Monday, December 3, 2012

FIKIR YANG BAIK_BAIK..

Alhamdulillah, kebahagian itu adalah satu nikmat yang harus disyukuri..:)

Positif...Positif...Positif..!!!
Hidup perlu ada matlamat, visi, misi yang jelas..supaya kita akan berusaha kearah matlamat yang mahu kita capai. Contohnya Hari ini kita bermatlamat, esok kita mahu makan kek coklat dan minum Kopi berperisa Latte (sedapnye..) maka kita perlu berusaha dimana kita perlu membuat perancangan masa, duit atau pelan perjalanan untuk ke kedai atau cafe (secret recipe kott..) demi mencapai misi mendapatkan minum petang yang lazat itu. Atau kita mula mencari resipi dan juga kedai untuk mendapatkan bahan-bahan bagaimana cara nya mahu membuat kek coklat. Kek coklat dan Kopi berperisa Latte itu tak akan datang dengan sendirinya jika kita tidak berusaha untuk mendapatkannya.. betul tak???

Begitu juga dengan Niat kita untuk berubah kearah yang lebih baik dan mencari kebenaran/kebaikan..
Ramai juga saya berjumpa dengan adik-adik program( program motivasi) yang menyatakan hasrat untuk merubah.. tetapi ada juga perkataan negatif di hujung-hujung perbualan.

" akak...saya nak berubah bangun awal pagi, tapi tak boleh la.." - Lihat mahukan perubahan ke arah yang baik, namun mematikan Matlamat dengan Negatif thinking! :) 

Saya lebih suka dengan cara mencatatkan apa yang saya mahu atau matlamat saya.. Contohnya seperti: saya mahu mengubah tabiat buruk tidur selepas subuh, maka usahanya saya catatkan matlamat saya di white board (didalam bilik tidur) saya nyatakan sekali bagaimana mahu mencapai matlamat itu. Selepas solat subuh terus bangun kemas katil dan kemas bilik. kemudia terus bersiap keluar mencari aktiviti seperti, berjoging, program kemasyarakatan, atau bantu ibuayah saya (di kedai buku kami). Dan setiasa Berfikiran Positif dan fikir yang baik-baik sahaja supaya kita lebih bersemangat untuk berubah!! JOM BERUBAH JADI BAIK..:) 

Memang banyak cabaran dan dugaan, apabila kita mahu mencari kebaikan, namun itu adalah warna-warni perjalanan sebuah kehidupan.Kuatkan diri..!! Jadi HambaNYA yang sentiasa bersyukur.. insyaallah Jalan untuk kebaikan itu MUDAH...




No comments: