Wednesday, June 22, 2011

:KARYA:: SEKETIKA

sambung...

4 tahun lalu..

Lewat petang itu hujan membasahi bumi. Hujan rahmat itu tidak mematahkan semangat aku untuk meneruskan kerja-kerja menampal poster promosi untuk program penghayatan Islam hujung minggu ini. Aku dan beberapa orang sahabat bertindak sebagai unit promosi dan publisiti. Aku perlu mengejar masa. Kuliah ekonomi Islam akan bermula 10 minit lagi. Professor Omar, adalah pensyarah kesayangan aku dan aku sangat menghormati beliau kerana sifat kebapaan dan timbang rasa professor yang mungkin seusia dengan daddy aku. Saat aku berkejar-kejar untuk membawa diri ke dewan kuliah fakulti sains kemanusian aku terserempak dengan Presiden Persatuan Pelajar Islam yang amat di kagumi dan menjadi pujaan setiap mahasiswi di kampus. Termasuk diriku, namun aku simpan dalam-dalam dan aku pendamkan segala isi hati aku. Aku bimbang niatku untuk menjadi seorang pendakwah niat kerana manusia. Sedangkan hidup ku ini untuk mendapat redha Allah swt. Kata kak Ara, aku juga punya hak untuk rasa disayangi dan dikasihi. Bagi aku, bertepuk debelah tangan tak berbunyi. Perasaan itu aku pendamkan sahaja. Biar masa yang menentukan segalanya.

Usai tamat kuliah aku segera ke bilik gerakan mahasiswa untuk mesyuarat akhir sebelum program berlangsung dan sudah semestinya yang mempengerusi mesyuarat adalah Naufal . Kata-kata semangat darinya sangat membina dan menyegarkan setiap ahli jawatankuasa yang terlibat. “ kita sebagai remaja Islam perlu kukuhkan semangat dan niat untuk mendapat redha Illahi.” Ingat sahabat-sahabat kita buat kerja bukan untuk jawatan semata, bukan untuk nama dan popular di kampus semata-mata. Aaah.. kata naufal itu benar, namun Naufal memang popular dikampus, baik pensyarah, staf, mahupun pelajar sendiri amat mengenalinya kerana peribadi yang mulia, sopan kata-kata penuh hikmah dan sangat menghormati orang disekeliling. Pernah aku curi-curi lihat ketika dia berbual-bual dengan seorang makcik tukang cuci tandas. Dengan rendah hati aku melihat dia sudi membantu mak cik leha itu mengangkat baldi berisi air.

Iman…iman.. kalau dah suka tu semua Nampak indah…


p/s: kenangan yang menyinggah dibenak minda membuatkan kita tersenyuk sendiri..aduh.. nantikan sambungannya..apa yang terjadi ??? kenapa sempat lagii memori 4 tahun yang lepas terimbau kembali sedangkan pembedahan penting tinggal beberapa minit akan dijalankan...

No comments: