Thursday, November 8, 2012

# 1 (KISAH LALU- Sekolah Rendah)


Kisah ini kisah lalu.

Dingin pagi menyebabkan aku masih lagi berselimut di atas katil. Hari ni hari Isnin, sekolah…Lambat menyeret kaki ke bilik air. Rumah kuarters tentera, tingkat 2 paling hujung itu riuh dengan  Suara ibu yang sudah teriak..teriak.. “cepat banguun! Solat subuh..nanti lambat pegi sekolah..(sambil itu di dapur ibu sedang bertungkus lumus meyediakan “bekal” untuk 3 orang, ya satu untuk suami, satu untuk anak perempuannya dan satu untuk anak lelakinya. Barangkali menyediakan bekal makanan itu adalah hal yang terindah buat seorang yang begelar IBU.. 

zaman ini zaman sekolah rendah yang membahagiakan. Aku bersekolah di sekolah cina Ho seng Ong Methodist tidak silap nama sekolahku ( sudah aku nyatakan ini kan kisah lalu jadi ada perkara yang aku sudah lupa atau ungat-ingat lupa). Jumlah pelajar melayu tidak ramai di kelas ku. Aku bukanlah pelajar di kelas pertama atau yang terakhir. Kelas tengah-tengah.  Zaman itu zaman wang saku ke sekolah 80sen. Sudah cukup banyak untuk berbelanja mewah. Dan tradisinya bekal makan dan bekal air minuman sentiasa tersedia oleh ibu. Rakan-rakan sekelasku juga membawa bekalan. Waktu rehat kami sangat ceria dengan bekal makanan oleh ibu masing-masing (menu nasi goreng, mee gorang, pasta, kadang-kadang roti sardine sedikit nugget atau sosej)

 Disebabkan pelajar melayu tidak ramai, aku terpilih untuk menjadi penari zapin dan tradisional sekolah, aku juga terpilih menjadi salah satu anggota pasukan syair dan pantun sekolah. Aku juga aktif dalam sukan sekolah, Ini membuatkan aku tidak rasa tersisih walaupun majoritinya pelajar cina. Aku juga dikira boleh dikategorikan pelajar cemerlang dalam akademik. (wah ayat bangga). Ada juga sekali dua naik pentas sewaktu hari anugerah cemerlang, mengambil bahagian untuk persembahan koir dan mengambil anugerah pelajar cemerlang dan terbaik dalam beberapa subjek. ibu dan ayah pun senyum memanjang ketika hari mengambil kad laporan dari guru darjah. 5 tahun yang meriah, suka, duka, cinta monyet, kaan baik, cikgu marah, cikgu puji, kena rotan pun ada, aku juga nakal!




................................

~ sedang asyik menulis tiba-tiba idea untuk ayat seterusnya terputus macam tu saje. Aisshh..

p/s: bersyukur kerana disekolahkan dan ibu ayah yang mementingkan pelajaran anak-anak. Ada yang tak bernasib baik atau di Negara yang sedang dilanda angin peperangan nak makan pun susah ini kan nak ke sekolah. Alhamdulillah..alhamdulillah ya Allah.. 

No comments: