Thursday, June 9, 2011

coretan karya::SEKETIKA


8 oktober 2007

Aku sudah nekad dengan keputusan yang aku buat. 2 hari lagi pembedahan pemindahan sebahagian dari hati aku ke insan yang pernah aku sanjungi dan pernah aku taruhkan harapan agar dapat membina sebuah rumahtangga yang indah. Namun itu dulu. Kak Zaharah sudah berkali-kali menumpahkan airmatanya, kata kak ara, aku terlalu berani dengan risiko. Mama dan daddy awal-awal lagi telah bersetuju dan bersedia dengan keputusanku tanpa banyak soal. Kata mama aku berhak untuk membantu Naufal , ya Naufal yang pernah menerima surat lamaran dari ku.Naufal sedang bertarung nyawa untuk meneruskan hidup dibilik ICU itu sudah berkumpul sanak saudara dan sahabat- sahabat sewaktu dikampus dulu. Naufal tercedera dalam serangan ganas oleh tentera Isreal ketika dia menziarahi Syeikh guru talaqi al-quran Yang menetap di Palestin. Naufal dipukul dengan benda keras didada, ketika cuba untuk menyelamat kan syeikh yang sangat dia kagumi. Akibatnya, organ yang terpenting dalam tubuh badannya tercedera. Hatinya perlu diganti, dan hatinya akan digantikan dengan sebahagian hatiku. Itu saja yang aku mampu lakukan setelah pemeriksaan dibuat, doctor pakar yang merawat Naufal memberitahu hatiku dan jenis darah sesuai dengan Naufal. Tiada sesiapa pun tahu, kecuali Doktor Zuhdi, kak Zaharah, mama dan daddy dan pengasuh ku Mak Ijah. Aku amat berharap bahawa apa yang aku lakukan ini mampu membahagiakan semua orang disekeliling Naufal .



bersambung....

p/s: apa yang akan terjadi pada pembedahan permindahan itu adakah berjaya atau ada yang akan terkorban?? nantikan...

1 comment:

~ummusumayyah~ said...

salam dear..bila nak sambung citer ni? ^^