Sunday, August 28, 2011

~MANFAAT~

Memulakan perjalanan yang panjang:)

Dari Bangi- Seremban-Pahang- Johor~

~memanfaatkan sepenuhnya cuti raya bersama keluarga tersayang:)

JOM!!! manfaatkan Penghujung Ramadhan:)

Friday, August 26, 2011

::KEJAR::

~saya masih berusaha untuk mencari masa menulis di blog. aduh...! saya kini bermain kejar-kejar dengan masa. kadang-kadang tu dapat menepati masa, kadang -kadang saya kena tinggal dengan masa.. haa. kan padan muka!~

bukan mudah untuk menguruskan syarikat(kedai buku). ayah belikan saya kedai buku untuk saya uruskan. bukan mudah tau, saya perlu meguruskan semua hal walaupun ada 3 orang staff yang membantu( kawan-kawan jgk sebenarnya) tapi saya dah kata saya terlalu muda, namun saya telah cuba yang terbaik untuk bulan pertama ni.mudah-mudah sedikit perubahan ini mampu untuk menarik 'pengunjung/pelanggan tetap..

saya telah menjadi seorang yang terlalu kuat bekerja..(hakikatnya saya akan ke ofis jam 11 setiap hari) he..he..lambat tu..dan saya akan stay di Al-Hamra(nama kedai buku saya):) sehingga malam. perlu memantau perjalanan pengurusan Al-Hamra.. mula-mula memang terlalu memenatkan.. tetapi saya suka dengan kerja saya.(walaupun kadang-kadang saya terpaksa belari untuk ke kelas)..

opps... sebenarnya sekarang pun saya di Al-Hamra..ok. saya akan post kan entry tentang pelbagai gelagat pelanggan..(terima kasih kepada staff Al-Hamra, hafiz, syukriah dan fidaiy)

p/s: alamak ada pelanggan, sempat lagi update blog..:) ngeee...~

Friday, August 19, 2011

Bersedia?

~sudah lama saya tidak menjengah blog-blog yang menarik dan "berisi". keterbatasan waktu membuatkan saya lupa untuk bahawanya dahulu saya gemar menyelongkar khazanah tulisan blogger-blogger. tidak kira siapa pun lebih-lebih lagi Muslimah yang seusia dengan saya.

~memyela nukilan rasa beberapa sahabat, saya jadi kagum dengan mereka. Yang sudah berumahtangga yang baru menimang cahaya mata. kisah seorang sahabat yang baru menimang permata hati pengikat kasih, namun hajat untuk melihat anakanda tercinta membesar tidak kesampaian. Allah lebih tahu. Hanya sebulan sahaja sahabat saya ini bersama dengan anakanda yang soleh. "sambil tersenyum dia katakan pada saya sudah ada yang menunggu diSYURGA".

Allahuakhbar..jika saya mungkin tidak sekuat dan tabah beliau. sedangkan kami sebaya dan beliau mendahului saya dalam pernikahan. Dan cukup indah melalui saat-saat manis hamil dan melahirkan.

menjengah satu kisah lagi, muslimah ini muda setahun dari saya. dan bila membaca kisah beliau yang baru sahaja tamat tempoh berpantang membuatkan saya turut sama mengalirkan air mata, tatkala beliau tenang menulis menceritakan saat-saat genting bayi comelnya terpaksa ditahan di NICU (unit rawatan rapi untuk kanak-kanak) akibat masalah darah. Allah.. manisnya bergelar ibu disaat muda. Tahniah Buat sahabat-sahabat yang baru sahaja menimang cahaya mata.

~ saya tidak pasti adakah saya sudah bersedia untuk menjadi seroanng isteri atau menjadi seorang ibu~ apa yang penting saya perlu bersedia sentiasa dan mensolehahkan diri untuk jadi yang terbaik.

salam ramadhan:)

::Kongsi cerita Ramadhan saya::

alhamdulillah berkesempatan untuk pulang berpuasa di rumah sendiri~

pagi-pagi lagi ibu dah bising suruh siap untuk menemaninya keluar membayar bil-bil dan mencuci mata di hypermarket.

berdua dengan ibu bebas untuk kami berkongsi cerita!:)








* ibu beli handbang baru.:)

Sunday, August 14, 2011

Semuanya terletak ditangan Anda!


salam Ramadhan~ berjaya atau tidak..menjadi atau tidak..semuanya terletak ditangan anda. berusaha dengan sebaik mungkin, kemudian tawakal dan meletakkan kebergantungan kepada Allah SWT..insyaallah..semoga berjaya.:) ( kepada semua sahabat-sahabat yang sedang atau akan menghadapi peperiksaan, juga yang sedang menyiapkan thesis dan praktikal)
"Assalamualaikum wrt..

Promosi::

production Na'eem Resources menyediakan perkhidmatan P.A system untuk pelbagai Majlis di dalam sewan atau pun tempat lapang (dataran @ padang). Sebarang pertanyaan boleh email ke pengurus Na'eem Resources. shahirahshabandi@yahoo.com.my.

Friday, August 12, 2011

::Kongsi cerita Ramadhan saya::

::KONGSI CERITA RAMADHAN SAYA::

Tahukah anda? Bahawa ahli kitab iaitu Yahudi dan Nasrani juga berpuasa!

Banyak yang tidak tahu akan hukmah di sebalik sarana sahur. Sebenarnya sahur merupakan amalan yang membezakan puasa umat Islam denngan agama yang lain seperti Yahudi dan Nasrani.

Perkara ini jelas dalam satu riwayat daripada Amru bin Al-‘As r.a, Rasulullah SAW bersabda

Maksudnya: perbezaan antara puasa kita(umat Islam) dengan puasa Ahli Kitab adalah bersahur.

(Riwayat Muslim)

Makannya, bersahur itu sewajarnya diberi kefahaman dan penjelasan.

Amalan bersahur merupakan keberkatan yang amat rugi jika kita tinggalkan.

Anas bin Malik r.a berkata. Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: bersahurlah kamu, sesungguhnya pada makanan sahur itu terdapat keberkatan.

Jika untuk berbuka kita meriah untuk menyediakan pelbagai juadah kenapa tidak bersahur?

Menu ringkas yang sering saya sediakan (Dirumah sewa bersama sahabat-sahabat). Jika dirumah ibu saya sediakan..:)

-nasi goreng

-roti telur

-roti canai segera cicah dengan sardine

-mee gorang

-sandwice

-atau panaskan kembali lauk atau juadah berbuka (masak lebih)

pembuka selera telur asin dan kicap..Hehehe

Selamat bersahurJ

Tuesday, August 9, 2011

berjalan tanpa henti- devotees

Alhamdulillah.. YES!!!!

Alhamdulillah..beberapa tugasan berjaya siapkan dengan bertungkus lumus mujur punya staff yang memahami bos mereka ni masoh "sekolah lagi" (belajor lagi).

bila punya waktu senggang (lapang) selalunya lewat malam baru saya membuka dan mengemaskini blog/ facebook/ email. saya terjumpa lagu baru kumpulan Nasyid Devotees ' berjalan tanpa henti' sangat menarik dan memberi sumber inspirasi..:)

insyaallah kaki ini akan terus melangkah mencapai matlamat yg tersemat di dalam jiwa. terus..terus..berusaha untuk berjaya.kegagalan merupakan guru yang terbaik . sekali jatuh jangan jatuh terus tak bangu-bangun..(mintak dijauhkan).


Monday, August 8, 2011

Sunday, August 7, 2011

::kongsi cerita Ramadhan saya::

::Tip Ramadhan::

~Bersahurlah, kerana dalam sahur itu ada berkatnya~
~minum air suam @ air putih. untuk mengelakkan dari kekurangan air dan susah lawas.


Alhamdulillah, bila berpuasa berjauhan dari keluarga membuat kan saya lebih bertanggungjawab pada diri sendiri dan berdikari..setakat ini saya dan ahli bait sangat menghargai nikmat Bersahur..:) walaupun perlu mujahadah untuk bangun lagi-lagi untuk menyediakan juadah untuk seisi rumah..tetapi saya bahagia..:)



Saturday, August 6, 2011

::Kongsi cerita Ramadhan saya::

Salam Ramadhan..

Alhamdulillah, sudah Ramadhan yang ke 7, mudah-mudahan kita diberi kesempatan untuk menghabiskan Ramadhan 1432h…insyaallah.

Ramadhan kali ini walaupun berjauhan dengan keluarga tidaklah terasa sangat. Sahabat-sahabat yang belajar di Syria balik ke Malaysia. Dan singgah di rumah sewa ku.. seronok tak terkata sebab berkat Ramadhan kali ini dapat berjumpa kembali dengan sahabat dan adik adik yang dah habis study, yang dah berkerja yang dah bertunang dan yang akan bernikah..meriah sungguh. Alhamdulillah, bila dah jumpa tu macam macam la nak cerita. Rasa cepat je masa berlalu, insyaallah 2 orang lagi adik-adik akan ke Jordan miggu ke dua Syawal dan Sahabat saya yang pernah bekerja satu tempat akan ke Syria raya ke 4 nanti..

Saya sambung pengajian dimana?? Belum tahu lagi. Apa yang kita rancang kadang-kadang belum yang terbaik..sebaik-baik perancangan adalah perancangan dari ILLAHI.. saya akan terus berkhidmat di Bangi, Selangor. Saya sudah jatuh cinta di sini (bukan jatuh cinta pada manusia)J tapi jatuh cinta pada persekitaran tempat ni.

Keluarga saya pun akan berpindah disini, jadi orang Bangi la nampaknya.

Insyaallah, saya akan meneruskan peniagaan keluarga.

~moga-moga kita terus berlumba-lumba untuk meraikan ramadhan dengan pelbagai aktiviti bermanfaat.

Thursday, August 4, 2011

Ramadhan Hadir Lagi..


kehadirannya dinanti..

Salam Ramadhan 1432h..moga Ramadhan kali ini lebih bermakna. ayuh berpesta ibadah..