Saturday, September 10, 2011

::Bedah- Operate Buku::

salam hormat.

tengok tajuk macam seram je main bedah-bedah ni..hehehe. sebenarnya saya nak kongsi kisah 'Novel Langsir Biji Remia' tulisan NOOR SURAYA, penulis novel 'jaja dan din'.

kisah kali ini juga menarik seperti Novel Jaja dan Din.:)

Duha Hafa dan Umair menjadi rakan bual tingkap rumah masing sejak kecik. Namun setelah 10 tahun masing-masing telah meningkat dewasa dan berperasaan. Umair sejak dari kecik lagi sudah menyimpan perasaan terhadap Duha Hafa.

Namun setelah 10 tahun, wajah comel Duha Hafa telah di simpan baik-baik. Duha Hafa telah berpurdah.( Purdah Hitam lagi).. Kisah mereka bersambung semula namun Duha bukan lagi gadis comel yang banyak mulut. Duha hafa telah menjadi wanita yang sopan santun di balik purdahnya dan menjaga batas pergaulan.

Bagi Duha hafa, apa yang tersembunyi di balik prudah hitam itu adalah kecacatannya, rasa rendah diri yang terlalu menyebabkan duha ingin berhenti belajar bila mula semester akan datang.

bekerja di kedai buku ' Cerita lah lagi' memberi pengalaman baru untuk Duha, dan umair mengambil peluang bekerja sambilan di kedai buku ini supaya dapat mendekati semula hati dan diri Duha..

Tapi segala-galanya telah berubah tatkala, umair melihat wajah Duha Hafa disebalik purdah hitam itu.Wajah yang comel satu ketika dulu telah berubah, ada kesan terbakar sedikit yang merubah bentuk muka Duha..adakah perasaan kasih sayang telah berubah juga???

..........................:)
Dapatkan buku ini. sesuai untuk remaja perempuan dan wanita bekerja juga pada pelajar sekolah, pelajar universiti. ada pengajaran yang tersirat dan tersurat..


selamat membaca:)

No comments: