Wednesday, June 22, 2011

~PERKONGSIAN~


Cantik Tangan Isteri

Cantiknya tangan seorang Isteri bukan semata-mata terletak pada kelembutan dan kehalusan kulitnya. Tetapi juga sikap ringan tulang membantu meringankan beban suami. Ya, benar tugas mencari nafkah terletak pada bahu suami tetapi sebagai isteri yang prihatin, anda boleh membantu sedikit sebanyak.

SRIKANDI Islam silam sudah menunjukkan contoh yang jelas dalam hal ini. Asma Abu Bakar pernah berkata, “saya pernah bekerja mengangkat kurma dari kebun suamiku di atas kepalaku dan berjalan sejauhdua per tiga farsakh, iaitu kira-kira tiga batu. ( Riwayat Bukhari dan Muslim)

Abdulllah Mas’ud pernah mempunyai seorang isteri yang kaya raya bernama Zainab. Suatu hari, isterinya itu menyuruh Bilal bertanya kepada Rasulullah, “Adakah cukup bagiku memberi sedekah kepada suamiku dan anak-anak yatim dalam pangkuanku.?” Rasulullah menjawab, “benar wahai bilal, dia dapat dua pahala sekali gus. Pahala kerana berbuat baik kepada kaum kerabat dan pahala kedua sedekah. (riwayat Bukhari dan Muslim)

Jika srikandi di zaman silam reda melakukannya, mengapa tidak kita? Dan syabas kerana itulah yang dilakukan oleh kebanyakan Muslimah kerjaya hari ini.:)

1 comment:

iKhRam said...

itulah
dunia hari ni
wanita selalu beranggapan

your money is my money
my money is my money..

jadi
apa pendapat??