Wednesday, June 22, 2011

~PERKONGSIAN~


Cantik Tangan Isteri

Cantiknya tangan seorang Isteri bukan semata-mata terletak pada kelembutan dan kehalusan kulitnya. Tetapi juga sikap ringan tulang membantu meringankan beban suami. Ya, benar tugas mencari nafkah terletak pada bahu suami tetapi sebagai isteri yang prihatin, anda boleh membantu sedikit sebanyak.

SRIKANDI Islam silam sudah menunjukkan contoh yang jelas dalam hal ini. Asma Abu Bakar pernah berkata, “saya pernah bekerja mengangkat kurma dari kebun suamiku di atas kepalaku dan berjalan sejauhdua per tiga farsakh, iaitu kira-kira tiga batu. ( Riwayat Bukhari dan Muslim)

Abdulllah Mas’ud pernah mempunyai seorang isteri yang kaya raya bernama Zainab. Suatu hari, isterinya itu menyuruh Bilal bertanya kepada Rasulullah, “Adakah cukup bagiku memberi sedekah kepada suamiku dan anak-anak yatim dalam pangkuanku.?” Rasulullah menjawab, “benar wahai bilal, dia dapat dua pahala sekali gus. Pahala kerana berbuat baik kepada kaum kerabat dan pahala kedua sedekah. (riwayat Bukhari dan Muslim)

Jika srikandi di zaman silam reda melakukannya, mengapa tidak kita? Dan syabas kerana itulah yang dilakukan oleh kebanyakan Muslimah kerjaya hari ini.:)

:KARYA:: SEKETIKA

sambung...

4 tahun lalu..

Lewat petang itu hujan membasahi bumi. Hujan rahmat itu tidak mematahkan semangat aku untuk meneruskan kerja-kerja menampal poster promosi untuk program penghayatan Islam hujung minggu ini. Aku dan beberapa orang sahabat bertindak sebagai unit promosi dan publisiti. Aku perlu mengejar masa. Kuliah ekonomi Islam akan bermula 10 minit lagi. Professor Omar, adalah pensyarah kesayangan aku dan aku sangat menghormati beliau kerana sifat kebapaan dan timbang rasa professor yang mungkin seusia dengan daddy aku. Saat aku berkejar-kejar untuk membawa diri ke dewan kuliah fakulti sains kemanusian aku terserempak dengan Presiden Persatuan Pelajar Islam yang amat di kagumi dan menjadi pujaan setiap mahasiswi di kampus. Termasuk diriku, namun aku simpan dalam-dalam dan aku pendamkan segala isi hati aku. Aku bimbang niatku untuk menjadi seorang pendakwah niat kerana manusia. Sedangkan hidup ku ini untuk mendapat redha Allah swt. Kata kak Ara, aku juga punya hak untuk rasa disayangi dan dikasihi. Bagi aku, bertepuk debelah tangan tak berbunyi. Perasaan itu aku pendamkan sahaja. Biar masa yang menentukan segalanya.

Usai tamat kuliah aku segera ke bilik gerakan mahasiswa untuk mesyuarat akhir sebelum program berlangsung dan sudah semestinya yang mempengerusi mesyuarat adalah Naufal . Kata-kata semangat darinya sangat membina dan menyegarkan setiap ahli jawatankuasa yang terlibat. “ kita sebagai remaja Islam perlu kukuhkan semangat dan niat untuk mendapat redha Illahi.” Ingat sahabat-sahabat kita buat kerja bukan untuk jawatan semata, bukan untuk nama dan popular di kampus semata-mata. Aaah.. kata naufal itu benar, namun Naufal memang popular dikampus, baik pensyarah, staf, mahupun pelajar sendiri amat mengenalinya kerana peribadi yang mulia, sopan kata-kata penuh hikmah dan sangat menghormati orang disekeliling. Pernah aku curi-curi lihat ketika dia berbual-bual dengan seorang makcik tukang cuci tandas. Dengan rendah hati aku melihat dia sudi membantu mak cik leha itu mengangkat baldi berisi air.

Iman…iman.. kalau dah suka tu semua Nampak indah…


p/s: kenangan yang menyinggah dibenak minda membuatkan kita tersenyuk sendiri..aduh.. nantikan sambungannya..apa yang terjadi ??? kenapa sempat lagii memori 4 tahun yang lepas terimbau kembali sedangkan pembedahan penting tinggal beberapa minit akan dijalankan...

Sunday, June 19, 2011

BESEMANGAT LAH UNTUK MENEMPUH SEGALA YANG MENDATANG...!!!

Thursday, June 16, 2011

FAILURE IS NOT A SIN !

aduh malunya..


salam jumaat..:)

melewati blog-blog kawan-kawan..saya turut terpanggil untuk menulis juga entry ini..ermm..tentang apa ya?? kalau kawan nak tahu sekarang kan fenomena realiti tv.. dan yang terbaru pencarian "USTAZAH PILIHAN " pula..adush...kebetulan saya pulang ke kediaman keluarga, saya berkesempatan juga la tengok iklan yang di war-warkan oleh saluran tv berkenaan..maklum lah dah lama ak tengok tv, saya rasa macam nak suruh ayah potong je line astro kat rumah sebab rancangan-rancangannya membuatkan saya geram bila adik-adik saya terutama adik lelaki masih leka menonton tv sedangkan azan magrib dah lama berkumandang..:(

Berbalik pada rancangan realiti terbaru "ustazah pilhan"..erm tak banyak yang saya boleh komen cuma sebagai seorang wanita islam, rancangan tersebut dilihat kurang sesuai.. sesuai lah dengan ciri-ciri seorang wanita islam@Muslimah@Ustazah itu yang menjaga diri dari menjadi fitnah dan sifat pemalunya. ditambah lagi selalunya muslimah ini sangat menjaga rahsia diri dan peribadi..

sebagai contoh, kalau ada tetamu datang rumah, anak dara kan lebih-lebih lagi muslimah mestilah cepat-cepat masuk dapur..malu la kan..dan menyediakan hidangan buat tetamu lepas jer hantar cepat-cepat masuk dalam..:) tak lah pulak terhegeh-hegeh menempek kat depan tetamu dengar orang-orang tua bersembang kan..

Jadinya, sejauh mana relevannya rancangan sebegini....???:)

renung-renungkan dan selamat beramal..:)
senyum sokmo:)

Demam..





salam penghulu hari...:)

dalan tempoh seminggu ini..saya telah membaca 4 novel tebal dalam masa 5 hari..adush..demam membaca novel ni berjangkit dari siapa pun saya tak tahu..tapi apa yang terjadi sambil mengoreng karipap di dapur pun sebelah tangan saya lagi memegang novel tebal..:) tak sabar-sabar nak habis kan dan tahu apa jalan cerita kesudahannya...lagipun dah lama saya tak baca novel tebal-tebal ni.. baca novel selalu pun tak berapa bagus melekakan..ish..ish..tak pe la yang penting saya tak lupa buat kerja sekolah(asaimen subject investment)..
dan saya juga menyeimbangkan bahan bacaan saya ada jugak jurnal-jurnal dan buku akademik yang menjadi kegemaran saya terutama buku-buku akademik tentang ekonomi dan perkembagan politik negara.:)..

senyum sokmo:)

Friday, June 10, 2011

:karya:


Langkah kaki terus menongkah arus ranjau,

Biar embun tetap menyapa,

Jika pergi terbeban jika undur sengsara,

Pilihan yang ada usahkan bertanya ,

Tetap itu..tetap yang satu..

Yang satu itu perlu, kerana yang satu itu hanya itu..

Dua jalan yang ada perlu dipillih..

Tidak akan kaki ini akan melangkah pada dua jalan serentak..

Pilihan tetap harus,

Tatkala ada yang akan terluka, ada yang akan terkorban, ada yang akan menjauh..

Itu adalah takdir, takdir untuk memilih dan terpilih lalu menjadi pilihan..

~SNS~

Thursday, June 9, 2011

10 Tabiat Berbelanja Yang Baik


1
. bayar bil dengan segera. utamakan pembayaran ini, jangan tunggu sehingga hari akhir..jangan tangguh-tangguh..
2.berbelanja secara berkala dalam kuantiti yang banyak dengan merancang masa berbelanja.
3. Hadkan penggunaan kad kredit.
4.buat bandingan harga, kuantiti dan kualiti
5.utamakan keperluan dari kehendak..
6. selesaikan segeran pinjaman..(PTPTN atau Loan bank)

coretan karya::SEKETIKA


8 oktober 2007

Aku sudah nekad dengan keputusan yang aku buat. 2 hari lagi pembedahan pemindahan sebahagian dari hati aku ke insan yang pernah aku sanjungi dan pernah aku taruhkan harapan agar dapat membina sebuah rumahtangga yang indah. Namun itu dulu. Kak Zaharah sudah berkali-kali menumpahkan airmatanya, kata kak ara, aku terlalu berani dengan risiko. Mama dan daddy awal-awal lagi telah bersetuju dan bersedia dengan keputusanku tanpa banyak soal. Kata mama aku berhak untuk membantu Naufal , ya Naufal yang pernah menerima surat lamaran dari ku.Naufal sedang bertarung nyawa untuk meneruskan hidup dibilik ICU itu sudah berkumpul sanak saudara dan sahabat- sahabat sewaktu dikampus dulu. Naufal tercedera dalam serangan ganas oleh tentera Isreal ketika dia menziarahi Syeikh guru talaqi al-quran Yang menetap di Palestin. Naufal dipukul dengan benda keras didada, ketika cuba untuk menyelamat kan syeikh yang sangat dia kagumi. Akibatnya, organ yang terpenting dalam tubuh badannya tercedera. Hatinya perlu diganti, dan hatinya akan digantikan dengan sebahagian hatiku. Itu saja yang aku mampu lakukan setelah pemeriksaan dibuat, doctor pakar yang merawat Naufal memberitahu hatiku dan jenis darah sesuai dengan Naufal. Tiada sesiapa pun tahu, kecuali Doktor Zuhdi, kak Zaharah, mama dan daddy dan pengasuh ku Mak Ijah. Aku amat berharap bahawa apa yang aku lakukan ini mampu membahagiakan semua orang disekeliling Naufal .



bersambung....

p/s: apa yang akan terjadi pada pembedahan permindahan itu adakah berjaya atau ada yang akan terkorban?? nantikan...

Zaman kanak-kanak ku..


....."jam pukul 7 malam.. ape lagi jelingan ibu dari atas flat rumah kami di tingkat 3..faham ler..maksudnya dh time untuk naik dah bersiap untuk pergi mengaji quran..":)
galah panjang, roundes, dan segala macam aktiviti aku dan rakan-rakan lakukan selepas pulang dari kelas fardhu ain..
sejak dari tadika hingga tingkatan 5 walau dimana jua ayah dihantar untuk posting kelas mengaji quran tak pernah tertinggal dari senarai perkara penting apabila kami berpindahh ke tempat baru..:) didikan ibu ayah...itu 6-10 tahun yang lalu..kini kata ibu aku sudah cukup dewasa untuk menentukan pilihan arah tuju hidupku..tapi kata ayah pula selagi aku belum di "risik" oleh mana pemuda aku masih dibawah tanggungjawabnya..