan manusia, kita wajib meletakkan cinta agung kepada Tuhan yang Maha Agung supaya dengan itu kita akan mendapat ketenangan yang agung di dunia dan Akhirat. Ini kerana: 1. Allah itulah Tuhan yang mencipta dan menghidupkan kita serta menjadikan seluruh isi dunia ini untuk kita gunakan, cuma jangan sampai menyalahgunakannya.


2. Dia jugalah Tuhan yang menjadikan Akhirat sebagai tempat tinggal kita yang abadi selepas mati. Dan jika kita beriman dengan-Nya, menyembah dan mentaati-Nya serta berbuat baik seperti yang Dia kehendaki; bukan seperti yang kita kehendaki, maka kita akan ditempatkan di dalam Syurga yang nikmatnya tidak dapat kita bayangkan di dunia ini. Tetapi kalau berlaku sebaliknya, maka azab Neraka-Nya pula yang akan ditimpakan kepada kita yang mana tidak dapat digambarkan penderitaannya. Mudah-mudahan Allah melindungi kita dari azab yang dahsyat dan pedih ini.


3. Allah jualah yang menciptakan suami untuk berhibur, isteri untuk bersenang-senang dan anak-anak sebagai cahaya mata penyejuk hati. Kalau begitu mengapa kita tidak mencintai Allah, Tuhan yang mengurniakan kita suami, isteri dan anak-anak itu?


4. Sewaktu kita diuji oleh kesakitan maka Allahlah yang menyembuhkan. Diberi kelegaan daripada kesakitan yang kita alami. Dikurniakan ketenangan dan kesabaran ketika berhadapan dengan kesakitan dan kesusahan. Disembuhkan selepas sakit bukankah merupakan satu nikmat Tuhan yang wajib disyukuri?


5. Allah jualah yang memberi rezeki yang tidak terhingga banyaknya yang mana dengan itulah kita dapat makan, minum, berpakaian dan lain-lain. Maka dengan itu selamatlah kita dari lapar, dahaga, telanjang dan sebagainya.


6. Kalau ada masalah atau ujian hidup, kepada Allahlah kita minta penyelesaian. Setiap hamba merasakan dia mempunyai tempat untuk mengadu dan berharap. Ada satu zat yang Maha Agung yang mana setiap hamba boleh menyandarkan segala harapan pada-Nya. Harapan itu pun sudah cukup melegakan. Itu pun sudah memadai untuk menjadikan kita manusia yang tidak berputus asa dan kecewa, harapan ini akan mengurangkan tekanan jiwa.


7. Allah menjadikan manusia sebaik-baik makhluk. Lebih mulia dan sempurna dari haiwan, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain. Malah manusia yang bertaqwa lebih mulia dari para malaikat. Manusia dikurniakan akal fikiran yang mana dengannya manusia dapat ilmu dan mampu menguasai makhluk lain walau sebesar dan sekuat mana pun makhluk itu.


8. Allah jugalah yang menggilirkan malam dan siang agar manusia dapat berehat dan bekerja sesuai dengan fitrah semulajadi manusia.

Sunday, November 1, 2009

PEKA ATAU PEKAK????


salam hormat buat sahabat2..


pada suatu petang saya brsiar-siar di sekitar kampus dan kolej kediaman..saje nak rapat dengan adik2 junior..dan kakak2 senior. saja saya buka isu berat sikit seperti SIS, isu bajet 2010 dan beberapa isu kampus.malang dan sedihnya, mereka hanya buat muka ayu yang layu.masing2 mengatakan tak nak amik port bukan urusan mereka.saya sedih sangat mahasiswi sekrang kurang PEKA isu semasa dan hanya PEKAKKAN telinga dengan sikap pentingkan diri sendiri.


tak tahu ke mereka betapa susahnya umat Islam di luar sana tanpa pembelaan. tak payah jauh2 la..tngok sendiri dalam kampus.. biah solehah yang semakin terhakis. pergaulan antara lelaki dan perempuan semakin mengedikkan mata saya melihatnya.saya terlalu geram jika kita hanya berlingkar berdiam diri tanpa berbuat apa2..sedangkan masalah umat semakin meruncing.


tak takut ke nanti dihadapan ALLAH swt akan ditanya apa sumbangan kita pada Islam??

kesian sahabat2 kita yang semakin hanyut dengan gejala couple, aurat terdedah...


jangan hidup terlalu selesa..kita tak akan tahu cabaran hari mendatang..

hanya segelintir sahaja yang punya kesedaran..


saya bukan lah seorang yang pandai berhujah atau memandai-mandai mengutarakan pendapat..ini hanya sekadar pandangan dari kaca mata saya seorang hamb:)

Tuesday, October 27, 2009

PEDULI TENTANG SESUATU:)


Berikut adalah 5 tips bagaimana berurusan dengan lelaki ajnabi. Tips-tips ini telah dikongsi oleh seorang sahabat yang amat disegani oleh kaum lelaki dan kaum wanita. Semoga dengan mengamalkan perbatasan hubungan ini, akan lebih mensucikan hati kita dan hati mereka. Sama-samalah kita menjaga hati...


1. Elakkan berurusan dengan lelaki - Selagi masih boleh dan berpeluang untuk minta tolong daripada perempuan. Kecuali dalam hal seperti dalam hal repair kereta, repair laptop dan lain-lain. Disebabkan limitation kemampuan wanita dalam hal tersebut, maka terpaksalah juga akhirnya minta bantuan daripada orang lelaki.



2. Kalau terpaksa berkomunikasi dengan orang lelaki, gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan seperti SMS, e-mail atau nota kecil. Gunakan perkataan-perkataan formal,bukan bahasa pasar. Contoh :maaf(bukan sorrie..), terima kasih(bukan time kacih..). Lagi satu, tak payahlah buat smiley face ke =),gelak ke (hihihi..), dan lain-lain yang kurang berfaedah.
Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum betul-betul desperate. Ini kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa insan yang bernama lelaki. Buktinya sampai ALLAH sound kepada wanita supaya keraskan suara! Rujuk Quran,Surah Al-Ahzab, ayat 32 :"Wahai isteri-isteri nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah-lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik." Kalau rasa ayat ini ditujukan kepada isteri-isteri nabi sahaja, sepatutnya kita juga menyahut seruan tersebut untuk mencapai darjat yang sama seperti mereka-darjat wanita bertaqwa dan darjat wanita-wanita yang terpilih. Best kan ???

3. Tundukkan hati. Apabila terpaksa berurusan dengan lelaki, kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang-kerana takut pada ALLAH! Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki tersebut tertarik kepada kita. Sewaktu berhadapan dengan lelaki-lelaki tersebut, banyakkan beristighfar dan berdoa “ YA ALLAH, janganlah KAU jadikan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya daripada panahan-panahan syaitan.”

4. Tundukkan pandangan. Jangan tertipu dengan subjek communication skills yang pernah kita belajar, "make eye contact with the person you’re talking to..". Ianya applicable kalau kita bercakap dengan sesama jantina sahaja. Kalau ada eye contact dengan orang yang berlainan jantina, kita akan mendapati teori “dari mata turun ke hati” itu benar-benar bisa berlaku.



Para sahabat dahulu pun, ALLAH perintahkan supaya tahan pandangan mata mereka apabila berurusan dengan isteri-isteri nabi. Rujuk kembali Surah Al-Ahzab, ayat 53 :"…apabila kamu meminta sesuatu daripada isteri nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagimu dan hati mereka…". Tetapi kita bukanlah disuruh membawa tabir ke mana-mana kita pergi. Kalau susah sangat nak jaga mata, tutuplah pandangan dengan buku ke, fail ke..

Kita lihat betapa ALLAH sangat mengambil berat masalah hati para sahabat dan isteri-isteri nabi supaya mereka tidak tewas ke dalm kemungkaran. Kalau kita nak jadi sehebat mereka, kenalah aplikasikan apa yang mereka lakukan. Takkan nak tunggu ALLAH sebut nama kita dalam Quran baru nak buat. Contoh :"Wahai cik _____, tundukkanlah pandangan..". Isk,isk..tak layaknya..

5. Cepatkan urusan. Perkara ini mungkin applicable kepada students/orang yang dah bekerja dan terpaksa berurusan dengan team lelaki. Dah tak dapat nak dielakkan, mereka sahaja teammate kita. So, apa-apa kerja yang dibuat bersama, buat sahajalah kerja tersebut. Tak payahlah nak berborak-borak, tanya hal peribadi, gelak-gelak, buat lawak..tak perlu,TAK PERLU! Siapkan kerja cepat-cepat, then go.



Discussion venue pula buatlah di tempat yang proper dan berurusanlah secara professional. Semoga bermanfaat dan semoga kita dikenali sebagai wanita mu’minah yang ada identiti, yang taat perintah ALLAH dan takutkan hari pembalasan. Semoga tidak melalaikan diri kita dan orang yang menerimanya. Jagalah diri, hiasi peribadi. Wassalam.


senyum sokmo:)

Monday, October 26, 2009

RENUNGAN

renungan bersama..akhir zaman..


Setiap yang ALLAH swt takdirkan ada hikmah dan petandanya..









SEKOLAH MELAYU ZAMAN DAHULU


AYUH!!!


Apa pendapat anda semua tentang sistem pendidikan negara kita???

barang kali isu ini hanya di pandang enteng oleh sesetengah pihak..cuma akal saya terjentik untuk mengulas pandang sisi saya. lewat pagi semalam kelas pertama saya bagi subjek MUET(malaysia univercity english test).saya tertarik dengan statement yang dikatakan oleh pensyarah saya yang berkelulusan dari univercity di Kanada.

Beliau bukanlah mempunyai latarbelakang pendidikan agama,tetapi beliau sering mengungkap kata-kata yang beliau tidak mahu semua pelajarnya hanya datang ke kelas untuk menduduki peperiksaan akhir dan bila naik semester baru hilang semua apa yang di belajar pada semester lepas.bukankah in kelihatan seperti sesutau yang saya kira kelakar?
beljar bertahun-tahun tetapi bila grad apa yang dibelajar turut "graduate"..:)

adakah hadir kesekolah atau pusat pengajian tinggi hanya sekadar untuk lulus EXAM?

saya juga lahir dan hidup dalam lingkungan sistem yang terlalu mementingkan akademik.. malahan dalam keluarga saya mesti belajar setinggi yang mungkin seperti satu aturan turun temurun..tetapi pernahkah kita terfikir segala gejala sosial, kebajetan akhlak anak-anak sekarang berpunca dari sistem pendidikan? bila diutarakan soal sekolah agama atau sekolah pondok dikatakan kolot.padahal dari aliran ini lahirnya ramai ilmuwan yang memberi manfaat pada masyarakat.

Hebat bagaimana pun dalam bidang sains tapi jika ilmu Taharah tidak khatam apa gunanya.

hebat bagaimana pun tentang ilmu kimia tetapi rukun Islam pun tunggang terbalik apa nak sesal?

hebat bagaimana pun dalam bidang ekonomi tetapi tak tahu riba tu haram apa gunanya?

pendidikan Islam seperti dianaktitikan walhal ia penting untuk menjadikan kita sebagai manusia bertuhan.

ermm...saya bukanlah pandai untuk mengulas, tetapi ini adalah padangan dari kaca mata saya. saya juga seorang pelajar.dan pada sahabat2 yang sedar tentang perkara ini..ayuh kita kaji dan renung kembali. saya bukanlah peminat setia pada perkembangan GAMIS(gabungan mahasiswa Islam se-malaysia) tetapi saya tertarik dengan usaha menubuhkan secretariat pendidikan islam negara (SPIN).harap ia bukan sekadar hangat-hangat taik ayam..harap rancak berbincang hebat juga kerjanya ye..selamat berjuang..


senyum sokmo:)

Wednesday, October 21, 2009

ANUGERAH YG BERHARGA

Antara anugerah yang terindah Allah swt kurniakan pada saya ialah sahabat2 serumah yang amat memahami dan ceria.
setelah mengenal mereka baru banyak yang saya belajar tentang kehidupan.
Allah takdirkan saya mengenal cara kehidupan Islam dan perjuangan serta hidup untuk Islam melalui sahabat2 saya..
SUBHANALLAH...indahnya..ukhuwah ini..
solat jemaah,usrah,sikap tidak pentingkan diri sendiri.:) saling memotivasikan antara satu sama lain..walau berbeza latarbelakang, loghat,jurusan,umur..tapi indah bila bertemu kerana ALLAH berpisah jua insyaALLAH kerana ALLAH SWT..
setiap diri ada kelebihan yang berbeza tetapi terikat indah dengan ikatan satu akidah..
moga ukhuwh ini kekal hingga ke syurga..aminn...

senyum sokmo:)

Monday, October 19, 2009

SETELAH ITU..


Bangkit semula dari kekecewaan, setelah meneliti dalam keadaan waras akal ini terpanggil untuk meniti hikmah disebalik apa yang berlaku..percayalah wahai diri ALLAH itu tidak kejam, ALLAH maha mengetahui segala-galanya. sekali jatuh jangan biakan jatuh terus bangkit semula jadi yang baru..


agaknya apa yang saya repekkan ni, natijah imtihan akhir semester lepas menjunam kebawah.. pointer saya tidak maintain seperti semeter lepas..apa yang saya rasa? kecewa memang kecewa tapi itu lah hidup jatuh bangun, naik turun, yang penting sebenarnya iktibar yang kita ambil dan setiap yang terjadi ada hikmahnya. walaupun perit ketahuilah ALLAH akan duga hambaNya ikut kemampuan hambaNYA..


Tapi saya berpesan pada diri dan sahabat2 saya sekiranya berlaku sesuatu dalam result imtihan jangan sesekali salahkan kerja2 dakwah atau kerja2 persatuan yang sentiasa melingkari kehidupan sebagai mahasiswa Islam. jangan salahkan meeting yang lama utk persiapan program, jangan salahkan usrah pada petang hari setelah habis kuliah dan kelas, jangan salahkan program2 hujung minggu sehingga tiada istilah weekend day dalam kamus hidup daie..

jangan salahkan sesiapa, tapi muhasabah balik dalam diri sendri.


boleh jadi kita semakin jauh dengan ALLAH SWT,

boleh jadi lidah dan hati ini semakin berat untuk mengingati ALLAH SWT.

boleh jadi niat hati pernah terselit secebis ketidak ikhlasan dalm perjuangan..

boleh jadi dosa2 yang tidak sedar kita lakukan..

boleh jadi kita tingkah diri pernah membuat orang sekeliling terluka..

boleh jadi kita lupa uttuk bersyukur...




Sunday, October 11, 2009

MEH BACA..


MEH KONGSI SAMA-SAMA

Tip menjadi MUSLIMAH bijaksana.
ü Suka member harta,tenaga,idea dan sebagainya demi ISLAM
ü Sentiasa menambahkan ilmu
ü Banyak membaca al-Quran dengan niat kerana ALLAH
ü Bertafakur memikirkan kejadian alam sambil ingat ALLAH di dalam hati
ü Membaca kisah para nabi dan isteri-isteri mereka
ü Melakukan solat sunat pada waktu tengah malam
ü Menjadi pendengar yang baik.

YANG MANE NI???


Pilihan saya…


Kenapa JORDAN? Soalan itu sering saya hadapi bila saya pulang ke kampung sebelah ayah saya di bahagian utara Malaysia. Kenapa tidak ke Uk atau Australia ke,atau ke tempat yang lebih canggih bunyinya.saya hanya tersenyum.bukankah Jordan itu bumi anbiya’ bumi Ulama. Sejak zaman persekolahan lagi hati ini sudah terpaut dengan Negara timur tengah itu.. kadang2 impian saya ini dipengaruhi juga dengan bacaan saya terutama Islamic novel seperti Salju sakinah, Ayat2 cinta,warkah berbau syurga, buku2 karangan ustaz Hasrizal iaitu Rindu bau pohon tin… dan banyak lagi buku yang menceritakan tentang JORDAN.. susah saya nak ceritakan betapa indahnya Jordan di mata saya yang tidak canggih bak kata mak sauadara saya yang lain.
Saya dapat gambarkan suasana ilmu, suasana berjuang di rantau orang. Nak juga saya rasa bagaimana nak praktikkan bahasa inggeris dan bahasa arab bila dirantauan, belajar makan makanan arab,bersaing dalam menuntut ilmu.berusaha untuk bersosial, mencari kenalan baru, bersedia untuk menyesuaikan diri dengan tempat tinggal baru, dengan suasana yang jauh dari tanah kelahiran sendiri. Yang paling penting mengutip segala ilmu dan pengajaran agar dapat perbaiki diri dan pertingkatkan ilmu pengetahuan.
Jika di university tempatan pun boleh untuk menuntut ilmu, yang perlu hanya hati kita samaada benar2 ingin menuntut ilmu atau sekadar hanya ingin sesedap dipanggil budak U@ kampus. Masa saya di kampus area bangi hanya berbaki setahun lagi. Ibu dan ayah saya dan izinkan untuk saya melanjutkan lagi pengajian..ni yang indah jika apa yang kita lakukan dapat restu dari IBU AYAH.. moga Allah permudahkan perjalanan kehidupan saya dan keluarga..
Tapi satu masalah saya, saya ni cepat berat hati bila nak tinggalkan sahabat seperjuangan saya lagi2 team saya dalam persatuan,sedangkan cuti semester sebulan sudah membuatkan saya rindu pada sahabat untuk sama2 berkerja untuk Islam dan manfaat diri serta islam, itu lah indah nya ukhuwah kerana Allah. Bertemu keranaNYA dan berpisah keranaNYA…pada kak atiqah yang impiannya ke Yaman,kak dhiayul yang happening,kak yati yang mempunyai semangat juang yang tinggi bercita-cita untuk mengubah system perundangan katanya,syukriah seorang pemikir yang mantap,pada fazreen yang cool, kamilin, amalina, kak masitoh dengan sifat keibuannya.pada team saya, husni,faeiza, k.amalina kz,nabilah,hidayah,hazimah,afifah,dan yang lain2 tidak tersebut namanya maaf ler..tapi kalian tetap dihati.moga terus istiqamah dalam perjuangan dalam medan dakwah..dimana kita berada ilmu tetap kita cari..

Senyum sokmo.

KEMBALI

Salam kembali hangat dalam dunia blogger..

saya ingat hanya blog saya yang tidak di update, rupa2nya blog kegemaran saya juga tidak di sambung ceritanya. Lantaran cuti semester dan cuti raya saya berada di kampung dan ketidaksihatan diri dan laptop yang tidak diaktifkan antivirusnya meyebabkan jari jemari kaku untuk menulis. Terima kasih buat sahabat2 yang mengasak saya dengan kata2 perli tentang kekakuan saya dalam penulisan blog.

Saya pula sekarang dihinggap penyakit dimana terkena sindrom terlalu lahap dan leka untuk membaca terutama sirah NABI junjungan kita. Sehingga saya terkena penyakit susah tidur malam bila terlalu leka membaca..sedap sangat saya rasakan bila sudah membaca ni, mungkin diri ini terlalu rasa kurang ilmu. Ya saya akui mahasiswa sekarang kurang membaca dan kurang peka dengan isu semasa. Makanya saya tidak mahu diri saya tergolong dalam golongan sebegitu. Dan saya menyeru pada sahabat di kampus, sahabat baik saya, sahabat sepersatuan, sahabat di mesir,Jordan dan pimpinan mahasiswa agar jangan sia-siakan masa yang ada.masa dah tak banyak tau, kita yang akan merubah dunia akan datang, tapi jika kita malas dan tidak ada sensitiviti bagaimana kita nak jadi pendakwah? Sesungguhnya tiada hiburan yang paling indah melainkan alunan indah ALQURAN NULKARIM,ZIKRULLAH,MAJLIS ILMU,KITAB2, serta alunan nasyid2 yang mendidik jiwa.

Kesibukan bukan alasan yang kukuh untuk mengelak diri dari membaca AL-Quran dan zikir,serta peka pada isu semasa terutama isu tentang umat Islam sekarang. Saya teringat dalam kisah Rasulullah dalam perang khandak, Rasulullah bukan sahaja sibuk berjaga dan berwaspada disekitar parit yang telah digali dan tidak duduk selesa,selain menyusun dan mengatur strategi Rasulullah juga sibukkan diri dengan berzikir, dan berdoa kepada ALLAH SWT agar diberi pertolongan serta bersolat hajat.dalam perang tu. Sedangkan kita hanya perang dengan diri untuk tuntut ilmu, kekelas, balik kelas,makan dan tidur je kan? Cuba cabar diri jadi mahasiswa yang sibuk ke usrah berkongsi ilmu dengan sahabat, membincang masalah remaja Islam dan apa tindakan kita melalui persatuan atau program yang kita sertai kan hebat dan indah jika kita tidak sia-siakan masa yang ALLAH telah kurniakan. saya juga berpesan pada diri saya juga agar istiqamah.
Mahasiswa yang mantap mahasiswa yang ambil tahu hal semasa dari aspek pengetahuan dalam pendidikan, sosial,ekonomi dan politik. Kan dalam ISLAM itu menyeluruh, sempurna merangkumi semua aspek kehidupan manusia.


Senyum sokmo…:)

Tuesday, September 15, 2009

YAKINLAH

Fitrah dalam diri setiap insan itu cintakan kebaikan. Hidup perlukan pembaharuan agar tidak berada di takuk lama..agar tidak tengelam dalam keselesaan. Saya hairan apabila masih ada sahabat-sahabat yang belum kuat tunjang keberanian mereka. Keberanian untuk berbicara di hadapan khalayak ramai tidak semua ada, tetapi ia boleh dipupuk jika ada kemahuan. Saya bukanlah siapa-siapa untuk mengatakan diri saya hebat bila bercakap dihadapan, perasaan gementar,kecut perut, darah gemuruh… dan mcm2 lagi istilah yang timbul.Cuma kita perlu keluarkan pendapat yang selagi mana tidak bercanggah dengan syariat dan membawa kebaikan pada ummah pendapat saya setiap orang perlu berani bersuara.

Salah satu nya apabila bermesyuarat dalam sesuatu organisasi. Muslimat juga perlu menlontarkan idea atau pandapat malahan bantahan yang relevan. Hampir 6 tahun saya bergelumang dengan kesibukan berorganisasi disamping bergelar pengejar ilmu..kebanyakan masalah yang sering timbul adalah dari salah satu punca nya kerana tidak mahu bersuara ketika mesyuarat, dan ini akan menyebabkan ada segelintir ahli organisasi akan bercakap-cakap dibelakang hingga boleh menimbulkan fitnah. Penambahbaikkan amat perlu bagi sesebuah organisasi, komunikasi dua hala antara aspek yang penting agar kita tahu mana yang perlu ditambah mana yang perlu dikurang.
Niat bersuara juga bukanlah untuk menunjuk keegoaan, kepandaian, atau rasa di sudah bagus, bersuaralah demi ALLAH dan RASULNYA terutama bagi memikirkan dan menyelesaikan masalah ummah.. jika muslimin dengan rasa ego dan perasan bagus serta sifat muslimat yang malu-malu untuk sama-sama berfikiran kritis, maka sesebuah organisasi akan tetap begitu tanpa kemajuan sampai bila-bila sehinggan diwariskan kegenerasi akan datang…

Renungkan.. sekadar pendapat dari blogger.

Wednesday, September 9, 2009

ANTARA KELEBIHAN BULAN RAMADHAN

Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah
( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.

Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.

Berkata Saidina Ali, Nabi (s.a.w) telah bersabda apabila engkau melihat sehari bulan maka bacalah olehmu "AllahuAkbar" 3 kali, kemudian bacalah :


(Segala kepujian bagi Allah yang telah menjadikan aku dan telah menjadikan engkau, dan telah menentukan bagi engkau pangkat-pangkat (darjah) dan telah menjadikan engkau tanda (kekuasaan) bagi sekalian alam) nescaya bermegah Allah akan Dia dengan malaikat dan firmanNya: Hai malaikat! saksikanlah kamu, bahwa Aku telah merdekakan daripada api neraka, atau dibacakan :


(Ya Allah, zahirlah Ramadan atas kami dengan keamanan dan keimanan dan dengan keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhan engkau Allah.)

BERAKHIR SEBUAH PERJUANGAN

SALAM SEMULIA RAMADHAN

akhirnya setelah selama seminggu bergeluman dengan nota2, dan tekanan final exm
maka semalam sy telah menamatkn paper terakhir sehingga membuatkn shbt2 naik geram.. hehehe mklumla shbt2 sy ni studnt law maka nye lambt lagi hbs exm.

teruskam tingkatkan amalan ramadhan.

dan menjejak malam lailatul qadar:)

Friday, August 28, 2009

HUTANG SAYA

Begitu lama penantian lantaran kesibukan saya untuk mengatur temujanji dengan laptop tersayang baru kali ini dapat saya siapkan entri tentang kisah Ustazah saya.
Kata ustazah “kita kena yakin dengan setiap doa kita, berbaik sangka dengan Allah, yakin dengan setiap apa yang terjadi ada hikmahnya”
Sewaktu saya di tingkatan 4 saya mula mengenali ustazah bilamana kebetulan saya menjadi wakil sekolah untuk pertandingan hafazan. Saya membuat hipotesis yang ustazah ni garang maklumlah selaku guru disiplin sekolah disamping dengan rotan yang sering dibawa nya.
ustazah bukanlah pernah mengajar saya, tetapi disebabkan pemikiran, idea2, kata semangat membuat kan saya sering kali meminta pendapat ustazah jika saya kebuntuan untuk menyelesaikan masalah persatuan kebuntuan idea untuk modul aktiviti persatuan pendidikan Islam sewaktu disekolah. Dengan pendapat ustazah juga saya telah Berjaya melanjutkan pengajian. Diri saya dari seorang yang sering memberontak kini telah bertukar corak hasil didikan tidak formal ustazah. Belajar erti yakin dengan diri sendiri, perjuangan dakwah, hidup untuk dapat redha Allah, tuntut ilmu untuk manfaat masyarakat, menyelami erti memberI dengan ikhlas dan 1001 macam perkara saya sering bincangkan .
ustazah masing belum dijadikan suri oleh mana-mana insan yang bernama ADAM. Sering saya lontarkan persoalan soal jodoh pada ustazah.ustazah tua 10 tahun dari saya..kata ustazah jodoh tak kan kemana, jangan risau yakin dengan ALLAH, cepat atau lambat itu kerja ALLAH kita usaha untuk perbaiki diri, tingkatkan kesolehahan diri..
masa terus berganjak saya Berjaya melanjutkan lagi pengajian di kampus yang lebih baik.. ustazah pesan istiqamah dan banyakkan berdoa. Ustazah pernah pesan hati kena jaga buat apa la nak bermesej atau berhubung dengan kaum muslimin ni jika tiada keperluan.. kalau study cari dulu kawan muslimat yang boleh bantu kalau tak jumpa je terus pensyarah. Kenapa nak cari alasan untuk berhubung dengan lelaki?? Mungkin banyak pengalaman ustazah, saya fikir mustahil waktu ustazah di matrik nilam puri, di kampus UM tidak ada muslimin yang cuba dekati ustazah. Sehingga lah ustazah Berjaya melanjutkan lagi pengajian di peringkat master di USM, cabara ustazah bertambah pendidik, dan pelajar dalam satu masa yang sama. Saya terus dengan doa saya bilalah ustazah nak tamatkan zaman bujangnya.ustazah berseloroh “entah2 kamu kot yang kahwin dulu”…ishk ustazah ni kesitu pulak.kebetulan time tu memang ada yang sudah datang bertemu ibu ayah saya untuk merisik, saya menolak secara baik sebab saya masih dalam pengajian..
awal julai 2009 saya pulang ke kampung bersama sahabat-sahabat untuk satu program kebetulan tempat saya berprogram dekat dengan rumah jadi kebetulan Ustazah menjadi penasihat utama program kami. Satu kejutan yang saya terima. Ibu beri saya satu kad jemputan walimaturus.. YA ALLAH, akhirnya walaupun terkejut tapi saya panjatkan kesyukuran. Mudahnya jodoh uztazah.
Saya desak juga ustazah untuk bercerita, walaupun masa saya bersama ustazah terhad lantaran tugas saya sebagi pengarah program. Siapa insan bertuah tu? Macam mane boleh kenal? Macam mana itu dan macam mana ini? Dan macam2 soalan saya. Mana tak nya saya selalu berhubung dengan ustazah, tetapi tak pernah pula terselit tentang cerita kahwin ni.
Kronologinya:
1) Ustazah pulang ke kampung.
2) Kakak ustazah minta gambar ustazah.
3) Ada orang datang meminang.
4) Ustazah terima tanpa kenal orangnya.(setelah istikharah)
5) Bertunang sebulan.(tengok bakal dari jauh)
6) 8/8/2009-hari bahagia ustazah.
Ibu kata soleh orangnya padan dengan ustazah, sopan santun jernih air mukanya, walaupun bukan ada gelaran ustaz, tapi cukup soleh untuk jadi suami yang terbaik bagi ustazah.
Mudahkan tanpa bermesej tanpa calling berjam2. Kemanisan cinta yang halal hanya dapat dirasa dengan pernikahan yang direstui oleh ibu ayah, tanpa dicemari dengan maksiat, dan penikahan disertai dengan mencari redha ALLAH..
subhanaALLAH cantiknya ISLAM, saya bukan lah penglipu lara yang bijak bercerita, tapi sedikit perkongsian agar kita sama2 muhasabah diri.
Salam ramadhan

Thursday, August 27, 2009

MALU SAYA

Naik segan saya melihat blog sendiri yang tidak di update.kesan dari ketidakkemasan saya mengatur jadual harian dan bulan ini. Lantaran kesibukan menguruskan satu program yang besar bagi saya. Lupakan tentang itu yang penting saya terkesan dengan beberapa perkara yang belaku dalam hidup saya.
1) Ramadhan yang telah tiba, tanpa persediaan.
2) 2 Kemalangan yang berlaku serentak dalam minggu yang sama.
3) Diserang ketidaksihatan badan
4) Exam yang saya hadiri tanpa sempat untuk mentelaah
Semua itu membuatkan saya bermuhasabah kembali tentang masa hidup kita yang makin singkat, sedangkan banyak lagi yang kita nak buat. Bak kata ketua saya KERJA, DAN TERUS BEKERJA untuk ISLAM.
APA YANG TELAH KITA SUMBANGANKAN PADA ISLAM SELAMA KITA HIDUP INI???
PADA RAMADHAN KALI INI, KITA TINGKATKAN AMALAN IBADAH KITA..RAMADHAN KALI INI JUGA SAYA MENEMPUH PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER.SEMOGA KEBERKATAN RAMADHAN MEMUDAHKAN PERJALANAN PEPERIKSAAN DAN PECUTAN TERAKHIR SAYA UNTUK STUDY..
SALAM RAMADHAN BUAT SAHABAT2 SEPERJUANGAN..JANGAN LUPA HALAQAH TADARUS JAM 6 DI MASJID SETIAP HARI..:)

Monday, August 10, 2009

AKHIRNYA..

Alhamdulillah..tiada perkataan lain yang sesuai melainkan kalimah syukur kepada YA RABB..
Akhirnya insan yang saya gelar sebagai guru,sahabat,muraabi, penasihat,kakak dan pendengar yang setia akan melangsungkan perkahwinannya sabtu ini. Mudah sungguh jodohnya. ALLAH itu telah susunkan perjalanan hidup kita dengan begitu cantik sekali..
Semoga ustazah MULAIHA MUSA sentiasa berada dalam rahmatNYA dan moga perkahwinan ustazah diberkati dan berkekalan hingga ke syurga.
Kisah cinta ustazah mulaiha, sebuah kisah yang saya kira boleh menjadi contoh yang terbaik buat saya. Yaakin dengan doa kita, dan ingat JAGALAH ALLAH, ALLAH AKAN MENJAGA mu..
Sudah hampir 6 tahun saya mengenali beliau,sungguh saya amat mengagumi beliau. Beliau bukan siapa2,tapi beliau adalah salah seorang yang menjadi pemangkin kejayaan saya. Pendengar yang setia, maklumlah saya tidak mempunyai adik beradik perempuan..:)
Semoga perkahwinan ini kekal hingga ke syurga, InsyaAllah:)

p/s: next post saya akan ceritakan kisah cinta yang di latari dengan syariat,dan jauh dengan SMS sia-sia,Calling BERjam-jam dan mcm2 lagilah.tunggu tau.!

YA MEREKA TIDAK FAHAM!


MEREKA TIDAK FAHAM!..ya itu yang saya boleh tafsir kan. Satu insiden dimana ada seorang MANUSIA ni tiba-tiba menyapa dan membuat provokasi murahan. Saya tahu sabagai seorang islam saya perlu tegakkan pendirian saya agar ISLAM tidak dipandang rendah..namun saya mengambil langkah untuk berdiam diri dan melihat sejauh mane dan selama mane MANUSIA tadi ingin menunjukkan yang dia tidak suka dengan penampilan saya..
Saya tetap yakin dengan apa yang saya pakai, dan saya selesa dan sudah tentunya apa yang saya pakai membuatkan saya yakin untuk keluar ke tempat awam dengan selamba. Ya..apa yang saya pakai?? Sudah tentu dengan mengenakan jubah hitam beserta tudung labuh yang menutup seluruh bahagian depan dan belakang saya..saya juga mengenakan kain kecil dimuka yang lebih dikenali dengan NIQAB atau PURDAH. Hati siapa yang tidak panas apabila di provok sebegitu depan khalayak ramai..ya di dalam komuter sewaktu saya dalam perjalanan untuk ke stesen bas puduraya kerana pulang ke kampung saya di taiping perak. Siap menuduh saya sebagai seorang yang radikal..saya tidak pasti apa yang membuatkan MANUSIA itu tidak tenang dan mulutnya tidak berhenti menekankan yang saya ketinggalan zaman dan macam kartun???
Entah la saya betul2 bingung,tapi ini adalah salah satu cabaran yang perlu saya terima. Saya bisikan kata-kata semangat di hati saya agar bersabar. Dan saya bermonolog sendiri jika saya mendedahkan aurat saya seperti wanita2 moden zaman sekarang takut sangat bertambah kes2 rogol, kes bunuh dan 1001 macam lagi kes kebajetan akhlak..nauzubillah. YA RABB ampunkan lah aku, semoga apa yang aku pakai mendapat redhaMU dan lindungi aku YA ALLAH…
Masyarakat sekarang tidak faham dan pemakaian purdah dizaman sekarang begitu asing..
Tapi saya kira kita sendiri kena bawa kembali yang asing kepada biasa..semangat datang kembali bila bertemu dengan sahabat2 dari kampus UIA,UM dan darul quran. Buat sahabat akhowat yang saya sayangi kerana ALLAH teruskan perjuangan dan kuatkan hati..mengenakan tirai diwajah bukan bererti menghalang untuk kita turun dalam masyarakat untuk kerja2 dakwah..
ALLAH bersama dengan orang2 yang sabar.

Tuesday, August 4, 2009

SECEBIS GARAPAN


HAMPIR 22 tahun rupanya usia saya.kadang-kadang saya hampir terlupa yang usia saya semakin meningkat..ada juga adik-adik usrah bertanya,bila lagi akak nak berbaitul muslim?

ALAM RUMAHTANGGA, hampir tidak terfikir saya tentang hal mendirikan bait muslim, sedangkan kata ibu jika orang dulu-dulu, seusia saya sudah punya anak 2. saya hanya tersenyum mendengar kata ibu.mana tidaknya rutin harian saya penuh dangan kuliah,usrah,program sana-sini,meeting persatuan dan dakwah fardiyah.saya memberi alasan kepada ibu yang saya masih lagi kemaruk untuk menunutut ilmu.saya harap dapat tunaikan cita cita saya untuk menyambung pengajian di jordan dalam bidang ekonomi Islam.

memilih suami bukan perkara yang mudah, seingat saya rakan-rakan kuliah yang lain begitu asyik mengejar cinta remaja yang saya rasa kan tidak kemana. kan lagi manis percintaan yang halal dan diredhai.
biarlah calon suami saya sama- sama faham dalam perjuangan membawa ISLAM seperti zainab al-ghazali..diri saya bukan lah hebat untuk mendapat pejuang yang hebat tapi cukuplah saya akan menjadi pelincir kepada kerja2 dan perjuangan dakwah sang suami. menjadi penyejuk hati dan sama2 dalam perjuangan.. apa yang penting sefikrah dan saya rela menjadi isteri kedua setelah perjuangan sang suami..:)dan membawa cahaya islam dalam keluarga, serta melahirkan bakal-bakal pejuang ISLAM..

buat akhowat sekalian jika kita inginkan yang soleh maka kita perlu solehah kan diri kita..jangan jadi isteri yang mahu sang suami 24 jam didepan mata..saya bimbang juga jika saya tergolong dalam golongan yang macam itu nanti..mintak dijauhkan..:)

panjang pula saya berceloteh..saya sedih mendengar ada ukhti yang satu ketika pernah hebat memberi idea, rela meninfakkan diri dalam perjuangan ISLAM tetapi setelah berkahwin lenyap dan jauh dari perjuangan dan kerja2 dakwah, kerana asyik menguruskan suami, malah bimbang saya makin bertambah, kerana sangat khuatir saya juga begitu. Ilahi, tolonglah teguhkan iman hamba-Mu ini Ya ALLAH..

SEBELUM,SEMASA DAN SELEPAS




-PETANG:MENANTI BEBERAPA JAM LAGI-

-PETANG:PERSEDIAN UNTUK KERUSI VVIP-



-SEMASA:PERSEMBAHAN DARI SHOUTUL HAROKAH-


-team protokol-

KONSERT ANTARA DUNIA YANG MENGUJAKAN

selawat dan salam buat junjungan besar Rasulullah saw..
alhamdulillah..syukur sangat kerana akhirnya saya berjaya mencuri masa untuk berkongsi cerita tentang pengalaman saya bekerja dengan GAMIS,RABBANI, dan seluruh urusetia serta MT konsert antara dunia yang berlangsung pada 1 ogos 2009..

konsert ini menjadi satu titik tolak kepada medium dakwah dalam masyarakat.
kesenian juga menjadi salah satu cabang method dakwah..
semoga gamis terus menjadi jurubicara ummah..:)

HIDUP PERLU ADA PERANCANGAN

SETIAP apa yang berlaku ada hikmahnya..
pada MT program pertandingan nasyid siswi..
masalah yang timbul pada malaM pertandingan membuatkan akal kita terjentik agar selepas ini lebih cermat dan teliti dalam membuat satu program walaupun program santai namun MASTER PLAN DAN TENTETIF AMAT PENTING!!
PERANCANGAN AMAT PENTING.. KREDIBILITI KITA DI LIHAT DARI CARA KITA MENCORAK GERAK KERJA KITA.

MOGA JADI PEBGAJARAN..
TERUSKAN ISTIQAMAH DAN TERUSKAN PERJUANGAN..:)

Saturday, July 25, 2009

SABARLAH...

Selawat dan salam keatas Rasulullah..

Syukur ke atas yang maha Esa..kerana masih lagi jari ini diberi kesempatan untuk mencoret perkongsian..
SABARLAH WAHAI PIMPINAN AL-AZHAR MEMBERS(ALAM)

Baru- baru ini pimpinan telah di uji dengan kekecohan yang berlaku di asrama kampus.. kekecohan ini menyebabkan nama baik ALAM terus tercemar dengan secebis kata- kata yang tidak sedap didengar.. ana nak maklumkan dan menjernihkan. Sebenarnya tiada apa –apa yang berlaku.segala cerita-cerita yang timbul hanya satu provokasi..
Jalan dakwah memerlukan kesabaran yang tinggi dan berpegang lah pada janji ALLAH…
ALLAH SWT SENTIASA BERSAMA DENGAN HAMBANYA YANG BENAR:)

Buat pimpinan cekalkan hati teruskan tekad,sunnah orang berjuang…

Wednesday, July 22, 2009

MAI PAKAT KUMPUL RAMAI2






JOM BERSAMA KITA BANGKIT UNTUK SEDARKAN YANG LAIN TENTANG KEZALIMAN ISA..

JOM HIBURKAN HATI





Konsert Antara Dunia

Tema :
Menyemarak Kebangkitan, Meneraju Ummah

Tarikh & Masa :
1 Ogos 2009 (Sabtu) ; 7.00 malam - 11.00 malam

Tempat :
Stadium Malawati, Shah Alam

Anjuran :
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia &
Rabbani Productions (M) Sdn Bhd

Dengan Kerjasama :
Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan &
Majlis Bandaraya Shah Alam

MARI BERAMAI2 MERIAHKANNYA..

Monday, July 20, 2009

TAHNIAH..




SALAM TAHNIAH BUAT SAHABAT2 YANG BARU LEPAS KONVOKESYEN SABTU LEPAS..

WALAUPUN DIRI INI TAK BERKESEMPATAN UNTUK BAGI BUNGA DAN TEDDY BEAR, DOA MENGIRINGI KALIAN..

SAKINAH AL MARDHIAH

KAK FATIHAH

KAK HAFIZAH OTHMAN

- MOGA ILMU YANG KITA PELAJARI MEMBERI MANFAAT UNTUK DIRI, ISLAM DAN MASYARAKAT DAN BUKAN HANYA SEKADAR GAH DIPENTAS SEWAKTU AMBIL SIJIL..:)

15 TANDA KEMATIAN MULIA




KEMATIAN Micheal Jackson (MJ) mengejutkan dunia. Dunia menangis kerana kehilangan seorang insan seni yang hebat.

Begitulah resam dunia akan mengenang selepas ketiadaan seseorang. Lagi banyak jasa yang ditinggalkan lagi ramai orang merasakan kehilangan kita.

Kali ini bukan kita nak bincangkan jasa MJ tetapi kita perkatakan mengenai kematian mengejut.

Itu yang patut kita tanya diri kita, bagaimana ketika kita mengakhiri kehidupan kita nanti dalam 'husnul khatimah' ataupun 'su'ul khatimah.'

Katanya, kematian MJ masih lagi menjadi teka-teki. Mati ketika yang tiada bekalan dan persediaan adalah amat menakutkan.

Pernahkah kita meminta supaya kita dimatikan dengan penutup yang baik 'husnul khatimah'?

Sebenarnya bukan kena minta sahaja tetapi kena buru dan kena cari. Kali ini kita bincangkan tanda-tanda mati husnul khatimah. Antara tanda mati husnul khatimah ialah:

1. Mengucapkan kalimah syahadah ketika wafat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang pada akhir kalimahnya mengucapkan La ilaaha illallah maka ia dimasukkan ke dalam syurga." (Hadis Riwayat Hakim)

2. Ketika wafat dahinya berkeringat. Ini berdasarkan hadis dari Buraidah Ibnul Khasib. Adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, melihat saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia sudah wafat dan terlihat pada jidatnya (dahi) berkeringat, kemudian dia berkata: "Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: Matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya." (Hadis Riwayat Ahmad, an-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas'ud)

3. Wafat pada malam Jumaat. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:

"Tidaklah seorang Muslim yang wafat pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali pastilah Allah menghindarkannya dari seksa kubur." (Hadis Riwayat Ahmad)

4. Mati syahid di dalam medan perang.

5. Mati dalam peperangan fisabilillah.

Rasulullah bersabda, maksudnya: "Apa yang kalian kategorikan sebagai orang yang mati syahid di antara kalian?

Mereka menjawab: "Wahai Rasulullah yang kami anggap sebagai orang yang mati syahid adalah siapa saja yang mati terbunuh di jalan Allah.

Baginda bersabda: "Kalau begitu umatku yang mati syahid sangatlah sedikit."

Kalangan sahabat kembali bertanya: "Kalau begitu siapa sajakah dari mereka yang mati syahid wahai Rasulullah?"

Baginda menjawab: "Sesiapa yang terbunuh di jalan Allah, yang mati sedang berjuang di jalan Allah dan yang mati kerana penyakit kolera, yang mati kerana penyakit perut (iaitu disebabkan penyakit yang menyerang perut seperti busung lapar atau sejenisnya), dialah syahid dan orang-orang yang mati tenggelam, dialah syahid."(Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi)

6. Mati disebabkan penyakit kolera. Mengenai ini banyak hadis Rasulullah s.a.w meriwayatkan antaranya sebagai berikut:

Rasulullah bersabda, maksudnya: "Penyakit kolera adalah penyebab mati syahid bagi setiap Muslim." (Hadis riwayat Bukhari, ath-Thayalusi dan Ahmad)

7. Mati kerana tenggelam.

8. Mati kerana tertimpa runtuhan/tanah.

Dalil dari dua perkara di atas adalah berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: "Kalangan syuhada itu ada lima; orang yang mati kerana wabak kolera, kerana sakit perut, tenggelam, tertimpa runtuhan bangunan dan syahid berperang di jalan Allah." (Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad)

9. Perempuan yang meninggal kerana melahirkan anak.

10. Mati terbakar.

11. Mati kerana penyakit busung perut.

Mengenai kedua perkara ini banyak sekali riwayat dan yang paling masyhur adalah dari Jabir bin Atik secara marfu': "Kalangan syuhada ada tujuh: Mati terbunuh di jalan Allah, kerana penyakit kolera adalah syahid, mati tenggelam adalah syahid, kerana busung lapar adalah syahid, kerana penyakit perut keracunan adalah syahid, kerana terbakar adalah syahid dan yang mati kerana tertimpa runtuhan (bangunan atau tanah gelongsor) adalah syahid serta wanita yang mati ketika hamil adalah syahid." (Hadis riwayat Imam Malik, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan Ahmad)

12. Mati kerana penyakit Tubercolosis (TBC).

Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: "Mati di jalan Allah adalah syahid dan perempuan yang mati ketika melahirkan adalah syahid, mati kerana terbakar adalah syahid, mati kerana tenggelam adalah syahid, mati kerana penyakit TBC adalah syahid dan mati kerana penyakit perut adalah syahid." (Hadis riwayat Thabrani)

13. Mati kerana mempertahankan harta dari perompak. "Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya (dalam riwayat lain; Sesiapa menuntut hartanya yang dirampas lalu ia terbunuh) adalah syahid." (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasa'i, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)

14. Mati dalam membela agama dan jiwa. "Sesiapa mati terbunuh dalam membela hartanya, dia mati syahid; siapa saja yang mati dalam membela keluarganya, dia mati syahid; sesiapa mati dalam membela agama (keyakinannya), dia mati syahid dan siapa saja yang mati mempertahankan darah (jiwanya) dia syahid."

15. Mati dalam berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah sehari semalam adalah lebih baik daripada berpuasa selama sebulan dengan mendirikan (solat) pada malam harinya. Apabila dia mati, mengalirkan pahala amalannya yang dahulu dilakukannya dan juga rezekinya serta aman dari seksa kubur (fitnah kubur)."

16. Orang yang meninggal ketika mengerjakan amal soleh. Semoga kematian kita dalam husnul khatiimah.



SALAM MUHASBAH:)

Sunday, July 19, 2009

sakit kepala:)

PUNCA SAKIT KEPALA.

Ketegangan
Keadaan ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, terutamanya lelaki. Mereka yang tidak bijak mengurus dan mengendalikan masalah sendiri terdedah kepada sakit kepala jenis ini.


Pengambilan ubat-ubatan

Mengambil ubat tertentu untuk meredakan kesakitan boleh mendedahkan seseorang kepada sakit kepala. Pengambilan makanan yang mengandungi bahan monosodium glutamate atau MSG, kafein dan alkohol boleh menyebabkan sakit kepala.

Penyakit Metabolik
Kekurangan gula di dalam tubuh, kurang darah, kegagalan fungsi ginjal dan hati boleh menyebabkan sakit kepala.

Kecederaan kepala
Kecederaan kepala disebabkan kemalangan atau kecederaan yang serius boleh menyebabkan pendarahan di dalam otak. Pesakit perlu menjalani skan otak untuk rawatan lanjutan.

Inflamasi salur darah di kepala dan otak
Keadaan seumpama ini terdedah kepada wanita berusia 50 tahun ke atas. Sakit kepala yang dialami boleh menyebabkan mereka menjadi buta, muntah-muntah dan strok. Jika dikesan awal, mereka akan diberi ubat-ubatan steroid.

Infeksi di dalam tengkorak atau intrakranium
Keadaan ini berpunca daripada penyakit meningitis iaitu selaput otak berkuman dan ensefalitis iaitu inflamasi otak disebabkan jangkitan bakteria atau virus. Selalunya pesakit akan mengalami sakit kepala yang teruk dan demam. Antara simptom yang dialami ialah leher menjadi tegang, sawan dan koma. Pemeriksaan skan otak dan pengambilan cecair daripada tulang belakang perlu dijalankan. Mangsa hendaklah mendapat rawatan awal dan lazimnya ia berjaya disembuhkan melalui pemberian antibiotik.

PANDUAN UNTUK MEREDAKAN SAKIT KEPALA.
Berehat seketika dengan berbaring.


Baring di atas katil dan pejamkan mata untuk tempoh kira-kira setengah jam


Elakkan terkena cahaya terang atau pancaran matahari.


Berehat dalam sebuah bilik yang gelap atau samar-samar kerana keadaan yang terang benderang boleh menambahkan ksakitan pada kepala.


Ketulan ais atau air sejuk boleh meredakan sakit kepala. Ambil sehelai tuala dan masukkan ketulan ais di dalam tuala kemudian lekapkan tuala pada mata untuk beberapa ketika.


Jika keadaan sejuk tidak mredakan, cuba gunakan air suam. Ambil sehelai tuala bersih dan basahkan dengan air suam kemudian lekapkan tuala pada mata selama kira-kira setengah jam.


Fikirkan perkara positif kerana sebahagian besar sakit kepala berpunca daripada tekanan perasaan dan gangguan.

Petikan artikel (http://www.spa.gov.my/portal)

anak-anak palestin

IKLAN JAP..



WASILAH SYUHADA' KONSULTAN.

MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN PROGRAM-PROGRAM MOTIVASI DAN KEM IBADAH BAGI PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH MENENGAG DAN SEKOLAH RENDAH.

UNTUK KHIDMAT PELANGGAN DAN SEBARANG PERTANYAAN.BOLEH LAYARI: WWW.WASILAH2009.BLOGSPOT.COM

Nilai sebuah telefon bimbit


selawat dan salam keatas junjugan besar Rasulullah saw.
allhamdulillah syukur nikmat kerana masih lagi diberi peluang untuk melihat keindahan langit yg keemasan apabila matahari terbenam..

telefon bimbit atau lebih dikenali dengan pangilan "hanset" begitu sinonim dengan setiap individu. muda, remaja.tua,dewasa bahkan kanak yg masih bersekolah rendah pasti akan rasa lain macam bile tiada hanset disisi..

peranan handphone semakin pesong!!

1) melalui handphone boleh berlakunya perkara maksiat.

*apabila seorang lelaki dan perempuan bukan muhrim itu berhubung melalui handset tanpa kawalan iman dan nafsu maka boleh terjadinya zina tangan dan telinga. kerana berbual atau bermsg perkara yg sia2..

2)melalui handphone tersebarnya fitnah yang boleh merosak kan ummah.

*tersebarnya cerita2 buruk baik..sama ada peribadi mahupun umum. fitnah dalam politik, dan macam2 lagi(lg2 cerita tentang artis)

3) berlaku nya jual beli yg haram

*judi atau pertaruhan...pinjaman ah long(ceti haram)

4) merosakkan minda anak2

* handphone sekarang canggih sangat. maka banyaklah terakam nya video2 lucah sendiri ataupun orang lain..Astagfirullah..


dan bermacam lagi keburukan dan akibat sekiranya salah guna dalam mengunakan telefon bimbit...


renung-renungkan....:)

Saturday, July 11, 2009

Intelektual






intelektual adalah:
1. manusia pemikir
2. dunia idea
3.dialog dan wacana yang kritis
4. cerdas dan bebas.
(dipetik dari pembentangan kertas kerja Ko-SPIN'09 oleh Dato'Dr Siddiq Fadzil)

Wednesday, July 8, 2009

CINTA HAKIKI

Marilah sibuk mencari Cinta Hakiki!

ALLAH Cinta Agung!!

Budaya ber’couple’ banyak meninggalkan kesan negative. Anak-anak muda akan hanyut dengan emosi sendiri.

Sedar tak sedar, budaya ber’couple’ juga akan menjauhkan kita daripada rasa cinta dan kasih kepada Allah dan Rasul-NYa serta orang-orang yang beriman. Malah, turut mempengaruhi kesempurnaan aurat yang wajib dipelihara menurut syariat.

Reality kini, gadis remaja dan kaum wanita masih terpukau dengan gaya dan trend hidup barat,khususnya dalam pergaulan dan pakaian. Rasa diri lawa. Wajah yang cantik dirasakan milik mutlak dirinya.

Alangkah indahnya, andai semua wanita muslimah menutup aurat dengan sempurna. Wanita beginilah yang dipuji oleh Rasulullah melalui sabdanya, “Wanita adalah hiasan dunia. Seindah hiasan ialah wanita solehah.”

Aurat dijaga, akhlak dipelihara, elak bergaul tanpa batasan, jangan bercakap kosong, tidak be yang melampau dan perbuatan lain yang ditegah dalam agama.

Cinta kita sesame manusia hendaklah bersandarkan cinta kita kepada Allah

Cinta kepada hukum Allah dalam pergaulan lelaki dan perempuan.
Mesti betul caranya menyalurkan naluri cinta dan kasih itu ke jalan yang diredhai oleh-Nya.
Biar fitrah itu memandu kita ke jalan yang ma’ruf dan dalam masa yang sama menghindar perkara yang mungkar dan bid’ah.
Jangan cemarkan hakikat cinta dan kasih sayang dengan fitnah melalui budaya bercouple yang langsung tak membantu menguatkan iman.
Waspadalah dengan jerat cinta yang rendah nilainya.
Bukankah pandangan mata itu selalu menipu?
Pandangan mata hati itulah yang jujur jika hati itu bersih.

Hati yang bersih tidak akan alpa dengan kesibukan dunia perasaan, apatah lagi ditipu dengan kepuasan yang sekejap itu.

Inikah nilai cinta yang kita inginkan? Apa ertinya hidup jika jauh dari rahmat Tuhan?

Oleh itu, isikan usia muda dengan ibadah sahih, agar kita mendapat cinta dari Yang Maha Menyintai

Bila Allah menyintai dan menyayangi kita, semua makhluk pun akan turut menyintai kita.


SALAM MUHASABAH..

Sunday, June 28, 2009

MENGAPA???



kenapa mahasiswa sekarang malas membaca????

jika ada sahabat2 ada pandangan sila kemukakan untuk dikongsi..:)

Saturday, June 27, 2009

BELAJARLAH DARI APA YANG BERLAKU..

Salam seharum kasturi..
Syukur, Alhamdulillah kepada yang Maha Esa, kerana masih lagi diberi kesempatan untuk berkongsi sesuatu yg amat bermakna bagi ana...
Selawat dan salam keatas junjungan besar Rasulullah saw..

BELAJAR TAUBAT DARI SI KECIL..
hari sabtu lepas ana bergegas pulang ke Rawang..paklong ana yg berada di kampung(sik Kedah) telah kembali kerahmatullah.(Al-Fatihah).ikut perancangan ana akan mengikut pakcik ana untuk pulang ke kampung. tapi ditunda atas sebab yang tak dapat dielakkan. ada hikmah di sebalik yang berlaku. makanya ana bermalam di rumah makjang.

pagi ahad bermula dengan ceria..sewaktu ana bersarapan dengan adik sepupu ana.. kami berkongsi cerita..hafiz bercerita tentang cita-citanya untuk ke sekolah maahad tahfiz yang mempunyai sukan. minatnya dalam bidang larian begitu tinggi..
tapi yang mencuit hati ana apabila dia memberi tip pada ana bagaimana untuk lari laju.

"along, nak lari laju,kawan apiz kata kita kena buang dosa dulu, sebab dosa kita berat." kata Hafiz.

ana bertanya lagi." macam mana kita nak buang dosa tu?"

"kita istighfar la banyak2 dan doa kat ALLLAH..lepas tu lari la"jawab Hafiz sambil tersenyum

ana sekecil hafiz sudah memikirkan tentang dosa yang berat apatah lagi kita, apatah lagi ana yang telah menjangkau 20-an ke atas..sedangkan Rasulullah yang maksum itu sentiasa beristighfar pada Allah swt.apalagi kita hamba yang kerdil dan sentiasa tak dapat lari dari lakukan kesilapan..

Allah swt itu maha pengampun dan pengasih,begitu banyak kasih sayang-NYA pada hambaNYA, solat Taubat, istighfar...SUBHANALLAH..

semoga hafiz menjadi ulama,Al-hafiz dan pejuang Islam yang menegakkan Islam.

Friday, June 26, 2009

alahai tudung..


salam semanis kurma..
allhamdulillah syukkur kepada Maha pencipta kerana masih lg diberi peluang utk mengeratkan lg ukhuwah bersama shbt2 seperjuangan,,:)

alahai...alahai..

hairan ana lihat, bermacam-macam fesyen tudung dekarang yg muncul di kampus. baik senior mahupun junior. bertudung sudah ok, cuma ana lihat bahagian yg ditudung tidak seperti yg dituntut oleh syariat..

bentuk rama2 la. mcm bukit la, ade plak yg berselendang kecil sehgga menampkkan batang leher yg jinjang..

wahai adik2, kakak2, shbt2 yg ana cintai kerana Allah swt...

ketahuilah bertudung itu untuk menutup aurat dari dilihat oleh lelaki yg bukan mahram kita..BUKAN SEKADAR BERFESYEN SEMATA MATA..
kalau dinegara lain seperti TUrki atau negara Eropah yg mengharamkan pemakaian hijab @tudung di universiti, sepatutnya kita harus bersyukur kerana wanita Islam di Malaysia bebas utk menutup Aurat dgn sempurna tiada halangan pun melainkan diri sendiri yang menghalang..


“Katakanlah kepada wanita yang
beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangan
mereka, dan memelihara kemaluan mereka, dan
janganlah mereka menampakkan perhiasan
mereka kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.
Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung
ke dada mereka...” (Surah an-Nur, ayat 31)



tutup lah aurat dengan sebaiknya..supaya tidak timbul fitnah dan ana yakin dan percaya, jika anak2 gadis menutup aurat dgn sempurna masalah pergaulan bebas, keruntuhan akhlak, zina dan 1001 mslh lain dapat dikikis terutama dikalangan anak melayu... wahai ibu ayah ajarkanlah anak perempuan mu menutup aurat..


ALlah berfirman bermaksud: "Wahai Nabi, katakanlah
(suruhlah) isteri-isteri dan anak-anak
perempuanmu serta perempuan-perempuan
beriman, supaya mereka melabuhkan pakaiannya
bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka
keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk
mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-
baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan
(ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun dan
Maha Penyayang." – (al-Ahzab:59)


tudung itu tidak jarang sehingga boleh menampakkan batang leher dan rambut..
tudung mestilah labuh sehingga dapat menutup dada.
malu lah jika ada lelaki yg trlihat aurat kita..
kesian pada lelaki yg trpaksa tanggung dosa akibat melihat aurat wanita..

ISLAM ITU INDAH DAN CANTIK:)

''Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah
kemuliaanya, kerana engkau dipandang manusia
bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan
adab.'' - Nabi Muhammad sallallahu'alahiwassalam

Saturday, June 13, 2009

INFO


Bahayakah ideologi liberal ini?
Apabila seseorang itu berfikir secara liberal bermakna ia sedang berfikir secara bebas tanpa kongkongan daripada mana-mana pihak. Penganut ideologi liberal kebiasaannya akan berfikir lain daripada kebiasaan seseorang itu berfikir dan ianya pasti akan bertentangan dengan fitrah Islami manusia. Malah kesan paling hebat apabila ideologi ini semakin meresap ke dalam minda seseorang itu mereka akan melihat sesuatu itu biasa walaupun ianya adalah sesuatu yang luar biasa pada asalnya. Oeleh kerana ideologi ini berasal daripada Barat maka sudah tentulah ianya bertentangan dengan kehendak Islam yang melihat bahawa manusia itu perlu dikawal dengan undang-undang yang tertentu agar ia tidak bergerak melampaui batas. Aliran liberalisme di Barat menekankan kebebasan dalam semua hal samada dari segi politik, ekonomi, sosial dan budaya masyarakat. Ideologi liberal berkehendakkan kepada masyarakat di Barat pada waktu itu berfikir secara bebas tanpa dibelenggu oleh kawalan daripada sesiapapun hatta pemerintah pada waktu itu. Semangat peribadi yang tinggi dalam falsafah liberal itu sendiri menyebabkan masyarakat Barat pada ketika itu, malah sehingga kini hidup dalam kerosakan dan kehinaan. Mereka maju dari segi materialnya tetapi runtuh akhlaknya. Mengapa ini berlaku, tidak lain tidak bukan kerana kebebasan yang mereka agung-agungkan selama ini. Berbuatlah apa sahaja kerana anda berhak menikmatinya. Mungkin itulah motto rasmi bagi mereka yang berpegang kepada ideologi liberal ini.

Sabda Rasulullah saw :

“Sungguh kamu akan mengikuti jalan orang-orang sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal sehasta demi sehasta, hingga kalau mereka masuk lubang biawak, kamu akan tetap mengikuti mereka.” Para sahabat bertanya,”Apakah mereka Yahudi dan Nasrani?” Jawab Rasulullah SAW,”Lalu siapa lagi?” (HR Bukhari & Muslim).

Kini pemikiran ataupun ideologi ini telah menerjah masuk ke alam melayu yang mana kesannya telah dapat kita lihat sedikit demi sedikit. Perbandingannya dapat kita perhatikan dengan melihat perubahan budaya hidup masyarakat melayu dahulu dengan masyarakat melayu moden sekarang. Lihatlah cara berpakaian mereka, cara mereka mengeluarkan pendapat tentang agamanya, cara mereka mengkritik Ulama'-ulama'walaupun mereka bukan ahli dalam bidang agama, cara pemakanan mereka dan di mana mereka makan, cara mereka mendidik anak-anak mereka dan bermacam-macam lagi yang boleh kita perhatikan. Ya mungkin berfikiran moden itulah yang dikatakan liberal kerana berfikiran tertutup itu dikatakan seseorang yang bersifat kampungan. Ya, mungkin juga mereka yang liberal itu adalah mereka yang lebih matang berbanding mereka yang tidak liberal. Ya, mungkin juga mereka yang liberal itu adalah golongan yang berani kerana bisa mengubah cara berfikir umat Islam yang kononnya begitu jumud kerana dikongkong itu dan ini dengan hukum-hakam agamanya. Salahkah mereka ingin berkelakuan begitu dan begini kerana mereka tidak meninggalkan solat, mereka berpuasa dan mereka begitu menghormati orang tua. Mereka cuma inginkan ruang kebebasan dalam diri mereka seperti cara berpakaian dan aktiviti sosial mereka. Mereka tidak mengganggu orang lain, mengapa mereka mesti diganggu oleh segelintir mereka yang tidak senang dengan cara mereka berfikir.

Secara peribadi perkembangan ini begitu membimbangkan kerana jika ini tidak diambil perhatian dan dikawal, tidak mustahil suatu hari nanti Malayu yang ada kini akan hilang nilai ketimuran dalam dirinya. Malah ideologi ini akan menggalakkan budaya tidak kisah dan tidak ambil peduli orang lain. Janganlah nanti orang yang berbuat baik itu dilihat sama sahaja dengan mereka yang berbuat mungkar. Tidak ada kaedah lain yang dapat mengatasinya melainkan kita perlu kembali atau berbalik kepada ajaran Islam yang sebenar. Bukan ajaran islam yang hanya diambil ketika perlu sebagaimana orang mengambil ubat demam ketika demam. Islam bukan ubat demam yang hanya boleh diambil apabila perlu dan mengikut masa-masa yang ditetapkan oleh pihak doktor. Islam itu " way Of Life " dan perlulah digerakkan sepanjang hayat ini selagi mana bernafas.

Ingatlah wahai umat Islam, dunia ini bukan milik kita, tetapi harta yang kita warisi daripada anak-anak kita. Jika kita gagal menjaganya, maka merekalah yang akan menikmati kehancurannya. dan ingatlah bahawa rosaknya Islam pada hari esok adalah kerana tangan-tangan kita pada hari ini.SUMBER-Tranungkite

Ini satu cerita




hikmah berbakti kepada ibu bapa

Selain seorang nabi, Sulaiman a.s. juga seorang raja terkenal. Atas izin Allah ia berhasil menundukkan Ratu Balqis dengan jin ifrit-Nya. Dia dikenal sebagai manusia boleh berdialog dengan segala binatang. Dikisahkan, Nabi Sulaiman sedang berkelana antara langit dan bumi hingga tiba di satu samudera yang bergelombang besar. Untuk mencegah gelombang, ia cukup memerintahkan angin agar tenang, dan tenang pula samudera itu.

Kemudian Nabi Sulaiman memerintahkan jin Ifrit menyelam ke samudera itu sampai ke dasarnya. DI sana jin Ifrit melihat sebuah kubah dari permata putih yang tanpa lubang, kubah itu diangkatnya ke atas samudera dan ditunjukkannya kepada Nabi Sulaiman.

Melihat kubah tanpa lubang penuh permata dari dasar laut itu Nabi Sulaiman menjadi terlalu heran, "Kubah apakah gerangan ini?" fikirnya. Dengan minta pertolongan Allah, Nabi Sulaiman membuka tutup kubah. Betapa terkejutnya dia begitu melihat seorang pemuda tinggal di dalamnya.

"Sipakah engkau ini? Kelompok jin atau manusia?" tanya Nabi Sulaiman keheranan.

"Aku adalah manusia", jawab pemuda itu perlahan.

"Bagaimana engkau boleh memperolehi karomah semacam ini?" tanya Nabi Sulaiman lagi. Kemudian pemuda itu menceritakan riwayatnya sampai kemudian memperolehi karomah dari Allah boleh tinggal di dalam kubah dan berada di dasar lautan.

Diceritakan, ibunya dulu sudah tua dan tidak berdaya sehingga dialah yang memapah dan menggendongnya ke mana jua dia pergi. Si anak selalu berbakti kepada orang tuanya, dan ibunya selalu mendoakan anaknya. Salah satu doanya itu, ibunya selalu mendoakan anaknya diberi rezeki dan perasaan puas diri. Semoga anaknya ditempatkan di suatu tempat yang tidak di dunia dan tidak pula di langit.

"Setelah ibuku wafat aku berkeliling di atas pantai. Dalam perjalanan aku melihat sebuah terbuat dari permata. Aku mendekatinya dan terbukalah pintu kubah itu sehingga aku masuk ke dalamnya." Tutur pemuda itu kepada Nabi Sulaiman.

Nabi Sulaiman yang dikenali boleh berjalan di antara bumi dan langit itu menjadi kagum terhadap pemuda itu.

"Bagaimana engkau boleh hidup di dalam kubah di dasar lautan itu?" tanya Nabi Sulaiman ingin mengetahui lebih lanjut.

"Di dalam kubah itu sendiri, aku tidak tahu di mana berada. Di langitkah atau di udara, tetapi Allah tetap memberi rezeki kepadaku ketika aku tinggal di dalam kubah."

"Bagaimana Allah memberi makan kepadamu?"

"Jika aku merasa lapar, Allah menciptakan pohon di dalam kubah, dan buahnya yang aku makan. Jika aku merasa haus maka keluarlah air yang teramat bersih, lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu."

"Bagaimana engkau mengetahui perbedaan siang dan malam?" tanya Nabi Sulaiman a.s yang merasa semakin heran.

"Bila telah terbit fajar, maka kubah itu menjadi putih, dari situ aku mengetahui kalau hari itu sudah siang. Bila matahari terbenam kubah akan menjadi gelap dan aku mengetahui hari sudah malam." Tuturnya. Selesai menceritakan kisahnya, pemuda itu lalu berdoa kepada Allah, maka pintu kubah itu tertutup kembali, dan pemuda itu tetap tinggal di dalamnya. Itulah keromah bagi seorang pemuda yang berbakti kepada kedua orang tuanya.


sayangi dan berbaktilah kepada ibu dan ayah kita...:)

Friday, June 12, 2009

sambungan...


sambungan....

DALIL-DALIL tentang PEMAKAIAN PURDAH

Berhijabnya wanita di depan laki-laki yang bukan mahram adalah wajib hukumnya. Hal tersebut telah dinyatakan dalam Al-Quranul Karim, hadis Rasulullah SAW dan oleh kesimpulan hukum daripada kedua-dua sumber hukum Islam ini dan dari Qiyas yang kesemuanya mewajibkan berhijab ke atas setiap wanita muslimah.
1. DALIL-DALIL AL-QURANUL HAKIM

"Katakanlah kepada wanita yang beriman."Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain purdah ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau hamba-hamba yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung."
(Surah An- Nur: 31)
Ayat tersebut menunjukkan bahawa wajibnya berhijab bagi seorang wanita daripada lelaki yang bukan mahramnya, ditinjau daripada beberapa segi:
1. Allah SWT memerintahkan kepada segenap kaum wanita untuk memelihara kehormatannya. Dan perintah untuk memelihara kehormatan itu diawali dengan perintah untuk menutup wajah, iaitu berhijab. Kerana wajahlah yang pertama dipandang dan dilihat orang. Sedangkan membuka muka menyebabkan timbulnya pandangan dan angan-angan buruk daripada kaum lelaki terhadap keindahan dan kecantikan wajah yang dipandangnya; yang mana pada akhirnya selalu dapat menyebabkan kepada perbuatan tanpa moral bahkan criminal dan jenayah. Di dalam hadis disebutkan:
Ertinya:
"Kedua-dua belah mata dapat berbuat zina, dan zina kedua-duanya adalah dengan memandang."
Menutup muka merupakan cara bagi pemeliharaan kehormatan (kemaluan); sedangkan memelihara kehormatan adalah wajib, maka menutup wajah pun wajib hukumnya.
2. Firman Allah SWT:

"…dan hendaklah mereka menutup kain purdah ke dadanya"

Kerudung atau purdah adalah kain yang digunakan oleh kaum wanita untuk menutup kepala. Dan apabila wanita diperintahkan untuk menutup kain purdah ke dadanya, maka ia pun diperintahkan untuk menutup wajahnya kerana wajah adalah tempat kecantikan kaum wanita dan banyak menimbulkan fitnah bagi lelaki. Kerana kebanyakan orang yang ingin melihat keindahan bentuk seseorang, yang pertama mereka pandang dan perhatikan adalah wajah. Apabila didapatinya wajah yang cantik rupawan, maka pandangannya akan terpaku kepada wajah yang indah itu sahaja.

Kerana itu, apabila ada orang yang berkata: "Si polan cantik rupawan", maka yang dimaksudkan adalah kecantikan wajah si wanita tersebut. Dari sini jelaslah bahawa muka adalah tempat dan tempat kecantikan seorang wanita yang menjadi pusat perhatian kaum lelaki.

Bila keadaan seperti ini, bagaimana mungkin syari'at Islam yang lengkap dan sempurna untuk kebahagiaan kaum Muslimin mewajibkan wanita untuk menutup kain purdah ke leher dan dadanya tetapi membiarkan wajah terbuka?

3. Allah SWT melarang kaum wanita menampakkan perhiasannya, kecuali perhiasan yang boleh nampak dan tidak mungkin disembunyikan seperti pakaian luar.

"…kecuali yang biasa nampak daripada perhiasannya `iaitu pakaian luar'."

Dan Allah SWT tidak berkata:

"…Kecuali yang sengaja dinampakkan oleh wanita daripadanya"

Kemudian Allah SWT melarang kaum wanita menampakkan perhiasannya kecuali kepada mereka yang dibolehkan (mahram) saja. Hal ini menunjukkan bahawa hiasan yang kedua berbeza daripada hiasan yang pertama. Hiasan yang pertama adalah hiasan yang boleh nampak dan dilihat oleh setiap orang dan tidak mungkin menyembunyikannya; yakni pakaian luar. Sedangkan yang dimaksudkan dengan perhiasan yang kedua ialah hiasan dalam yang wajib disembunyikan dan tidak boleh dilihat oleh orang lain.

4. Allah SWT memberikan keringanan bagi wanita, yakni boleh menampakkan perhiasan dalam bagi mahramnya atau pelayan lelaki yang sudah tidak mempunyai keinginan kepada wanita atau anak lelaki yang belum mengerti tentang aurat wanita; maka hal ini mengandungi dua masalah pula:

a. Menampakkan barang perhiasan yang tersembunyi tidak dibenarkan kepada orang yang bukan mahram, kecuali kepada dua golongan tadi.
b. Dasar dan alasan hukum adalah menjaga agar tidak terjadi fitnah dan kerinduan kepada wanita. Oleh kerana wajah adalah tempat kecantikan kaum Hawa dan keterlenaan kaum lelaki bila memandangnya, maka menutup wajah wajib hukumnya demi menghindari timbulnya fitnah.
5. Firman Allah SWT:

"dan janganlah mereka mumukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. "
(Surah An-Nur: 31)

Iaitu tidak boleh bagi wanita memukulkan kakinya kerana khuatrir diketahui apa-apa yang tersembunyi di kakinya daripada jenis perhiasan yang digunakan oleh wanita. Maka seandainya wanita tidak boleh memukulkan kakinya kerana takut timbul fitnah daripada lelaki dengan apa yang didengar daripada suara hiasannya maka bagaiamna halnya dengan membuka muka? Manakah fitrnah yang lebih besar daripada seseorang laki-laki mendebgar suara perhiasan yang dipakai oleh wanita di kakinya tanpa mengetahui siapakah wanita itu; cantikkah dia atau tidak? Masih mudakah dia atau seorang yang telah tua, daripada melihat wajah wanita yang tidak berkerudung, apalagi bila ia seorang wanita muda yang elok parasnya. Kerana tiap-tiap lelaki yang normal memiliki keinginan terhadap seorang wanita. Oleh itu, kita berkesimpulan bahawa wajah wanita mutlak harus ditutupi.

Dalil Kedua:

"Dan perempuan tua yang telah berhenti (dari haid dan mengandung) yang tidak ingin berkahwin (lagi), tidak ada dosa ke atas mereka menanggalkan pakaian luar mereka dengan tidak bermaksud menampakkan perhiasan; dan berlaku sopan adalah lebih utama bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui"
(Surah An-Nur: 60)
Ayat Al-Qur'an tersebut menunjukkan bahawa Allah SWT menafikan dosa daripada wanita-wanita tua yang telah berhenti haid dan tidak mempunyai keinginan untuk berkahwin menanggalkan pakaian luar mereka dengan syarat tidak bermaksud menampakkan perhiasannya. Tentu saja bukan yang dimaksudkan membolehkan wanita-wanita tua itu menanggalkan pakaiannya secara berlebihan sampai membuka aurat, tetapi yang dimaksudkan di sini adalah membuka wajah dan kedua-dua telapak tangan. Kerana jenis pakaian yang dipakai oleh wanita muslimah adalah jenis pakaian yang menutupi seluruh bahagian tubuh wanita; dan dibolehkannya wanita-wanita tua itu membuka wajah dan telapak tangan berbeza daripada wanita-wanita yang masih muda dan masih mempunyai keinginan untuk berklahwin yang diwajibkan bagi mereka untuk menutup seluruh anggota tubuhnya. Bila hukum dibolehkannya membuka pakaina luar bagi setiap wanita tanpa terkecuali, maka hukum dibolehkannya wanita tua membuka pakaian luar tidak ada faedahnya, kerana hal itu hanya khusus untuk wanita tua yang tidak mempunyai keinginan lagi untuk berkahwin.
Firman Allah S.W.T.

"Tidak bermaksud menampakkan perhiasannya"
(Surah An-Nur: 60)

Dalil Ketiga:

"Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka" yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu, dan Allah Maha Pengampun dan Penyayang "
(Surah Al-Ahzab: 59)
Dalam kaitan ini Ibnu Abbas r.a. berkata: "Allah SWT telah memerintahkan isetri-isteri orang mukmin apabila mereka keluar dari rumahnya untuk suatu keperluan, wajib bagi mereka menutup kepala dan wajahnya dengan jilbab, dan mereka boleh menampakkan mata saja."
Para ulama dan Fuqaha berkata bahawa pentafsiran seorang sahabat Rasulullah tentang sesuatu hukum daripada ayat suci Al-Qur'an merupakan dalil dan hujah, bahkan ada sebahagian ulama yang menggolongkannya sebagai hadis marfu' yang sampai kepada Rasulullah SAW. Sedangkan pernyataan Ibnu Abbas yang membolehkan membuka kedua-dua belah mata adalah kerana darurat dan hajat seperti untuk melihat jalan dan sebagainya.
Jilbab ialah selendang di atas kerudung yang fungsinya sama dengan mukena (telekung). Ummu Salamah r.a. berkata ketika ayat tersebut diturunkan: "Para wanita kaum Ansar, apabila mereka keluar dari rumah untuk suatu keperluan, maka mereka akan berjalan tertunduk dan di kepala mereka nampak kerudung hitam menutupinya. "
Abu Ubaidah As-Salmani dan para sahabat lainnya menceritakan: "Para wanita kaum Muslimin menutup kain kerudung (jilbab) ke kepala dan dadanya, kecuali nampak kedua-dua belah mata sahaja kerana perlu dibuka untuk melihat jalan."
Dalil Keempat:

"Tidak ada dosa ke atas isteri-isteri Nabi (untuk berjumpa tanpa tabir/hijab) dengan bapa-bapa mereka, saudara lelaki mereka, anak lelaki daripada saudara lelaki mereka, anak lelaki daripada saudara perempuan mereka, perempuan-perempuan yang beriman dan hamba-hamba sahaya yang mereka miliki. Dan bertakwalah kamu (wahai isteri-isteri Nabi) kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Menyaksikan segala sesuatu."
(Surah Al-Ahzab: 55)
Ibnu Kathir r.a. dalam member komentar terhadap ayat ini berkata, bahawa Allah SWT memerintahkan kaum wanita berhijab daripada pandangan lelaki yang bukan mahram adalah jelas perkaranya, yakni demi memelihara dan menjaga kehormatan wanita dan keselamatannya, sedangkan dibolehkan membuka jilbab di hadapan orang-orang yang telah disebutkan di atas kerana aman daripada fitnah seperti yang telah disebutkan dalam Surah An-Nur: 31.
Keempat-empat dalil Al-Quranul Karim yang telah saya ketengahkan di atas merupakan dalil yang mewajibkan berhijab bagi setiap wanita di hadapan laki-laki yang bukan mahramnya.

Sumber: Wanita Wajib Berpurdah: Muka & Tangan Wanita adalah Aurat di hadapan Lelaki Ajnabi oleh Abdullah bin Jarullah bin Ibrahim Al-Jarullah & As-Syeikh Muhammad bin Salih bin Usyaimin.