Thursday, September 1, 2011

~Terima Kasih~

(peneman kami sewaktu di asrama, zaman study:))

salam Syawal..:)
Syawal ke 3, di skudai Johor Bharu.

~berpagian di rumah adik saya yang kedua. merancang perjalanan ke Felda simpang waha Kota Tinggi. menziarahi sahabat baik saya Siti Aminah. seronok tak terkata, alhamdulillah saya punya family yang sporting dan ayah melayan kehendak kami adik beradik. sampai je kat kota tinggi. cabaran mencari Felda simpang Waha. menempuh ladang kelapa sawit yang luas terbentang.Hijau je, tenang je..:)

~ Alhamdulillah, sekali cari Allah permudahkan carian kami. Turun je kereta berpeluk sakan kami. yela orang lain yang merancang nak ke Johor, saya pula yang murah je rezeki sampai ke Johor. hehehe

~ Makan tenghari sambil berbual panjang. Nampak gayanya, keluarga saya dan keluar Aminah mudah dan cepat je mesra. Alhamdulillah..alhamdulillah..terima kasih Allah.:)

* sahabat saya ni, sahabat yang sangat rapat dan baik semasa study di kampus dan kami serumah. macam-macam pengalaman yang kami tempuh bersama. termasuk la, saat Aminah menemaniku menaiki ambulan ketika saya sakit dulu.. cerita lama..
sama-sama berkerja, tapi lain tempat cuma tempat kerja kami dekat je. lunch sama-sama, kadang-kadang Aminah yang teman saya sampai saya habis kerja kalau dia habis kerja awal dari saya. sewaktu di asrama, bilik ku menjadi persinggahannya. dan tempat study Aminah.
semoga Siti Aminah sentiasa sihat dan ceria-ceria selalu..:)
terima kasih sudi layan kami.

pengalaman Syawal yang sangat berharga. Mudah-mudahan silaturahim ini akan terus kekal hingga ke syurga. aminnn.:)


No comments: