Thursday, March 5, 2009

salam sepenuh kasih sayang buat sahabat seperjuangan..


Semoga Allah memberikan kekuatan ,ketabahan dan keistiqamahan dalam perjuangan dan hidup sebagai khalifah Allah swt, sbg pembawa agama,sbg pelajar,sbg anak,dan sbagainya..


Cuti semester telah bermula..selepas bertungkus lumus dalam peperiksaan akhir semester ini..dan sudah semestinya dalam hati penuh kelegaan dan brdoa agar result nanti sama2 berjaya..erm...jadi dalam fikiran sekarang penuh agenda untuk mengisi masa cuti yang boleh dikira agak lama..hampir 2 bulan..pada sahabat2 yang trpaksa ambil short sem, jangan sedih :) takpe tuntut belajar itu ibadah yg dituntut..


ana lebih suka membuka persoalan dari menulis fakta atau ulasan pendapat,ana tak sehebat kakak2 dan abang2 senior yang ana lihat blog kalian begitu brilmu dan berani dalam mengutarakan apa yg ingin ditulis..seperti kak yati,kak atikah,kak dhia'dan yg lain2..


Ana teringat pada suatu malam,ketika ana berkumpul dengan sepupu2 yang sudah bekerja.. sepupu ana ni telah menjawab jawatan sebagai pegawai kerajaan..sudah berjawatan, sudah ada kereta sendiri,sudah punya rumah sendiri..tapi belum beristeri..belum punya cahayamata..

dan ana cuba tanya bila lagi nak makan nasi minyak?...dan ana tak sangka pulak soalan ini yang akan terpancul dari mulut sepupu ana ni..


"ADA LAGI KE PEREMPUAN YANG BAIK UTK DIBUAT ISTERI?"


ana ketandusan idea utk menjawab..hanya jawab dengan senyuman..dan terdetik dalam hati ana sempurna sangat kah abg sepupu ana nih?? hehehehe..


Ada...ada...dan ada...sesungguhnya Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik..dan sebaliknya..kalau kita inginkan pasangan hidup yang soleh/solehah..maka kita perlu utk menjadi soleh dan solehah..perbaiki diri, tuntut ilmu dan amalkan.jangan jadi hipokrit..berpura-pura jadi baik hanya kerana nak kan pasangan yang baik..jangan risau setiap insan dijadikan berpasangan cuma sepat atau lambat je..tak usah berhubung tanpa ikatan yg sah(ertikata lain couple)

trend sekarang alam kampus pula dijadikan tempat utk mencari jodoh..dah lari ni niat tu..

ya memang ana akui fitrah manusia..Doa senjata orang mukmin... doa supaya dapat jodoh yang baik bukan mintak yg tersempurna..sebab kita bukan sempurna sgt...:)


banyak ana lihat pada hari ini, sahabat2 ana seperti tak boleh hidup kalau takde "couple".. nak kata tak tahu ana rasa ilmu mereka lebih banyak dari ana yg baru setapak melangkah ke medan dakwah..bukan kah ALLAH berfirman:jangan hampiri zina...(AL-ayat)

???
renung..kaji..dalami..kenapa ini terjadi mungkin= 1) tak faham

2) tak nak faham

3)buat2 tak faham

4)tak amalkan apa yg difaham


tepuk dada..tanya iman..:)


dan buat sahabat yang sedang bercuti..isi lah masa dengan kerja2 yang brfaedah..dan isi dengan ilmu yg berguna..bukan cuti je,buku pun cuti,minda pun cuti, nanti berkarat tau minda @otak.. hanya besarkan badan dan menaik kan apa2 yg tak patut naik..hehehehe


wallahualam..salam ukhwah fillah dan salam perjuangan..

No comments: