Sunday, November 18, 2012

#Share


Sungguh jangan pelik mengapa? Iya saya tidak pernah menerima panggilan dari  “Bakal Tunang”. Kami hanya berhubung melalui sistem pesanan ringkas (SMS). Itu pun setiap apa yang kami bincangkan kedua ibubapa kami maklum. Boring? Tak Rindu? Ape salahnye kan dah nak kahwin..
Kisah saya hanya kisah biasa-biasa. Bukanlah boleh dijadikan contoh yang terbaik pun, 
Saya ada jawapan saya sendiri. Saya ada prinsip saya sendiri. Saya mahu jadi Muslim yang baik seusai Setiap awal Muharram doa saya hanya mahu buang sifat negative dan berubah ke arah yang lebih baik.
menjawab setiap soalan sepupu saya dengan nada yang sangat rasional.  Perbezaan umur kami 5 tahun, namun kami bebas untuk berbincang apa-apa topik. Di dalam kereta, di rumah, ketika shoping.. mahupun ketika memasak di dapur.

Saya katakan padanya;
 Boring bila Si Dia tidak call?.. senyum menjadi permulaan jawapan..
~:kak long lagi bimbang jika semua benda dia dah tau, nanti bila dah nikah, dah serumah dah hidup bersama, boring pulak tak tau nak cakap apa. Sebab semua dah takde surprise dan rahsia lagi..: ~

Bertunang bukan tiket untuk menghalalkan segala-galanya.!

Kami bahagia dengan cara kami, kami sangat bahagia bila mana restu dan doa kedua ibubapa kami sentiase mengiringi perjalanan fasa kearah perkahwinan. Saya sangat bersyukur, dipertemukan dengan bakal mertua yang sangat baik dan bakal ipar duai yang sangat happening..

Dan sudah tentunya sangat bertuah punya ibu ayah yang sangat memahami satu-satunya anak perempuan mereka. Ibu ayah sangat sabar melayan kerenah saya.

Bercinta sebelum nikah atau bercinta selepas nikah.. sudah tentu pilihan saya bercinta selepas nikah, apa gunanya saya membaca pelbagai buku motivasi seperti “ Aku terima Nikahnya, Bercinta Hingga ke Syurga, Murabbi Cinta- Hasil tulisan Ustaz Hasrizal Jamil. Buku Tentang Cinta- Hasil tulisan Ustaz Pahrol Juoi.. Novel-novel Islamik- Hasil tulisan Ustazah Fatimah Syarha dan Hilal Asyraf. Buku-buku hasil karya Prof.Muhaya. dan buku-buku yang berkaitan dengan Parenting & Tarbiatul Aulad. Jika saya tidak praktik kan ilmu yang saya kutip dari buku-buku ini.. 

Satu-satunya Guru Quran saya yang sehingga kini masih tetap tegar untuk mencurahkan kata-kata hikmah, mutiara katanya sering menjadi panduan untuk saya mencari hala tuju kehidupan.
Beliau selalu berpesan: jangan terlalu demand untuk mendapat jodoh. Yakin dengan doa, Mohon pada Allah swt, dikurniakan jodoh yang baik dan redha Allah..~


#BaitulMuslim-1

No comments: