Thursday, June 16, 2011

aduh malunya..


salam jumaat..:)

melewati blog-blog kawan-kawan..saya turut terpanggil untuk menulis juga entry ini..ermm..tentang apa ya?? kalau kawan nak tahu sekarang kan fenomena realiti tv.. dan yang terbaru pencarian "USTAZAH PILIHAN " pula..adush...kebetulan saya pulang ke kediaman keluarga, saya berkesempatan juga la tengok iklan yang di war-warkan oleh saluran tv berkenaan..maklum lah dah lama ak tengok tv, saya rasa macam nak suruh ayah potong je line astro kat rumah sebab rancangan-rancangannya membuatkan saya geram bila adik-adik saya terutama adik lelaki masih leka menonton tv sedangkan azan magrib dah lama berkumandang..:(

Berbalik pada rancangan realiti terbaru "ustazah pilhan"..erm tak banyak yang saya boleh komen cuma sebagai seorang wanita islam, rancangan tersebut dilihat kurang sesuai.. sesuai lah dengan ciri-ciri seorang wanita islam@Muslimah@Ustazah itu yang menjaga diri dari menjadi fitnah dan sifat pemalunya. ditambah lagi selalunya muslimah ini sangat menjaga rahsia diri dan peribadi..

sebagai contoh, kalau ada tetamu datang rumah, anak dara kan lebih-lebih lagi muslimah mestilah cepat-cepat masuk dapur..malu la kan..dan menyediakan hidangan buat tetamu lepas jer hantar cepat-cepat masuk dalam..:) tak lah pulak terhegeh-hegeh menempek kat depan tetamu dengar orang-orang tua bersembang kan..

Jadinya, sejauh mana relevannya rancangan sebegini....???:)

renung-renungkan dan selamat beramal..:)
senyum sokmo:)

No comments: