Saturday, August 6, 2011

::Kongsi cerita Ramadhan saya::

Salam Ramadhan..

Alhamdulillah, sudah Ramadhan yang ke 7, mudah-mudahan kita diberi kesempatan untuk menghabiskan Ramadhan 1432h…insyaallah.

Ramadhan kali ini walaupun berjauhan dengan keluarga tidaklah terasa sangat. Sahabat-sahabat yang belajar di Syria balik ke Malaysia. Dan singgah di rumah sewa ku.. seronok tak terkata sebab berkat Ramadhan kali ini dapat berjumpa kembali dengan sahabat dan adik adik yang dah habis study, yang dah berkerja yang dah bertunang dan yang akan bernikah..meriah sungguh. Alhamdulillah, bila dah jumpa tu macam macam la nak cerita. Rasa cepat je masa berlalu, insyaallah 2 orang lagi adik-adik akan ke Jordan miggu ke dua Syawal dan Sahabat saya yang pernah bekerja satu tempat akan ke Syria raya ke 4 nanti..

Saya sambung pengajian dimana?? Belum tahu lagi. Apa yang kita rancang kadang-kadang belum yang terbaik..sebaik-baik perancangan adalah perancangan dari ILLAHI.. saya akan terus berkhidmat di Bangi, Selangor. Saya sudah jatuh cinta di sini (bukan jatuh cinta pada manusia)J tapi jatuh cinta pada persekitaran tempat ni.

Keluarga saya pun akan berpindah disini, jadi orang Bangi la nampaknya.

Insyaallah, saya akan meneruskan peniagaan keluarga.

~moga-moga kita terus berlumba-lumba untuk meraikan ramadhan dengan pelbagai aktiviti bermanfaat.

No comments: