Thursday, May 6, 2010

ATAS DASAR INI..

Alhamdulillah masih lagi dipinjamkan nyawa oleh SANG PENCIPTA untuk mengupdate blog ini. Maklumalah fenomena facebook semakin meriah. Sampaikan kawan ‘seofis’ kata kalau tak ada facebook kuno la. Jadi penulis cuba juga untuk menbuat akaun facebook. Rupa- rupanya banyak betul kelebihan dan tak kurang juga dengan keburukannya.

Sebetulnya apa yang ingin dikongsi penulis adalah perkara terbaik yang pernah penulis buat adalah berpengalaman untuk bekerja di salah sebuah kedai buku di kawasan bangi. Bukan kerana bangi itu bandar ilmu atau suasananya tetapi kerana kerja ituu terlalu istemewa di hati penulis.

Banyak sungguh pengalaman..pengalaman yang mematangkan.. yang bermula dengan sifat persimis, optimis dan persepsi.. apa ke bendanya tiga perkataan ni?

Pesimis kalau mengikut dewan bahasa dan pustaka membawa definisi sikap atau kecenderungan memandang sesuatu itu dari sudut keburukannya(dengan perasaan yang tidak yakin kejayaaannya).

Optimis pula dapat penulis cerna dengan membawa maksud orang yang selalu menaruh harapan baik terhadap sesuatu(perkembangan ,kemungkinan)

Persepsi huraikan sebagai gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran(tentang sesuatu), pandangan melalui pancaindera, tanggapan.

3 perkataaan ini adalah patah kata yang mematangkan penulis. Mungkin ini hanya andaian penulis, setiap manusia mesti ada 3 sifat ini tanpa kita sedari.

Berbalik tentang keistemewaan bekerja di kedai buku. Bos terlalu baik dan mudah untuk berkomunikasi lebih lebih lagi jika kami keluarkan pendapat tentang pemasaran untuk meningkatkan jualan. Dan yang lebih menarik ialah kita di beri kebebasan untuk menimba ilmu dan membuka minda. Sambil bekerja, sambil itu otak juga bekerja. Penulis telah mewajibkan diri agar membaca sekurang kurangnya 3 buah buku dalam masa sebulan.

Lewat fajar menyingsing di suatu waktu tertari penulis untuk membaca buku berjudul “SINERGI” hasil garapan seni tangan dan pemikiran serta pengalaman oelh Saudara Hilal Asyraf. Walaupun berbentuk novel namun penyampaiannya berkesan bagi penulis. Terutama apabila dalam buku ini banyak sangat perkataan “IMAN DAN KEIMANAN”. Erm...ya apa yang kita lakukan perlu berpaksikan dengan IMAN.. banyak mesej dalam buku tersebut.

Kalau kita ada iman:

Nak marah jadi senyum.

Nak riak jadi rendah diri..

Nak bermusuh jadi sahabat sejati..

Nak lemah akan kuat..

Nak jatuh pasti ada sahabat yg berukhuwah dengan penuh keimanan akan sambut dengan mengharapkan redha ALLAH swt..

Jika kita rasa kita seorang atau makin jauh dengan sesiapa, maka akan ada yang semakin dekat dengan kita iaitu.....ALLAH SWT..:)

Senyum sokmo:)