Thursday, January 3, 2013

2012-2013

2013!
Walaupun ketinggalan beberapa hari untuk berAl-Kisah tentang tahun baru, tpi saya tetap mahu berStory-story jugak..(~,~)

*3 Hari Sebelum Tahun Baru..
 Sebelum tahun baru menjengah, saya dan team fasilitator berjaya melalui 4 hari 3 malam dengan lancar dan sungguh terispirasi. Kem kepimpinan ini betul-betul membuat kan saya terispirasi dan banyak sangat ilmu baru, di samping kerjasama abang-abang dan kakak-kakak fasi yang sangat baik hati (<,>)..
 Antara perkara yang di tekankan sepanjang program adalah ciri-ciri pemimpin kami ambil sumber dari surah Al-Mukmin:
1)yakin dan percaya
2)kerjasama
3) prihatin
4)prioriti
5)Jaga muamalah
6) Tepati masa
7)......(alamak 1 lg lupe plak)


Suasana tempat yg sangat best, tepi sungai, kemudian makanan org pahang mmg best..!! tahniah kepada yng terlibat secara langsung dan tak langsung.. :) 


(Kem hulu Sungai, Raub Pahang)

Adik-adik perserta pada permulaanya bermula dengan agak sejuk..kemudian setelah sehari bersama mula dah nampak peningkatan..Al-maklum la, tak kenal maka tak cinta, dengan adanya barisan fasilitator yang hebat dan baik hati, maka adik-adik peserta semakin positif dan yakin untuk bercakap dihadapan terutama adik Junior( tingkat 1&2).. Syabas!!


(Makan time!!)



(Barisan Fasilitator yg baik dan ceria)


(adik-adik)

Alhamdulillah, di hari terakhir program sedih pula hati nak says: "Jaga diri, Jumpa lagi nanti.."
Lumrah kehidupan setap pertemuan akan ada perpisahannya..
Pulang sekereta dengan fasilitator perempuan diisi dengan sesi sharing..:) thanks a lot..walaupun pada hakikatnya penat sangat , tetap best bila ada perkara baru dalam hidup terjadi..;)

**********************************************

*2 hari sebelum Tahun baru.
~ Rehat seadanya, kemudian rushing mencari kek, mencari hadiah..adusshhh.. untuk si princess Natasha Amyra, (birthday girl) .. alahai..ditemani hero saya (adik bongsu) maka kami menjelajah mencari kedai kek muslim demi sebiji kek..!!! kemudian membelek hadiah yang sesuai.. 

 (untuk sokongan moral ke PLKN, huhu..walaupun pada hakikatnya sy pun tak sokong dia ke PLKN tu)




(birthday girls..surprise..(~,~) )

Dedicate to my lovely sweety cousin;
"Salam ulang tahun kelahiran yang ke 17, semoga dikuatkan hati, semoga dimurahkan rezeki, dan semoga menjadi muslim yang sentiasa mahu mempertingkatkan Iman dan Ilmu.."

***************************************************************

Malamnya saya bagi ayah pandu myVi my BFF bagi pinjam untuk beberapa hari, baik kan BFF saya, dia kawan baik terbaik pernah saya ada.. Semoga persahabatan kita hingga Jannah..:) Saya dan ayah layan je Ibu yang nak ke Jakel Sebab ada sale..sale..sale.. huhuhu, biase la dah hujung tahun habis semua nak di sale kan nye.. jadi akhirnya kami ke Jakel Shah alam. so, 8 pasang kain baju kurung dalam masa setengah jam je.. Agak-agak kalau 2 jam kat Jakel mau sekayu di borong ibu ..(*,*).

*******************************
Malam tahun baru, setelah siap sedia dengan maklumat saya dan kawan-kawan menyertai ekpedisi dakwah, Edar risalah kempen Anti Zina, selepas Isya' ada forum bersama Imam Muda Asyarf, selepas countdown baru kami beredar ke beberapa tempat untuk Kempen anti Zina.. Alhamdulillah..sambil bertemu dengan masyarakat saya juga belajar sesuatu yang baru.. Institusi kekeluargaan sangat penting. dimana ibu bapa yang memainka peranan untuk mencorak dan memberi kefahaman kepada anak-anak tentang Islam dan Ilmu...:) 
#Jom membaca!!

Selamat Tahun Baru , Semoga terus berprestasi dan Usaha untuk jadi lebih baik dari tahun lepas..!!


No comments: