Wednesday, December 12, 2012

Hati ini telah dimiliki ( bersediakah?)



Dalam rumahtangga, yang paling penting adalah perlaksanaan tanggungjawab.

Ramai yang memandang tanggungjawab itu hanya pada beri makan minum.

Tetapi tanggungjawab yang terbesar di dalam rumahtangga adalah menjaga diri dan seisi keluarga d

aripada api neraka.

"Wahai orang yang beriman, jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka." Surah At-Tahrim ayat 6.

Perkara ini perlu berjalan seiring dengan tanggungjawab kita memberikan kemudahan material kepada keluarga.

Keluarga yang saling tidak menjaga sesama mereka, saling tidak memperingatkan sesama mereka, akan hubungan dengan Allah, akan perintah dan laranganNya, sekaya mana pun kita, kita tidak akan berbahagia.
# dipetik dari page Hilal Asyraf (penulis buku langit Illahi)



*********************************************************************************************************************



Seketika saya mengambil masa untuk bersendirian, muhasabah kembali adakah saya susah bersedia?? 


adakah saya sudah bersedia untuk mentaati suami, setelah ALLAH dan Rasul, sudahkan saya bersedia untuk menerima segala baik buruknya, adakah saya susah bersedia untuk bertolak ansur dan tolenransi. adakah saya sudah bersedia untuk mendahulukan suami, adakah saya sudah bersedia untuk berkongsi kehidupan???? adakah saya susah bersedia mengasihi dan menyayangi ibu mertua saya seperti mana saya mencintai ibu saya.. adakah saya sudah bersedia untuk berkongsi perasaan cinta dan sayang..adakah saya sudah bersedia menjadi ibu kepada anak-anaknya.. Allahurabbi.... =,= sukar digambarkan perasaan yang bercampur baur. adakah saya sudah bersedia untuk menerima keluarganya, 


Apabila cinta itu bermatlamat kerana Allah, segala ujian, kesusahan dan duri-duri yang mengiringi setiap langkah akan menjadi titik pengajaran.. Ya Allah permudahkan kami...


No comments: