Monday, September 19, 2011

Sabra Dan Shatila

Sabra Dan Shatila

~sejarah kekejaman ke atas umat Islam~

ayuh jangan lupa sejarah, agar ia tidak berulang lagi!!
p/s: click di Sabra dan Shatila. ada kisah disitu yang perlu dibaca.

Selamat membaca!

Saturday, September 17, 2011

CUBA MENJADI YANG TERBAIK

salam hormat.

Amanah sangat berat. tak tertanggung rasanya. Allah..kadang-kadang rasa semangat, tapi bila-bila masa je akan merundum jatuh..Aku hamba yang lemah, tiada tempat lain untuk bergantung melainkan pada Allah swt.

Bersyukurlah dengan nikmatnya, bila-bila nikmat ini akan ditarik balik. Ibu ayah, hargai lah mereka selagi termampu, hubungi/ sms/video call/Ym/ chat FB/ tulis surat atau apa saja teknologi yang boleh kita menghargai dan membalas jasa ibu ayah. walaupun mereka tak minta harta yang mengunung atau pun wang ringgit. Kasih sayang dan doa anak yang soleh mampu memberi ketenangan pada mereka, selagi masih sempat. Ibu ayah bukan hak kita sepenuhnya. Mereka punya TUAN yang lebih berhak...

Juga dengan apa yang kita ada sekarang, kereta, rumah, handphone, Ipad, I phone dan segala jenis gadget canggih sekarang.. sekejap je tu Allah pinjamkan, gunakanlah dengan sebaik-baiknya dan manfaatkan dengan sebaik-baiknya. kalau salah guna, apa lagi jawab la dekat akhirat nanti.

peringatan ini juga untuk diri saya yang lalai.

Saya bukan lah yang terbaik namun saya cuba untuk jadi yang terbaik:) kadang-kadang, ada kawan-kawan tanya, "Sya kenapa tak beli kereta?kan mudah untuk bergerak.." saya senyum je (dalam hati berkata, sebenarnya kereta dah ada, cuma lesen je takde:) ). saya belajar lagi cukup lah tumpang kereta sahabat serumah. Saya sangat bersyukur punya teman serumah yang memahami keadaan saya sekrang. beri pinjam motor dan kereta untuk kegunaan saya. Motor sahabat saya yang banyak berjasa untuk membawa saya ke Usrah, program-program dakwah, ke kelas dan menguruskan Al-Hamra . (nak je Tanya awak ada kereta tapi kenapa tak datang usrah?)

"ada pulak yang tanya aip sya pakai handset ni je ke?" saya senyum je. Bila balik kampung sepupu-sepupu masing-masing nak tunjuk kecanggihan handset masing-masing..saya bukan kedekut. Tapi cukup lah dengan handset saya ni, sebab saya ni dah banyak kali tukar handset ada je yang jadi, hilang dan rosak. Allah nak bagi peringatan supaya bersederhana je,ikut keperluan. saya jawab cukup la dapat call ibu ayah hari-hari dan jawab sms customer..(awak ada call mak awak hari-hari ke?) nak je tanya macam tu. tapi tak jadi sebab, saya balik kampung untuk ziarah nenek dan jumpa saudara mara.

cukuplah, saya mahu jadi insan yang bersyukur, saya malu dah terlalu banyak dan tidak terhingga nikmat yang Pencipta saya beri..:'''(

Alhamdulillah..alhamdulillah..

p/s: maaf la kalau entry kali ini berbau emosi. sebab saya menulis di waktu petang, hujang turun denga lebat dan saya tinggal seorang..dengar pulak lahu Opick lagi la sayu..

Saturday, September 10, 2011

::Bedah- Operate Buku::

salam hormat.

tengok tajuk macam seram je main bedah-bedah ni..hehehe. sebenarnya saya nak kongsi kisah 'Novel Langsir Biji Remia' tulisan NOOR SURAYA, penulis novel 'jaja dan din'.

kisah kali ini juga menarik seperti Novel Jaja dan Din.:)

Duha Hafa dan Umair menjadi rakan bual tingkap rumah masing sejak kecik. Namun setelah 10 tahun masing-masing telah meningkat dewasa dan berperasaan. Umair sejak dari kecik lagi sudah menyimpan perasaan terhadap Duha Hafa.

Namun setelah 10 tahun, wajah comel Duha Hafa telah di simpan baik-baik. Duha Hafa telah berpurdah.( Purdah Hitam lagi).. Kisah mereka bersambung semula namun Duha bukan lagi gadis comel yang banyak mulut. Duha hafa telah menjadi wanita yang sopan santun di balik purdahnya dan menjaga batas pergaulan.

Bagi Duha hafa, apa yang tersembunyi di balik prudah hitam itu adalah kecacatannya, rasa rendah diri yang terlalu menyebabkan duha ingin berhenti belajar bila mula semester akan datang.

bekerja di kedai buku ' Cerita lah lagi' memberi pengalaman baru untuk Duha, dan umair mengambil peluang bekerja sambilan di kedai buku ini supaya dapat mendekati semula hati dan diri Duha..

Tapi segala-galanya telah berubah tatkala, umair melihat wajah Duha Hafa disebalik purdah hitam itu.Wajah yang comel satu ketika dulu telah berubah, ada kesan terbakar sedikit yang merubah bentuk muka Duha..adakah perasaan kasih sayang telah berubah juga???

..........................:)
Dapatkan buku ini. sesuai untuk remaja perempuan dan wanita bekerja juga pada pelajar sekolah, pelajar universiti. ada pengajaran yang tersirat dan tersurat..


selamat membaca:)

Tuesday, September 6, 2011

Alahai..(sesuai ke dengan tajuk??)

Kembali dengan dunia buku..! setelah cuti panjang selama sehari di Seremban, 3 hari di Bentong, Pahang, 2 hari di Johor Bharu.
Kembali mengerah keringat dan fikiran untuk peningkatan dan pemasaran Al-Hamra. Hampir sebulan dalam pengurusan baru,
Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Walaupun staff Al-Hamra semua masih bercuti (melampaukan diorang raya!hehehe)
tapi tidak mengapa tunggu nanti...2 hari saya mengemas, membalut, menampal harga, menyusun stor, memunggah dan mengangkat..
semua saya buat seorang diri..wah...lepas tu,mula la sakit segala urat dan tulang haaa!! rasa kan nak buat sangat sendiri.
tapi rasa sangat puas hati bila semua saya atur sendiri
( baru tau saya ni kreatif jugak,aahaakss! )

Dek kerana malas nak cari dalam google ( Sebab line internet *slow) maka saya pun memulakan langkah kaki ini menjadi penyiasat persendirian (aip..lain je bunyinya)
bukan nak cari penjenayah tetapi mencari idea-idea segar untuk *rebranding
semula Al-Hamra.

Ramadhan lalu saya sempat bertapa di Kinokuniya Book Store KLCC selama beberapa jam sehingga waktu berbuka puasa.

kemudian, baru-baru ini ketika saya mengiringi pemergian Sahabat saya Siti Nafisah terbang ke Damsyiq, saya sempat la singgah di Book & Magazine KLIA.

Semalam saya ke Kl, Wisma Yakin. banyak *giler buku !!!. dari nak beli stok AL-QURAN, terbeli buku, buku, buku dan buku...
Yeeehhaaa!!! Amik kau, masa nak bayar terkebil-kebil..bertemankan Cik Syuhada (Team Production Na'eem) saya meninjau-ninjau buku-buku terbaru.

Rumusan:

Susun atur buku dan Stationery sangat penting agar dapat membangkitkan mood pembaca.

Instrumental memainkan peranan yang membantu, kerana mampu untuk memberikan mood rilex dan tenang kepada pembaca.

Sedang merangka plan perjalanan lagi..Jom!! siapa nak join..:)

Rajin-rajin membaca:)

Sunday, September 4, 2011

~Sedikit Tip~


~salam hormat.~


Pada yang menjadikan membaca sebagai aktiviti ketika waktu lapang, atau yang bijak menggunakan masa, membaca ketika membunyai waktu terluang seperti menunggu bas, ketika di dalam komuter, ketika menunggu hidangan( makan direstoran) atau yang suka lepak-lepak di taman sambil membaca. kaki buku, ulat buku, atau ahli akademik yang mencintai ilmu. siapa-siapalah yang berkatitan dengan dunia buku. (termasuk pekerja
di kedai buku) hehehe:)

Anda mestilah mempunyai ilmu tentang bagaimana caranya tip2 menjaga buku dengan baik agar tidak di makan anai-anai atau di gigit tikus..ahaahh... caranya beginiye puan-puan sekalian..


1) Biasakan membalut terus buku yang baru dibeli dengan pembalut lutsinar yang sesuai. atau mengikut citarasa masing. yang penting pembalut itu dapat menyelamatkan buku dari air tertumpah atau tak berminyak.( maklumla ade jugak yg membaca ketika makan). * jangan amalkan.:)

2) Jika buku anda sudah betambah-tambah, lebih-lebih lagi yang sentisa membeli buku secara konsisten (sebulan 2 buku atau lebih). Sediakan rak yang sesuai untuk menyusun buku anda. Elakkan meletakkan buku di lantai.! Susun buku secara meneggak.

3) Elakkan melipat hujung buku ketika membaca. Gunakan lah menanda buku atau pembaris. Lagipun senang je nak buat penanda buku..:) Jika dah baca tempat lipat ia akan membuatkan buku kesayangan anda rosak dan boleh jadi mudah untuk terkoyak..! sayangilah buku anda..

4) Letakkan buku ditempat yang tinggi terutama kitab-kitab atau Al-quran.

5) jangan terlingkup Buku. ia boleh merosakkan bahagian tengah/ tulang buku, lebih-lebih lagi buku tebal seperti novel, buku rujukan..


Akhir sekali, Jika ada kawan-kawan yang meminjam buku jangan lupa selitkan nota kecik di bahagian buku anda supaya kawan anada menjaga buku itu seperti mana anda menjaganya. Jangan lupa tulis nama anda di buku. atau no phone, jika tercicir ada yang akan memulangkannya.(yeke? ntah la..)


sekian saja untuk kali ini.

Selamat membaca dan beramal:)


Thursday, September 1, 2011

~Terima Kasih~

(peneman kami sewaktu di asrama, zaman study:))

salam Syawal..:)
Syawal ke 3, di skudai Johor Bharu.

~berpagian di rumah adik saya yang kedua. merancang perjalanan ke Felda simpang waha Kota Tinggi. menziarahi sahabat baik saya Siti Aminah. seronok tak terkata, alhamdulillah saya punya family yang sporting dan ayah melayan kehendak kami adik beradik. sampai je kat kota tinggi. cabaran mencari Felda simpang Waha. menempuh ladang kelapa sawit yang luas terbentang.Hijau je, tenang je..:)

~ Alhamdulillah, sekali cari Allah permudahkan carian kami. Turun je kereta berpeluk sakan kami. yela orang lain yang merancang nak ke Johor, saya pula yang murah je rezeki sampai ke Johor. hehehe

~ Makan tenghari sambil berbual panjang. Nampak gayanya, keluarga saya dan keluar Aminah mudah dan cepat je mesra. Alhamdulillah..alhamdulillah..terima kasih Allah.:)

* sahabat saya ni, sahabat yang sangat rapat dan baik semasa study di kampus dan kami serumah. macam-macam pengalaman yang kami tempuh bersama. termasuk la, saat Aminah menemaniku menaiki ambulan ketika saya sakit dulu.. cerita lama..
sama-sama berkerja, tapi lain tempat cuma tempat kerja kami dekat je. lunch sama-sama, kadang-kadang Aminah yang teman saya sampai saya habis kerja kalau dia habis kerja awal dari saya. sewaktu di asrama, bilik ku menjadi persinggahannya. dan tempat study Aminah.
semoga Siti Aminah sentiasa sihat dan ceria-ceria selalu..:)
terima kasih sudi layan kami.

pengalaman Syawal yang sangat berharga. Mudah-mudahan silaturahim ini akan terus kekal hingga ke syurga. aminnn.:)