Tuesday, September 6, 2011

Alahai..(sesuai ke dengan tajuk??)

Kembali dengan dunia buku..! setelah cuti panjang selama sehari di Seremban, 3 hari di Bentong, Pahang, 2 hari di Johor Bharu.
Kembali mengerah keringat dan fikiran untuk peningkatan dan pemasaran Al-Hamra. Hampir sebulan dalam pengurusan baru,
Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Walaupun staff Al-Hamra semua masih bercuti (melampaukan diorang raya!hehehe)
tapi tidak mengapa tunggu nanti...2 hari saya mengemas, membalut, menampal harga, menyusun stor, memunggah dan mengangkat..
semua saya buat seorang diri..wah...lepas tu,mula la sakit segala urat dan tulang haaa!! rasa kan nak buat sangat sendiri.
tapi rasa sangat puas hati bila semua saya atur sendiri
( baru tau saya ni kreatif jugak,aahaakss! )

Dek kerana malas nak cari dalam google ( Sebab line internet *slow) maka saya pun memulakan langkah kaki ini menjadi penyiasat persendirian (aip..lain je bunyinya)
bukan nak cari penjenayah tetapi mencari idea-idea segar untuk *rebranding
semula Al-Hamra.

Ramadhan lalu saya sempat bertapa di Kinokuniya Book Store KLCC selama beberapa jam sehingga waktu berbuka puasa.

kemudian, baru-baru ini ketika saya mengiringi pemergian Sahabat saya Siti Nafisah terbang ke Damsyiq, saya sempat la singgah di Book & Magazine KLIA.

Semalam saya ke Kl, Wisma Yakin. banyak *giler buku !!!. dari nak beli stok AL-QURAN, terbeli buku, buku, buku dan buku...
Yeeehhaaa!!! Amik kau, masa nak bayar terkebil-kebil..bertemankan Cik Syuhada (Team Production Na'eem) saya meninjau-ninjau buku-buku terbaru.

Rumusan:

Susun atur buku dan Stationery sangat penting agar dapat membangkitkan mood pembaca.

Instrumental memainkan peranan yang membantu, kerana mampu untuk memberikan mood rilex dan tenang kepada pembaca.

Sedang merangka plan perjalanan lagi..Jom!! siapa nak join..:)

Rajin-rajin membaca:)

No comments: