Friday, August 12, 2011

::Kongsi cerita Ramadhan saya::

::KONGSI CERITA RAMADHAN SAYA::

Tahukah anda? Bahawa ahli kitab iaitu Yahudi dan Nasrani juga berpuasa!

Banyak yang tidak tahu akan hukmah di sebalik sarana sahur. Sebenarnya sahur merupakan amalan yang membezakan puasa umat Islam denngan agama yang lain seperti Yahudi dan Nasrani.

Perkara ini jelas dalam satu riwayat daripada Amru bin Al-‘As r.a, Rasulullah SAW bersabda

Maksudnya: perbezaan antara puasa kita(umat Islam) dengan puasa Ahli Kitab adalah bersahur.

(Riwayat Muslim)

Makannya, bersahur itu sewajarnya diberi kefahaman dan penjelasan.

Amalan bersahur merupakan keberkatan yang amat rugi jika kita tinggalkan.

Anas bin Malik r.a berkata. Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: bersahurlah kamu, sesungguhnya pada makanan sahur itu terdapat keberkatan.

Jika untuk berbuka kita meriah untuk menyediakan pelbagai juadah kenapa tidak bersahur?

Menu ringkas yang sering saya sediakan (Dirumah sewa bersama sahabat-sahabat). Jika dirumah ibu saya sediakan..:)

-nasi goreng

-roti telur

-roti canai segera cicah dengan sardine

-mee gorang

-sandwice

-atau panaskan kembali lauk atau juadah berbuka (masak lebih)

pembuka selera telur asin dan kicap..Hehehe

Selamat bersahurJ

No comments: