Friday, August 19, 2011

Bersedia?

~sudah lama saya tidak menjengah blog-blog yang menarik dan "berisi". keterbatasan waktu membuatkan saya lupa untuk bahawanya dahulu saya gemar menyelongkar khazanah tulisan blogger-blogger. tidak kira siapa pun lebih-lebih lagi Muslimah yang seusia dengan saya.

~memyela nukilan rasa beberapa sahabat, saya jadi kagum dengan mereka. Yang sudah berumahtangga yang baru menimang cahaya mata. kisah seorang sahabat yang baru menimang permata hati pengikat kasih, namun hajat untuk melihat anakanda tercinta membesar tidak kesampaian. Allah lebih tahu. Hanya sebulan sahaja sahabat saya ini bersama dengan anakanda yang soleh. "sambil tersenyum dia katakan pada saya sudah ada yang menunggu diSYURGA".

Allahuakhbar..jika saya mungkin tidak sekuat dan tabah beliau. sedangkan kami sebaya dan beliau mendahului saya dalam pernikahan. Dan cukup indah melalui saat-saat manis hamil dan melahirkan.

menjengah satu kisah lagi, muslimah ini muda setahun dari saya. dan bila membaca kisah beliau yang baru sahaja tamat tempoh berpantang membuatkan saya turut sama mengalirkan air mata, tatkala beliau tenang menulis menceritakan saat-saat genting bayi comelnya terpaksa ditahan di NICU (unit rawatan rapi untuk kanak-kanak) akibat masalah darah. Allah.. manisnya bergelar ibu disaat muda. Tahniah Buat sahabat-sahabat yang baru sahaja menimang cahaya mata.

~ saya tidak pasti adakah saya sudah bersedia untuk menjadi seroanng isteri atau menjadi seorang ibu~ apa yang penting saya perlu bersedia sentiasa dan mensolehahkan diri untuk jadi yang terbaik.

salam ramadhan:)

No comments: