Friday, June 12, 2009

sambungan...


sambungan....

DALIL-DALIL tentang PEMAKAIAN PURDAH

Berhijabnya wanita di depan laki-laki yang bukan mahram adalah wajib hukumnya. Hal tersebut telah dinyatakan dalam Al-Quranul Karim, hadis Rasulullah SAW dan oleh kesimpulan hukum daripada kedua-dua sumber hukum Islam ini dan dari Qiyas yang kesemuanya mewajibkan berhijab ke atas setiap wanita muslimah.
1. DALIL-DALIL AL-QURANUL HAKIM

"Katakanlah kepada wanita yang beriman."Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain purdah ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau hamba-hamba yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung."
(Surah An- Nur: 31)
Ayat tersebut menunjukkan bahawa wajibnya berhijab bagi seorang wanita daripada lelaki yang bukan mahramnya, ditinjau daripada beberapa segi:
1. Allah SWT memerintahkan kepada segenap kaum wanita untuk memelihara kehormatannya. Dan perintah untuk memelihara kehormatan itu diawali dengan perintah untuk menutup wajah, iaitu berhijab. Kerana wajahlah yang pertama dipandang dan dilihat orang. Sedangkan membuka muka menyebabkan timbulnya pandangan dan angan-angan buruk daripada kaum lelaki terhadap keindahan dan kecantikan wajah yang dipandangnya; yang mana pada akhirnya selalu dapat menyebabkan kepada perbuatan tanpa moral bahkan criminal dan jenayah. Di dalam hadis disebutkan:
Ertinya:
"Kedua-dua belah mata dapat berbuat zina, dan zina kedua-duanya adalah dengan memandang."
Menutup muka merupakan cara bagi pemeliharaan kehormatan (kemaluan); sedangkan memelihara kehormatan adalah wajib, maka menutup wajah pun wajib hukumnya.
2. Firman Allah SWT:

"…dan hendaklah mereka menutup kain purdah ke dadanya"

Kerudung atau purdah adalah kain yang digunakan oleh kaum wanita untuk menutup kepala. Dan apabila wanita diperintahkan untuk menutup kain purdah ke dadanya, maka ia pun diperintahkan untuk menutup wajahnya kerana wajah adalah tempat kecantikan kaum wanita dan banyak menimbulkan fitnah bagi lelaki. Kerana kebanyakan orang yang ingin melihat keindahan bentuk seseorang, yang pertama mereka pandang dan perhatikan adalah wajah. Apabila didapatinya wajah yang cantik rupawan, maka pandangannya akan terpaku kepada wajah yang indah itu sahaja.

Kerana itu, apabila ada orang yang berkata: "Si polan cantik rupawan", maka yang dimaksudkan adalah kecantikan wajah si wanita tersebut. Dari sini jelaslah bahawa muka adalah tempat dan tempat kecantikan seorang wanita yang menjadi pusat perhatian kaum lelaki.

Bila keadaan seperti ini, bagaimana mungkin syari'at Islam yang lengkap dan sempurna untuk kebahagiaan kaum Muslimin mewajibkan wanita untuk menutup kain purdah ke leher dan dadanya tetapi membiarkan wajah terbuka?

3. Allah SWT melarang kaum wanita menampakkan perhiasannya, kecuali perhiasan yang boleh nampak dan tidak mungkin disembunyikan seperti pakaian luar.

"…kecuali yang biasa nampak daripada perhiasannya `iaitu pakaian luar'."

Dan Allah SWT tidak berkata:

"…Kecuali yang sengaja dinampakkan oleh wanita daripadanya"

Kemudian Allah SWT melarang kaum wanita menampakkan perhiasannya kecuali kepada mereka yang dibolehkan (mahram) saja. Hal ini menunjukkan bahawa hiasan yang kedua berbeza daripada hiasan yang pertama. Hiasan yang pertama adalah hiasan yang boleh nampak dan dilihat oleh setiap orang dan tidak mungkin menyembunyikannya; yakni pakaian luar. Sedangkan yang dimaksudkan dengan perhiasan yang kedua ialah hiasan dalam yang wajib disembunyikan dan tidak boleh dilihat oleh orang lain.

4. Allah SWT memberikan keringanan bagi wanita, yakni boleh menampakkan perhiasan dalam bagi mahramnya atau pelayan lelaki yang sudah tidak mempunyai keinginan kepada wanita atau anak lelaki yang belum mengerti tentang aurat wanita; maka hal ini mengandungi dua masalah pula:

a. Menampakkan barang perhiasan yang tersembunyi tidak dibenarkan kepada orang yang bukan mahram, kecuali kepada dua golongan tadi.
b. Dasar dan alasan hukum adalah menjaga agar tidak terjadi fitnah dan kerinduan kepada wanita. Oleh kerana wajah adalah tempat kecantikan kaum Hawa dan keterlenaan kaum lelaki bila memandangnya, maka menutup wajah wajib hukumnya demi menghindari timbulnya fitnah.
5. Firman Allah SWT:

"dan janganlah mereka mumukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. "
(Surah An-Nur: 31)

Iaitu tidak boleh bagi wanita memukulkan kakinya kerana khuatrir diketahui apa-apa yang tersembunyi di kakinya daripada jenis perhiasan yang digunakan oleh wanita. Maka seandainya wanita tidak boleh memukulkan kakinya kerana takut timbul fitnah daripada lelaki dengan apa yang didengar daripada suara hiasannya maka bagaiamna halnya dengan membuka muka? Manakah fitrnah yang lebih besar daripada seseorang laki-laki mendebgar suara perhiasan yang dipakai oleh wanita di kakinya tanpa mengetahui siapakah wanita itu; cantikkah dia atau tidak? Masih mudakah dia atau seorang yang telah tua, daripada melihat wajah wanita yang tidak berkerudung, apalagi bila ia seorang wanita muda yang elok parasnya. Kerana tiap-tiap lelaki yang normal memiliki keinginan terhadap seorang wanita. Oleh itu, kita berkesimpulan bahawa wajah wanita mutlak harus ditutupi.

Dalil Kedua:

"Dan perempuan tua yang telah berhenti (dari haid dan mengandung) yang tidak ingin berkahwin (lagi), tidak ada dosa ke atas mereka menanggalkan pakaian luar mereka dengan tidak bermaksud menampakkan perhiasan; dan berlaku sopan adalah lebih utama bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui"
(Surah An-Nur: 60)
Ayat Al-Qur'an tersebut menunjukkan bahawa Allah SWT menafikan dosa daripada wanita-wanita tua yang telah berhenti haid dan tidak mempunyai keinginan untuk berkahwin menanggalkan pakaian luar mereka dengan syarat tidak bermaksud menampakkan perhiasannya. Tentu saja bukan yang dimaksudkan membolehkan wanita-wanita tua itu menanggalkan pakaiannya secara berlebihan sampai membuka aurat, tetapi yang dimaksudkan di sini adalah membuka wajah dan kedua-dua telapak tangan. Kerana jenis pakaian yang dipakai oleh wanita muslimah adalah jenis pakaian yang menutupi seluruh bahagian tubuh wanita; dan dibolehkannya wanita-wanita tua itu membuka wajah dan telapak tangan berbeza daripada wanita-wanita yang masih muda dan masih mempunyai keinginan untuk berklahwin yang diwajibkan bagi mereka untuk menutup seluruh anggota tubuhnya. Bila hukum dibolehkannya membuka pakaina luar bagi setiap wanita tanpa terkecuali, maka hukum dibolehkannya wanita tua membuka pakaian luar tidak ada faedahnya, kerana hal itu hanya khusus untuk wanita tua yang tidak mempunyai keinginan lagi untuk berkahwin.
Firman Allah S.W.T.

"Tidak bermaksud menampakkan perhiasannya"
(Surah An-Nur: 60)

Dalil Ketiga:

"Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka" yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu, dan Allah Maha Pengampun dan Penyayang "
(Surah Al-Ahzab: 59)
Dalam kaitan ini Ibnu Abbas r.a. berkata: "Allah SWT telah memerintahkan isetri-isteri orang mukmin apabila mereka keluar dari rumahnya untuk suatu keperluan, wajib bagi mereka menutup kepala dan wajahnya dengan jilbab, dan mereka boleh menampakkan mata saja."
Para ulama dan Fuqaha berkata bahawa pentafsiran seorang sahabat Rasulullah tentang sesuatu hukum daripada ayat suci Al-Qur'an merupakan dalil dan hujah, bahkan ada sebahagian ulama yang menggolongkannya sebagai hadis marfu' yang sampai kepada Rasulullah SAW. Sedangkan pernyataan Ibnu Abbas yang membolehkan membuka kedua-dua belah mata adalah kerana darurat dan hajat seperti untuk melihat jalan dan sebagainya.
Jilbab ialah selendang di atas kerudung yang fungsinya sama dengan mukena (telekung). Ummu Salamah r.a. berkata ketika ayat tersebut diturunkan: "Para wanita kaum Ansar, apabila mereka keluar dari rumah untuk suatu keperluan, maka mereka akan berjalan tertunduk dan di kepala mereka nampak kerudung hitam menutupinya. "
Abu Ubaidah As-Salmani dan para sahabat lainnya menceritakan: "Para wanita kaum Muslimin menutup kain kerudung (jilbab) ke kepala dan dadanya, kecuali nampak kedua-dua belah mata sahaja kerana perlu dibuka untuk melihat jalan."
Dalil Keempat:

"Tidak ada dosa ke atas isteri-isteri Nabi (untuk berjumpa tanpa tabir/hijab) dengan bapa-bapa mereka, saudara lelaki mereka, anak lelaki daripada saudara lelaki mereka, anak lelaki daripada saudara perempuan mereka, perempuan-perempuan yang beriman dan hamba-hamba sahaya yang mereka miliki. Dan bertakwalah kamu (wahai isteri-isteri Nabi) kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Menyaksikan segala sesuatu."
(Surah Al-Ahzab: 55)
Ibnu Kathir r.a. dalam member komentar terhadap ayat ini berkata, bahawa Allah SWT memerintahkan kaum wanita berhijab daripada pandangan lelaki yang bukan mahram adalah jelas perkaranya, yakni demi memelihara dan menjaga kehormatan wanita dan keselamatannya, sedangkan dibolehkan membuka jilbab di hadapan orang-orang yang telah disebutkan di atas kerana aman daripada fitnah seperti yang telah disebutkan dalam Surah An-Nur: 31.
Keempat-empat dalil Al-Quranul Karim yang telah saya ketengahkan di atas merupakan dalil yang mewajibkan berhijab bagi setiap wanita di hadapan laki-laki yang bukan mahramnya.

Sumber: Wanita Wajib Berpurdah: Muka & Tangan Wanita adalah Aurat di hadapan Lelaki Ajnabi oleh Abdullah bin Jarullah bin Ibrahim Al-Jarullah & As-Syeikh Muhammad bin Salih bin Usyaimin.

1 comment:

Anonymous said...

Salam perjuangan... Ana nak tanya, pemakaian purdah bukan mengikut waqi'ke???