Saturday, September 29, 2012


Disiplin di alam Pertunangan.

1 JANGAN BERTANGGUH ATAU BERHUBUNG TANPA IKATAN YANG SAH TERLAMPAU LAMA kerana ia amat mudah membawa kepada yang haram. Nabi s.a.w menyatakan; “ tidak dilihat (penyelesaian) bagi dua orang yang cinta mencintai kecuali NIKAH”. Am-Munawai menegaskan ubat yang terbaik  bagi pasangan yang sedang asyik bercinta dan berkasih adalah NIKAH>

2 JANGAN MENGHEBAHKAN KEPADA AWAM SEBELUM DIIJABKABULKAN, kerana ikatan ‘janji untuk berkahwin’ boleh mendatangkan fitnah dengan mudah.

3 JANGAN BERTEMU BERDUA-DUAAN DI LUAR, sama ada di tempat terbuk atau tertutup, kecuali diiringi mahram lelaki yang telah dewasa dan mampu menilai baik buruk menurut Islam. Ini kerana ramai juga mahram lelaki yang ‘merapu’ dan tidak langsung punyai ilmu tentang batas hubungan lelaki wanita menurut islam. Kehadiran orang seperti ini, tidak mencukupi syarat yang ditetapkan Islam.

4 MENGURANGKAN KOMUNIKASI YANG TIDAK BERKENAAN (TIDAK PENTING), serta mengawal isi kandungan perbincangan daripada membawa kepada syahwat.

5 PERKARA PERKARA LAIN YANG PERLU DIJAGA seperti berikut (semuanya menurut Al-Quran dan Hadis):

·         Haram bersentuh,menyentuh satu sama lain
·         Haram berdating tana disertai mahram yang thiqah (boleh dipercayai)
·         Haram berbicara dan bersembang dengan syahwat.
·         Awas fitnah masyarakat sekeliling
·         Awas fitnah dalam diri anda dan pasangan
·         Haram melihat aurat masing-masing
·         Awas dari bertukat gambar
·         Awas dari hebahan umum sebelum ijab Kabul

-info dari beberapa buku dan majalah Islam 

-SIDP-

No comments: