Tuesday, March 3, 2009

8 syarat pakaian muslimah

syukur kerana masih lg diberi kesempatan oleh PENCIPTA tuhan sekalian alam.. selawat dan salam atas junjungan besar Rasulullah saw..
Syeikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani dalamkitabnya, Jilbab Al-Mar'ah Al-Muslimahmenyebutkan lapan syarat jilbab syarie iaitu:
1) Menutup seluruh tubuh, kecuali muka dan keduatelapak tangan.

2) Bukan untuk tabarruj (bersolek) yang bolehmenyebabkan pandangan mata tertuju kepadanya.

3) Bahannya diperbuat daripada kain yang tebal dantidak nipis atau jarang,yang membolehkan matamenembusi bayangan tubuh perempuan itu.

4) Kainnya longgar, tidak ketat dan tidakmembentuk lekuk tubuh.

5) Tidak diberi memakai minyak wangi seperti manaperingatan Rasulullah s.a.w.: "Mana-mana wanitayang memakai wangi-wangian dan kemudianberjalan di hadapan orang ramai dan merekamenghidu baunya, maka dia adalah penzina."

6) Tidak menyerupai pakaian lelaki,yakni sepertiseluar jeans dan t,shirt ketat yang lumrah di pakaioleh kaum laki-laki.

7) Tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir,yangmendedahkan di bahagian hadapandadanya,bertudung,tapi tidak menutupi di bahagiandadanya.

8) Bukan memakainya kerana untuk mencari populariti.

Rasululullah melalui sabdanya:

"Barang siapamengenakan pakaian untuk mencari populariti didunia, nescaya Allah akan memakainya denganpakaian kehinaan pada hari kiamat, kemudianmembakarnya dengan api neraka."
Hakikatnya, mungkin ramai di antara kaum wanitamuslim menganggap ia syarat yang agak beratapatah lagi kepada mereka yang ternyata sudahmemakai jilbab tetapi melanggar syarat-syarat diatas.

Sesungguhnya, jika seseorang wanita ituberhasrat menjadi seorang muslimah sejati, dan mengharapkan ganjaran Allah di alam akhirat yang kekal abadi,

Syarat berkenaan tidaklah begitu sukar kerana dalampelaksanaan syariat Islam tidak ada perkara yang sukar sebagai mana firman Allah:
"Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidakmenghendaki kesukaran bagimu." (Al-Baqarah: 185)


wallahualam;)

No comments: