Monday, November 26, 2012

PANJAT BrOgA !

~saya sangat suka melakukan aktiviti lasak, selain menguatkan kembali stamina yang  dah semput-semput ni, paling penting adalah taddabur alam, melihat kebesaran Allah wt..~



APABILA GAMBAR BERCHERITERA....









p/s:photo by my galaxy..

E-day


Alhamdulillah..pagi yang tenang walaupun semalam diduga dengan kesihatan yang menyebabkan saya tidak mampu untuk menyiapkan sepenuhnya kerja-kerja dipejabat..:(
Sampai ja di ofis, tetibe mata terpandang kalendar…tiidaaakkk.!!!..alamak saya baru tertingat E-day saya akan tibe..tak sampai 3 minggu lagi..persiapan..persiapan..erm..xtau nak habaq la, sebab saya serah semua persiapan kat family saya..:) mujur ada depa kan..




Dulu saya selalu pikiaq mcm mana la nnti kalau kita kahwin, keluarga mentua, ipar duai..sedara mara.. semua kene kenai..jadi ibu selalu pesan : kite ni bukan ja kawin dengan ‘Dia’ tapi dengan keluarga sekali.. contoh dah ada depan mata, yela ibu saya tu menantu kesayangan tok jah( nenek belah kedah).. ipar-ipar sume suka kat ibu sebab ibu ringan tulang, rajin pi dapuq..yela la bila raya atau kenduri ka, ibu la yang depa duk cari tanya nak masak ape..sweet kan..jadi saya nak jadi mcm ibu la.. jadi menantu yg disenangi..jadi caranya bukan lepas dah nikah baru nak mulakan..
La ni dah kena kenai semua bakal ipar duai dan sedara.. saya bersyukur sangat sebab bakal adik2 ipar saya ni peramah dan mudah mesra.. jadi saya senang dengan depa, moga-moga depa pun senang dengan saya..:) kepada sahabat-sahabat yg bakal mendirikan rumah tangga, bercinta dengan keluarga sebelum bercinta dengan bakal suami kite..:) sbb restu keluarga yang paling utama..bila keluarga restu makanya jalan utk kearah kebaikan itu mudah..:) 

Monday, November 19, 2012


FAEDAH MEMPELAJARI ILMU FARAID

Antara faedah mempelajari ilmu Faraid adalah seperti berikut:
1. Menjamin kelangsungan ilmu ini sekali gus menyelesaikan fardhu kifayah dalam masyarakat supaya ilmu Faraid ini tidak dilupkan dan tidak pupus di telan zaman.

2. Menghindarkan kita daripada makan harta dengan cara batil.
Firman Allah swt dalam surah al-Nisa ayat 29 yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, jangan kamu makan harta di antara kamu dengan cara yang tidak betul ( batil/haram)”

3. Menghindarkan kita daripada merampas atau memiliki tanah atau harta kepunyaan orang lain terutamanya saudara-saudara sendiri.

4. Menghindarkan salah faham dan pertingkahan di kalangan waris yang boleh membawa kepada putusnya silaturahim dan memporak perandakan institusi keluarga.

5. Menyedarkan waris-waris agar menyelsesaikan pembahagian pusakan dengan segera, sekali gus mengelakkan penangguhan pembahagian segingga bertahun-tahun.

6. Waris-waris akan bertanggungjawab dan prihatin dalam pengurusan harta pusaka. Kebijaksanaan waris-waris menguruskan harta pusaka menjurus kepada keharmonian dan kesejahteraan keluarga.




p/s: sharing is caring!

Sunday, November 18, 2012

#Share


Sungguh jangan pelik mengapa? Iya saya tidak pernah menerima panggilan dari  “Bakal Tunang”. Kami hanya berhubung melalui sistem pesanan ringkas (SMS). Itu pun setiap apa yang kami bincangkan kedua ibubapa kami maklum. Boring? Tak Rindu? Ape salahnye kan dah nak kahwin..
Kisah saya hanya kisah biasa-biasa. Bukanlah boleh dijadikan contoh yang terbaik pun, 
Saya ada jawapan saya sendiri. Saya ada prinsip saya sendiri. Saya mahu jadi Muslim yang baik seusai Setiap awal Muharram doa saya hanya mahu buang sifat negative dan berubah ke arah yang lebih baik.
menjawab setiap soalan sepupu saya dengan nada yang sangat rasional.  Perbezaan umur kami 5 tahun, namun kami bebas untuk berbincang apa-apa topik. Di dalam kereta, di rumah, ketika shoping.. mahupun ketika memasak di dapur.

Saya katakan padanya;
 Boring bila Si Dia tidak call?.. senyum menjadi permulaan jawapan..
~:kak long lagi bimbang jika semua benda dia dah tau, nanti bila dah nikah, dah serumah dah hidup bersama, boring pulak tak tau nak cakap apa. Sebab semua dah takde surprise dan rahsia lagi..: ~

Bertunang bukan tiket untuk menghalalkan segala-galanya.!

Kami bahagia dengan cara kami, kami sangat bahagia bila mana restu dan doa kedua ibubapa kami sentiase mengiringi perjalanan fasa kearah perkahwinan. Saya sangat bersyukur, dipertemukan dengan bakal mertua yang sangat baik dan bakal ipar duai yang sangat happening..

Dan sudah tentunya sangat bertuah punya ibu ayah yang sangat memahami satu-satunya anak perempuan mereka. Ibu ayah sangat sabar melayan kerenah saya.

Bercinta sebelum nikah atau bercinta selepas nikah.. sudah tentu pilihan saya bercinta selepas nikah, apa gunanya saya membaca pelbagai buku motivasi seperti “ Aku terima Nikahnya, Bercinta Hingga ke Syurga, Murabbi Cinta- Hasil tulisan Ustaz Hasrizal Jamil. Buku Tentang Cinta- Hasil tulisan Ustaz Pahrol Juoi.. Novel-novel Islamik- Hasil tulisan Ustazah Fatimah Syarha dan Hilal Asyraf. Buku-buku hasil karya Prof.Muhaya. dan buku-buku yang berkaitan dengan Parenting & Tarbiatul Aulad. Jika saya tidak praktik kan ilmu yang saya kutip dari buku-buku ini.. 

Satu-satunya Guru Quran saya yang sehingga kini masih tetap tegar untuk mencurahkan kata-kata hikmah, mutiara katanya sering menjadi panduan untuk saya mencari hala tuju kehidupan.
Beliau selalu berpesan: jangan terlalu demand untuk mendapat jodoh. Yakin dengan doa, Mohon pada Allah swt, dikurniakan jodoh yang baik dan redha Allah..~


#BaitulMuslim-1

PESANAN UNTUK DIRI YANG MUDAH LEKA

JANGAN... ::

~ JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.

~ JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

~ JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

~ JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

~ JANGAN ego untuk meminta maaf kalau memang Kita bersalah.

~ JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.

~ JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.

~ JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.



P/S: JOm Jadi Baik!!

Thursday, November 8, 2012

~NOta HatI~


hidup ini berlandaskan cinta kasih.( dari blog Dr.MAza)
Sahabat sejati bukan sekadar kerana ada kepentingan tertentu, tetapi hubungan kasih dan rahmat. Dalam hadis Nabi s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya dari kalangan hamba-hamba Allah adanya golongan yang mereka bukan para nabi, atau para syahid. Namun para nabi dan para syahid cemburu kepada mereka pada Hari Kiamat disebabkan kedudukan mereka di sisi Allah”.
Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah! Beritahulah kami siapakah mereka?”. Jawab Nabi: “Mereka itu golongan yang cinta mencintai dengan ruh Allah, tanpa ada hubungan kekeluargaan dan bukan kerana harta yang diidamkan. Demi Allah, sesungguhnya wajah-wajah mereka adalah cahaya, mereka berada atas cahaya. Mereka tidak takut pada saat manusia ketakutan, mereka tidak berdukacita ketika manusia berdukacita”.
Lalu baginda membaca ayat al-Quran: (maksudnya) “Ketahuilah sesungguhnya wali-wali Allah tiada ketakutan untuk mereka dan tidak pula mereka berdukacita” (Hadis riwayat Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani).

# 1 (KISAH LALU- Sekolah Rendah)


Kisah ini kisah lalu.

Dingin pagi menyebabkan aku masih lagi berselimut di atas katil. Hari ni hari Isnin, sekolah…Lambat menyeret kaki ke bilik air. Rumah kuarters tentera, tingkat 2 paling hujung itu riuh dengan  Suara ibu yang sudah teriak..teriak.. “cepat banguun! Solat subuh..nanti lambat pegi sekolah..(sambil itu di dapur ibu sedang bertungkus lumus meyediakan “bekal” untuk 3 orang, ya satu untuk suami, satu untuk anak perempuannya dan satu untuk anak lelakinya. Barangkali menyediakan bekal makanan itu adalah hal yang terindah buat seorang yang begelar IBU.. 

zaman ini zaman sekolah rendah yang membahagiakan. Aku bersekolah di sekolah cina Ho seng Ong Methodist tidak silap nama sekolahku ( sudah aku nyatakan ini kan kisah lalu jadi ada perkara yang aku sudah lupa atau ungat-ingat lupa). Jumlah pelajar melayu tidak ramai di kelas ku. Aku bukanlah pelajar di kelas pertama atau yang terakhir. Kelas tengah-tengah.  Zaman itu zaman wang saku ke sekolah 80sen. Sudah cukup banyak untuk berbelanja mewah. Dan tradisinya bekal makan dan bekal air minuman sentiasa tersedia oleh ibu. Rakan-rakan sekelasku juga membawa bekalan. Waktu rehat kami sangat ceria dengan bekal makanan oleh ibu masing-masing (menu nasi goreng, mee gorang, pasta, kadang-kadang roti sardine sedikit nugget atau sosej)

 Disebabkan pelajar melayu tidak ramai, aku terpilih untuk menjadi penari zapin dan tradisional sekolah, aku juga terpilih menjadi salah satu anggota pasukan syair dan pantun sekolah. Aku juga aktif dalam sukan sekolah, Ini membuatkan aku tidak rasa tersisih walaupun majoritinya pelajar cina. Aku juga dikira boleh dikategorikan pelajar cemerlang dalam akademik. (wah ayat bangga). Ada juga sekali dua naik pentas sewaktu hari anugerah cemerlang, mengambil bahagian untuk persembahan koir dan mengambil anugerah pelajar cemerlang dan terbaik dalam beberapa subjek. ibu dan ayah pun senyum memanjang ketika hari mengambil kad laporan dari guru darjah. 5 tahun yang meriah, suka, duka, cinta monyet, kaan baik, cikgu marah, cikgu puji, kena rotan pun ada, aku juga nakal!




................................

~ sedang asyik menulis tiba-tiba idea untuk ayat seterusnya terputus macam tu saje. Aisshh..

p/s: bersyukur kerana disekolahkan dan ibu ayah yang mementingkan pelajaran anak-anak. Ada yang tak bernasib baik atau di Negara yang sedang dilanda angin peperangan nak makan pun susah ini kan nak ke sekolah. Alhamdulillah..alhamdulillah ya Allah.. 

Wednesday, November 7, 2012

Monday, November 5, 2012

Quotes


“Think before you speak. 

Read before you think.” 

Tahniah! Semoga Bahagia.

Alhamdullilah..Alhamdulillah... Tahniah buat shabat-sahabat saya yang telah mendirikan rumahtangga. Rakan sekelas sewaktu tingkatan 4&5, kami hanya ada 13 orang sahaja. disitu la kami belajar banyak perkara tentang kehidupan. tuisyen bersama, bergaduh, bergurau sedih dan ketawa semua menjadi satu . tak ramai..tapi cukup untuk menjadikan cikgu-cikgu pening dan tersenyum kini melihat kami semuanya berjaya dengan kerjaya masing masing dan shampir kesemuanya telah mendirikan rumahtangga..:) 
Al-fatihah untuk arwah Akmal semoga ditempatkan dikalangan orang yang beriman..



*kenangan semasa minggu SPM, memang mendebarkan kami batch kedua yang ambil sains tulen. memang cikgu-cikgu sangat bertungkus lumus untuk bantu kami bengkel, seminar menjawab dan kertas2 peperiksaan  yang lepas dan latih tubi, buku rujukan kelas tambahan. tambah dengan tuisyen luar. fuhh...!! itu 7 tahun yang lalu.. terima kasih cikgu-cikgu !! jasa mu dikenang sentiasa..:)

Sunday, November 4, 2012

Dah tiba masanya

“Happiness is when what you think, what you say, and what you do are in harmony.” 


Alhamdulillah, setelah 24 tahun menjadi penjaga saya, ayah akhirnya sudah bersedia untuk melepaskan saya. ("bukan nak hantar saya ke mana-mana pun kihkihkih..) tetapi untuk melangkah ke fasa baru kehidupan sebagai "Puan"..
jika sebelum ini, jangan nak sebut kahwin, kawan lelaki pun ayah tak suka untuk saya sebut-sebut..selagi tak habis study atau belum masanya lagi..
alhamdulillah..alhamdulillah..  sedih pun ada, sebab lepas ni semua tanggungjawab sebagai pelindung, jatuh pada "sang suami" (siapa la tu..)

siapa pun jodoh kita, kita tak perlu minta atau meletakkan KPI yang macam-macam. Nak yang kerje gitu, nak yang study luarnegara, nak yang handsome dan macam-macam lagi. 
cukup lah kalau kita setiasa doa untuk dapat yang terbaik dan diredhai disisi Allah. yang paling utama adalah restu ibu ayah dan keluarga..(^,^)..

Jodoh itu rahsia Allah,Mati juga Rahsia Allah, maka kita siap sedia lah nak hadapinya..