Sunday, September 4, 2011

~Sedikit Tip~


~salam hormat.~


Pada yang menjadikan membaca sebagai aktiviti ketika waktu lapang, atau yang bijak menggunakan masa, membaca ketika membunyai waktu terluang seperti menunggu bas, ketika di dalam komuter, ketika menunggu hidangan( makan direstoran) atau yang suka lepak-lepak di taman sambil membaca. kaki buku, ulat buku, atau ahli akademik yang mencintai ilmu. siapa-siapalah yang berkatitan dengan dunia buku. (termasuk pekerja
di kedai buku) hehehe:)

Anda mestilah mempunyai ilmu tentang bagaimana caranya tip2 menjaga buku dengan baik agar tidak di makan anai-anai atau di gigit tikus..ahaahh... caranya beginiye puan-puan sekalian..


1) Biasakan membalut terus buku yang baru dibeli dengan pembalut lutsinar yang sesuai. atau mengikut citarasa masing. yang penting pembalut itu dapat menyelamatkan buku dari air tertumpah atau tak berminyak.( maklumla ade jugak yg membaca ketika makan). * jangan amalkan.:)

2) Jika buku anda sudah betambah-tambah, lebih-lebih lagi yang sentisa membeli buku secara konsisten (sebulan 2 buku atau lebih). Sediakan rak yang sesuai untuk menyusun buku anda. Elakkan meletakkan buku di lantai.! Susun buku secara meneggak.

3) Elakkan melipat hujung buku ketika membaca. Gunakan lah menanda buku atau pembaris. Lagipun senang je nak buat penanda buku..:) Jika dah baca tempat lipat ia akan membuatkan buku kesayangan anda rosak dan boleh jadi mudah untuk terkoyak..! sayangilah buku anda..

4) Letakkan buku ditempat yang tinggi terutama kitab-kitab atau Al-quran.

5) jangan terlingkup Buku. ia boleh merosakkan bahagian tengah/ tulang buku, lebih-lebih lagi buku tebal seperti novel, buku rujukan..


Akhir sekali, Jika ada kawan-kawan yang meminjam buku jangan lupa selitkan nota kecik di bahagian buku anda supaya kawan anada menjaga buku itu seperti mana anda menjaganya. Jangan lupa tulis nama anda di buku. atau no phone, jika tercicir ada yang akan memulangkannya.(yeke? ntah la..)


sekian saja untuk kali ini.

Selamat membaca dan beramal:)


1 comment:

Anonymous said...

Syukran, syira! Banyak berguna bagi org yg ada kutub khannah kt rumah ni ;)