Sunday, September 30, 2012

RESIPI


# Sharing is caring- RESIPI

~anak-anak yang mula membesar memerlukan penjagaan dan perhatian yang semaksima mungkin oleh ibubapa. Walaupun saya belum mempunyai anak dan belum berkahwin. Saya suka membaca mengenai keibubapaan. Salah satu nya adalah meningkatkan selera anak-anak yang susah makan atau menangani anak-anak yang tidak suka makan sayur.

Resipi ini sesuai untuk anak-anak anda! Selamat mencuba.
(CHUNKY CHICKEN PASTA)
Bahan-bahan:
100 gm krim
80gm pasta (yang direbus)
30 gm cendawan butang( di belah 4)
2 sudu besar mentega
2 biji bawang putih ( dikisar)
1 biji bawang besar(dikisar)
1 mangkuk kecil isi ayam
1 cawan susu segar
Sedikit garam (secukup rasa)

Cara menyediakan:
1.    Cairkan mentega dan tumis bawang putih dan bawang besar hingga wangi.
2.    Masukkan isi ayam
3.    Setelah isi ayam empuk, masukkan krim , susu segar, cendawan butang dan garam.
4.    Masak hingga pekat.
5.    Hidangkan bersama pasta.

*Gambar hiasan

Saturday, September 29, 2012


Disiplin di alam Pertunangan.

1 JANGAN BERTANGGUH ATAU BERHUBUNG TANPA IKATAN YANG SAH TERLAMPAU LAMA kerana ia amat mudah membawa kepada yang haram. Nabi s.a.w menyatakan; “ tidak dilihat (penyelesaian) bagi dua orang yang cinta mencintai kecuali NIKAH”. Am-Munawai menegaskan ubat yang terbaik  bagi pasangan yang sedang asyik bercinta dan berkasih adalah NIKAH>

2 JANGAN MENGHEBAHKAN KEPADA AWAM SEBELUM DIIJABKABULKAN, kerana ikatan ‘janji untuk berkahwin’ boleh mendatangkan fitnah dengan mudah.

3 JANGAN BERTEMU BERDUA-DUAAN DI LUAR, sama ada di tempat terbuk atau tertutup, kecuali diiringi mahram lelaki yang telah dewasa dan mampu menilai baik buruk menurut Islam. Ini kerana ramai juga mahram lelaki yang ‘merapu’ dan tidak langsung punyai ilmu tentang batas hubungan lelaki wanita menurut islam. Kehadiran orang seperti ini, tidak mencukupi syarat yang ditetapkan Islam.

4 MENGURANGKAN KOMUNIKASI YANG TIDAK BERKENAAN (TIDAK PENTING), serta mengawal isi kandungan perbincangan daripada membawa kepada syahwat.

5 PERKARA PERKARA LAIN YANG PERLU DIJAGA seperti berikut (semuanya menurut Al-Quran dan Hadis):

·         Haram bersentuh,menyentuh satu sama lain
·         Haram berdating tana disertai mahram yang thiqah (boleh dipercayai)
·         Haram berbicara dan bersembang dengan syahwat.
·         Awas fitnah masyarakat sekeliling
·         Awas fitnah dalam diri anda dan pasangan
·         Haram melihat aurat masing-masing
·         Awas dari bertukat gambar
·         Awas dari hebahan umum sebelum ijab Kabul

-info dari beberapa buku dan majalah Islam 

-SIDP-

Cot-Cet Ofis


Ini Hanya sebuah apresiasi untuk diri sendiri. Segala komen dan juga pandangan peribadi sangat dialu-alukan.

#Cot Cet “opis”


Menanti 1 oct 2012, perasaan bercampur baur. Takut, gementar, teruja, gembira. Semuanya ada. Hari pertama bergelar ‘orang pejabat’ bak kata ibu. Sebelum ini “freelance” dan business sebagai mata pencarian. Saya perlu mula dari bawah untuk Berjaya. Insyaallah. Tak tau apa dugaan dan cabaran yang mendatang, yang penting saya mesti terus kuat dan positif. Agar segala cabarang yang datang akan diharungi dengan tenang.
Tapi, kerjaya sebagai ‘orang berdagang’ tetap saya teruskan. Istilah-istilah guaman dan legal mula saya hadamkan. Maklum la bekerja di firma guaman (sivil) memerlukan kepekaan yang tinggi dan teliti. J
Saya berharap semoga saya terus suksek dalam setiap apa yang saya lakukan..chaiyook!!!chaiyook!!

~SIDP~